Saturday, November 29, 2008

Black Friday Malaysia? Hampeh!

Malas ceritala... Walaupon Apple Store negara lain kebanyakkan turut serta dlm Black Friday sale (semalam), Apple Store Malaysia buat mcm xde apa2 jadi... So, kita tengok je la org lain shopping yer.

Tapi utk tidak menyedihkan korang yg nak jugak bershopping sebelum krismas ni, AppleReseller kita ada jugak buat pelbagai sale.

Machines - 1st Anniversary Sale (29 & 30 Nov) hanya di Sunway Pyramid. Jimat hingga RM3900 katanya! Cekidout kat sini promonya.

Switch - Christmas Shopping & Stock Clearence (hingga 27 Dec @ slagi ada stok) hanya di Gurney Plaza, Penang. Tapi kalau org KL nak jugak sale tuh, pegi mana2 kedai Switch kat KL, depa akan iChat utk tgk barang apa yg ada lagi. so korang bleh place order dan collect kat kedai yg korang pegi tu la nanti. Sini promonya bahhh...

"Kasih... Jangan bersedih lagi..." bak kata Anuar Zain.
Teruskan...

Friday, November 28, 2008

iPhone mana boleh, mana x boleh... - Part II

Sampai 2 hari gua dinner...

Ok, utk iPhone 3G yg dah sememangnya 'unlocked', PwnageTool memang x memberi kesan positif pada iPhone korang. Malahan, iPhone korang akan stuck pada 'Emergency Call Only' sekiranya diteruskan niat tersebut. Namun, abang2 di Dev-Team ada menyediakan tool bernama 'QuickPwn' utk korang2 yg nakkkk jugak! Tool ni, yang pastinya tidak akan menjejaskan 'baseband' iPhone korang. Maknanya, 'baseband' iPhone akan terus up-to-date (selagi korang update firmware). 

Yg benarnya... PwnageTool adalah kolaborasi .ipsw (file firmware) yg telah diubahsuai (bg menjaga baseband) + QuickPwn. Maka, utk unlocked user, hanya perlukan QuickPwn. Untuk Mac OSX user, QuickPwn terkini iaitu QuickPwn 2.2 bleh di rembat di sini dan sini mengkala Windows user, sini, sini, sini dan er... sini juga...

Tapi, berbeza dgn PwnageTool, pengambilan QuickPwn harus dilakukan selepas setel meng'update' firmware melalui iTunes.

Cydia dan Installer akan muncul pada iPhone korang menandakan berjayanya proses 'jailbreak' itu.

Oh, lupa nak cakap, QuickPwn 2.2 ni juga bleh diguna pakai utk iPod Touch 1st Gen. Utk 2nd Gen, mintak mahapla buat masa ni (alahh... iPod korang dah cukup best dahhh... siap ada speaker lagi!)

Ada soklan? Hmm... Bagus...

Kita ke cerita Google Street View. Senang cakap, kat Malaysia takde lagi feature ni. Tempat2 lain seantero dunia pun, kalau nak mudah, bukak laptop korang, masuk google maps. Mana yg xde Street View tu, memang xkan ada la pada iPhone korang!!!

okeh, gua rumuskan sikit..

Untuk update ke 2.2,

Locked iPhone 3G (guna SIM-Proxies)
Run PwnageTool, ikut arahan. Iphone korang akan updated ke 2.2 dan otomatik di'jailbreak'kan.

Factory Unlocked iPhone 3G, iPhone 2G (1st Gen), 
iPod Touch (1st Gen) 
Cucuk iTunes, update ke 2.2 dengan tenang. ... dan sekiranya nak jailbreak, run QwkPwn.

Teruskan...

Wednesday, November 26, 2008

iPhone mana boleh, mana x boleh...

iPhone firmware 2.2 baru keluar dalam last week. Ada di kalangan kawan2 kita yang iPhone 3G diorg jadi 'kerah kekong' lepas update. Tapi ada yg ok je. So, gua nak brief sikit iPhone mana yg ok, mana x ok utk update, dan apsal Google Street View xfunction (baca ni Mr Tart!!!)...

Ops.. gua cerita utk iPhone 3G je nih, sbb utk korang yg guna iPhone 2G, selamba je cucuk ke iTunes dan update! Tarak takut punya... 

iPhone yg rakyat jelata Malaysia dok pakai ni ada 2 jenis. Satu jantan, satu betina. Hehe.. buat lawak maghrib2 ni... 2 jenis, satu yg 'locked' (kebanyakan dtg dari US), dan satu lagi 'factory unlocked' (banyak dtg dari HK, NZ (bukan NZ kat Wangsa Maju tu), Singapore & Australia). Yg 'locked' ni tadi, solution utk pakai di sini adalah dgn sumbat SIM-Proxies (circuits board halus gila, letak bawah simkad korang) ke iPhone korang. Yg 'unlocked' plak, tarak apa masalah la... masuk je simkad kita, ok je... kalau x ok, maknanya ko masukkan sim tu terbalik!!!

Bila kluar iPhone updates, 'unlocked' iPhone user bleh update dengan tenang, sambil makan kuaci. Tapi yg 'locked' user, korang boleh gi makan yg lebih hebat lagi sebab korang xleh update pon.

Utk 'locked' user, gua cerita lebih sket pasal SIM-Proxies (antaranya Turbo Sim, Rebel Sim dll). Fungsi menatang ni adalah utk menipu 'baseband' (satu computer system yg handle phone calls dan jugak internet access dlm iPhone korang). Dan dari semasa ke semasa, Apple akan updatekan baseband tu jadi lebih kebal, dan menggagalkan SIM-Proxies korang berfungsi. Senang cerita, sebab tu korang takleh update firmware baru sesuka hati awek korang. Kalau update jugak? Tu yg jadi 'kerah kekong' tadi tu...

Satu2nya cara utk korang bleh update ke 2.2, dengan mengekalkan 'baseband' asal. Macamana? 'Jailbreak' kan iPhone korang. Dev-Team dah pn kuarkan PwnageTool 2.2.1 (terbaru) utk update firmware 2.2 dan dlm masa yg sama mengekalkan keremajaan baseband korang. Hebat bukan?! Er.. buat masa ni utk Mac OSX user saja... Korang bleh download kat sini, sini, sini atau sini. Slesai download, run, ikut arahan, cucuk iPhone, ikut arahan lagi dan lagi, tunggu 2-3 jam, taraa....!!! Belek 2-3 pages, tekan 'Home' button.. trus jump ke 1st page! Menarikss..!! Jadi le tu maknanya...

iPhone yg di'jailbreak' ada jugak kelebihannya. Yg ketara, diorg ada AppStore diorg sendiri iaitu Cydia dan jugak Installer dan yg best laginya, kebanyakkan applications nya adalah FOC. Faktor ini telah mendorong remaja2 kita untuk mencuba, walaupon iPhone diorg dah memang unlocked! Tapi gagal - termasuklah Mr Tart. Kenapa? Adakah sebab Mr Tart bukan lagi remaja? Atau PwnageTool x beri kesan pada 'unlocked' iPhone?!! Kita sambung lepas gua dinner malam nanti.......
Teruskan...

Friday, November 21, 2008

Pelapik Gelas iPhone

Lu iphone freak? Meninos design ada bikin pelapik gelas berbentuk icon iPhone Apps. 16 keping semuanya, dari Maps ke Calculator, dari iPod ke Settings. Menariks? Harga US$60, bleh di beli di Menios store.

Hmm... US$60 - 16 keping... sekeping US$3.75.. currency rate hari ni (3.50).. sap sap koi... dalam RM13.13 sekeping. Postage lagi...
Teruskan...

iPhone Firmware 2.2!

Apple baru kluarkan iPhone Firmware 2.2 dlm sejam tadi. Apalagi, cucuklah iPhone/iPod Touch anda ke iTunes... er.. yang jailbreak tu nanti la sari dua lagi, tunggu perkembangan abang2 dev team.
Hmm... Tekan Home button dari mana2 screen, kembali ke 1st Home screen... menarikss..!
Teruskan...

iTunes 8.0.2, iPhone Firmware 2.2 dan amaran iphone-dev team

Apple hari ni dah 'release'kan iTunes 8.0.2. Boleh didapati melalui Software Update. Takde apa2 perubahan yang korang akan perasan sangat pon. Ada minor fix sana-sini untuk disesuaikan dengan iPhone firmware 2.2 yang akan (besar kemungkinan) keluar esok. Updatelah... supaya iTunes anda sentiasa up-to-date. Hehe..

iPhone firmware 2.2 katanya akan 'improve'kan beberapa perkara seperti; Safari akan ada Google Search kat sebelah, boleh on/off auto-correction, ada Google Street View, audio line-in akan diaktifkan - bleh guna lubang heaphone sebagai mic, App Store ada sikit perubahan interface, TAPI STILL TAKDE CUT & PASTE!!!

Namun, bagi pengguna2 iPhone yang telah di'jailbreak', iphone-dev team (yg buat pwnage tool tu), dah bagi amaran - Jangan update iPhone anda ke 2.2 lagi! Sebab, geng2 cerdik pandai kat Apple sudah suntik ubat dlm itu 2.2, yang mana ada kemungkinan iPhone (yg jailbroken), akan terkujur kaku begitu saja, dan TIDAK boleh dihidupkan (masuk DFU mode sekalipon) kembali!

Amaran ini sebenarnya termasuklah untuk gua yg guna iPhone 3G dengan TurboSim. So, kita tunggu la sket lagi. iPhone 3G soft-unlock dah makin nak berjaya dah pon...
Teruskan...

Thursday, November 20, 2008

Apple Online Store Malaysia telah tiba!

Gua ter'miss' berita ni. Mulai 11 Nov '08 (itulah hari gua dapat email dari apple), Apple Online Store Malaysia telah beroperasi dengan rasminya. Semua servis2 yg org lain dapat selama ni, kita dah bleh nikmati sama, cth : engrave pada ipod, student & teacher discounts, dan yg paling penting pesanan (belian) on-line.

Namun, servis2 lain seperti jualan iTunes Gift Card dan servis iPhoto (print gambar & kalendar dll) masih belum ada. Maknanya, korang masih relevan untuk beli US iTunes Gift Card dari gua!!

Sebelum ni iTunes Store Malaysia dah dilancarkan sempena keluarnya ipod touch 2nd Gen. Walaupon hanya iPod/iPhone Apps sahaja yg boleh dibeli di situ, tapi gua optimis semua ni adalah petanda paling besar iPhone secara rasminya akan tiba di Malaysia. Tunggu je la... Satu2 la kan...
Teruskan...

Wednesday, November 19, 2008

'Snow Leopard' akan muncul Januari '09?

Mac OS X 10.6 atau dengan nama manjanya 'Snow Leopard' besar kemungkinan akan diumumkan suku tahun pertama 2009, menurut kata Jordan Hubbard (Apple's Director of Engineering of Unix Technologies) di LISA '08. 

Pada hemat gua, memandangkan tiada event besar selain Macworld 2009 (Januari) yang berlangsung dlm tempoh itu, so besar kemungkinan pada masa itulah ia akan dilancarkan. 'Snow Leopard' seperti diwar-warkan oleh abang Steve Jobs pada WDC '08 lepas, akan fokus pada 'multi-core processors' dan 'GPU processing'. Tiada 'feature' tambahan baru pun.. 

Dan dikhabarkan jugak, 'Snow Leopard' diberi percuma pada semua 'Leopard' user. So bersedialah untuk pengalaman OS X terbaru itu. Nak tengok jugak setara mana iMac rumah gua (duo core) bleh pergi!!!
Teruskan...