Tuesday, March 31, 2009

Lauren... Dah jumpa!

Minah yg digunakan dlm iklan anti-Mac anjuran Microsoft telah berjaya dijejaki! TechFlash memulakan operasi mencari 'Lauren' atau nama sebenarnya Lauren De Long setelah ada mamat yg baik hati nak menawarkan PowerBook G4 kepunyaannya kepada awek ini. Dan rupa2nya... minah ni sememangnya seorang pelakon!!! Muahaha..! Gua malas nak panjangkan lagi kisah ni. Korang layanla sendiri cerita ni di TechFlash atau Gizmodo.

Utk Mitch : Jangan kecewa... Ramai yg sudi terima PowerBook lu tu..!!! Teruskan...

Monday, March 30, 2009

MacBook Mini?


Gambar ni terbocor dari satu majalah di Rusia dan di provok pula oleh website 9to5Mac. Besar kemungkinan ia hanyalah imej hasil dari Photoshop, tapi ia agak meyakinkan. Dan elok rupa parasnya...!

Setakat ni tarak sapa boleh 'translate'kan isi cerita majalah ni melainkan beberapa spec yg berjaya ditafsir...


  • 10.4" wxga display doing 1280x768, LED something (backlit I assume)
  • 19.4 mm (for what, I don't know)
  • 1.03 of something
  • nvidia ION? nvidia mcp79, 533 MHz
  • intel atom z740, 1.83 Ghz, 1 meg l2 cache
  • 2 gigs of ddr3-800 ram
  • geforce 9400M
  • 64 gig ssd
  • bluetooth 2.1 + edr, 802.11a/b/g/n
  • 1 usb, mini display port
  • 5100 mA battery

Kalau korang ragu dengan keyboardnya yg beraneka huruf (bahasa Rusia tu), bandingkan dengan MacBook Air versi Rusia berikut:


Cuma, perlu diingat juga, APRIL FOOL semakin dekat...
Teruskan...

Sunday, March 29, 2009

Sunday is a Funday #12

Cerita ni adalah lanjutan dari kisah 'pos' gua semalam. Pada gua, ia satu kes agak lawak... tak taula kalau korang take it serious...


Setelah menonton iklan anti-Mac oleh Microsoft, satu mamat bernama Mitch telah mengutuskan surat kepada Gizmodo, menawarkan 17" PoweBook G4 (seperti gua suggest smlm kan??) kepada Lauren (minah dlm ad tu). Berikut isi suratnya:
Subject: I AM UP FOR THE CHALLENGE!
To whom it may concern,

I recently watched the new PC ad on television the other night about "Lauren" purchasing a laptop for under $1000.00. It was a great advertisement targeting everyday PC users. My only concern is that I feel the computer "Lauren" chose will not provide an overall positive experience. I am asking for your assistance to help me locate "Lauren". I am willing to give her my 17" Mac laptop "FOR FREE" so she can decide which laptop is superior without putting a price tag on it.

I do believe everyone on this planet is "cool enough to be a Mac person".

Sincerely,
Mitch Gewirtz
Bila ditanya kembali oleh Gizmodo akan keseriusannya, dia menjawab...
Absolutely! I am serious!
I believe my 17" G4 powerbook is still more advanced than any PC out there today. It is a very healthy laptop that has given me a wonderful experience the last couple of years. I truly believe if "Lauren" had a chance to use this laptop she would change her mind.

Can you help me locate her?

Aduss... baik tak bertempat... atau mangkaq?! Gua yakin Lauren tu hanyalah model iklan yg dibayar, dan silap2 skrg ni memang dok guna 17" MacBookPro...
Teruskan...

Saturday, March 28, 2009

Perang iklan Win-Mac bermula! UPDATED!

Beberapa bulan lepas, Microsoft telah melancarkan kempen iklannya yg melibatkan En. Bill Gates himself serta pelawak Seinfield. Namun kempen tersebut gagal (bahkan gagal difahami!!!). Kemudian menyusul pula iklan "I am PC." Iklan ni agak menarik tapi masih tak nampak motif sebenarnya kecuali memberitahu dunia yg PC digunakan oleh semua lapisan masyarakat (which is memang kita dah sedia maklum pun!). Kini... muncul iklan terbaru yg benar2 memberitahu kenapa korang perlu membeli PC dan bukannya Mac. Tengok dulu... then kita bahaskan!

Memandangkan Microsoft tak benarkan video ni di'embed'kan, kenala korang klik link bawah dan ke website diorg...

Laptop Hunters #1 - Lauren
Laptop Hunters #1 - Lauren

"I'm just not cool enough to be a Mac person." Sedihnya bunyi. Menunjukkan betapa deep inside dia nak sangat jadi part of Mac family...!

Iklan ni kurang adil pada gua sebab meletakkan harga sebagai pengukur! Notebook HP yg minah tu angkat pn harapkan skrin je 17" tapi spec lain2 belum tentu ok. Kalau 17" jadi spec wajib, gua syorkan minah tu angkat refurbish unit 17" PowerBook G4. Gua pasti harganya lebih murah dan performance-nya lebih ok. Tak gitu Son Goku?

UPDATE : Iklan ni dah ada di YouTube. So, layan...

Teruskan...

Lagi petanda iPhone baru

Beberapa hari yg lepas, AT&T telah mengumumkan yg mereka akan menjual iPhone 3G tanpa kontrak utk pelanggan AT&T. Namun ia masih 'locked' utk digunakan dgn perkhidmatan AT&T (samada post-paid atau prepaid). Terbaru, Apple sendiri telah menjual iPhone 3G melalui Apple Store-nya tanpa sebarang kontrak, bahkan boleh juga dipesan melalui Apple Online Store! Unit2 ini dipercayai boleh diguna pakai oleh mana2 telco (unlocked unit) berdasarkan pada ayat di iklannya berbunyi "Buy directly from Apple. And choose your carrier." Proses activation-nya pula boleh dilakukan di rumah.


Persoalannya kenapa tiba2 ini berlaku? Selama ni Apple dan AT&T begitu tegas dengan polisi 'kontrak'-nya. Pada gua mudah saja, diorg memang desperately nak clear-kan stok bagi memberi laluan (dan ruang) pada iPhone yg baru! Bleh terima?
Teruskan...

Friday, March 27, 2009

WWDC '09 pada 8-12 Jun

Baru semalam gua sebut, ini hari sudah keluar tarikhnya. Confirmed! 8-12 Jun ni akan berlangsung Worldwide Developers Conference (WWDC) di Moscone West Convention Center, San Francisco.

Adus.. terasa mcm nak gi. Tapi registration fee dia... US$1,295 utk early birds!!! Pergh..!
Teruskan...

Thursday, March 26, 2009

WWDC '09 pasti lebih panas daripada biasa!

Setiap pertengahan tahun, yakni dalam bulan Jun akan diadakan WWDC oleh Apple. Untuk tahun ini tarikh pastinya belum ada tapi semestinya bulan Jun juga. Setakat ni, 3 perkara yg gua pasti akan di'announce' dan 1 perkara yg di'rumor'kan akan di'announce'. Apakah ia?

Yang gua pasti:
  1. iPhone OS 3.0
  2. iPhone baru
  3. Snow Leopard
Yang di'rumor':
  1. Netbook 3G
Gua akan updatekan list ni dari semasa ke semasa sehingga WWDC berlangsung...!
Teruskan...

Tuesday, March 24, 2009

Tentang iPhone baru...

iPhone baru hampir pasti akan keluar. Tanda2 kecil dah banyak. Kini keluar pulak tanda2 besar! Dua tiga hari ni gua banyak dapat info2 dari pelbagai site (yg agak reliable) berkisar iPhone baru... Chekidout..!

iPhone baru keluar bulan Jun ni! Atau sekurang2nya di'announce' Jun ni. Ini prediction gua sendiri... muahaha!! Sebab benda ni dah jadi rutin Apple setiap tahun. Ramalan gua ini jugak disokong oleh Boy Genius yg katanya dapat info ni dari Apple punya insider. Lain2 penemuan yg Boy Genius ni berjaya telek adalah...

  • New iPhone will be faster and have a more seamless experience unmatched by any device
  • U-Verse iPhone application; will allow control of your home DVR (play, pause, rewind, etc.)
  • AT&T is said to be working with Apple to create a unified product with an unparalleled experience across all their products and services.
  • Apple's 3.0 software should tell us where the iPhone platform is going.
  • Seems like the higher speed HSDPA (7.2Mbps) is being hinted at too which should confirm the earlier rumors of the new Infineon chipset.


Dan nak tambah perisa lagi sikit, ada kemungkinan Apple akan keluarkan netbook 3G pertama dengan harga $99. Ini sukar sketla nak terima, kan?!
Teruskan...

Monday, March 23, 2009

Gua gi berjalan!

Hampir seminggu blog ini sepi dari sebarang pos. Yep, gua pergi melancong ke Macau dan jugak Hong Kong. Gua cuba utk online tapi hanya berjaya di Macau sahaja (in fact, post sebelum ni di'pos' dari Macau). Hong Kong, sukar utk online termasuklah di Disney Hollywood Hotel yg hampeh!

Sekarang gua dah kembali, dan memang semakin galak nampaknya berita2 tentang Apple berlegaran terutama rumor iPhone terbaru... Stay tune je la, gua akan laporkan..!
Teruskan...

Wednesday, March 18, 2009

iPhone 3.0 : Copy & Paste, MMS dll...

Yup, pkol 1am tadi telah berlangsung majlis preview 1Phone 3.0. Apa yg baru? Banyak... dan best! Korang bleh layan video berikut utk tgk sdri rakaman acara tersebut.

Artikel ni dipos dari The Venetian Hotel, Macao... Muahahahaha..! Teruskan...

Sunday, March 15, 2009

Sunday is a Funday #11

Tidak semua presentation Apple menjadi...
Teruskan...

Friday, March 13, 2009

Preview iPhone OS 3.0 pada 17 Mac ini

Apple telah mengumumkan yang satu majlis preview khas utk Software iPhone OS 3.0 baru akan diadakan pada 17 Mac ini. Majlis tu hanya akan preview je yer.. belum kuar lagi. Dan pada hari yg sama iPhone Software Development Kit (SDK) baru jugak akan diperkenalkan pada developer. So, rasa2 apa yg baru?

Rumors dah berlegaran yg iPhone 3.0 ni nanti akan ada MMS, internet tethering, copy&paste, dan mcm2 wish list... Kita tunggu je la..

Dan perlu jugak diingat, semasa Apple kenalkan iPhone OS 2.0 pada Mac '08 lalu dan kemudiannya dilancarkan pada bulan Jun bersama iPhone baru (iPhone 3G). Jadi mungkinkah bulan Jun nanti iPhone OS 3.0 akan keluar bersama iPhone baru? Ye! Gua rasa! Hehe..!
Teruskan...

Thursday, March 12, 2009

Pelancaran iPhone 3G Malaysia pada 20-22 Mac ini!!!

Akhirnya dude... akhirnya...

Gua pn tak pasti bila benda ni berlaku. Tapi yg penting ia berlaku! It's here... legally here!!! Dibawa oleh abang Maxis, dengan plan yg.. hmm.. agak cekik darah jugak. Tapi plan bukan isu disini... yg penting ia masuk pasaran Apple dgn sah! Memudahkan mereka yg rosak iPhone illegal sebelom2 ni nak baiki iPhone secara legal!!! Muahahaha!!!!!!!

Akan dilancarkan pada 20-22 Mac ini di KL Convention Center, so... apa tunggu lagi, bagi mereka yg mampu, pegila 'chop' sebijik dua skrg kat sini!

... patutla iWorld buat sale... RM2,799 di iWorld lebih murah dude, seriously!!! Cepat, tinggal dua hari je lagi!
Teruskan...

iTunes 8.1 sudah muncul!

Semalam, iPod Shuffle kuar. Kalau dibelek pada tech spec-nya, iPod itu perlukan iTunes 8.1 utk di 'sync'kan. Whadde...? Kita masih di iTunes 8.0. Menjawab pada persoalan itu, iTunes 8.1 telah mucul awal pagi tadi dengan bleh tahan jugak la new 'feature'nya. Bersama2 iTunes 8.1, muncul jugak Front Row 2.1.7 dan jugak update utk app iPhone, 'Remote' di App Store. Kedua2 tu penting supaya bleh communicate dgn iTunes baru itu.

Features baru pada iTunes 8.1 adalah...

iTunes 8.1 is now faster and more responsive. You will enjoy noticeable improvements when working with large libraries, browsing the iTunes Store, preparing to sync with iPod or iPhone, and optimizing photos for syncing.

In addition, iTunes 8.1 provides many other improvements and bug fixes, including:

- Supports syncing with iPod shuffle (3rd generation)
- Allows friends to request songs for iTunes DJ
- Adds Genius sidebar for your Movies and TV Shows
- Improves performance when downloading iTunes Plus songs
- Provides AutoFill for manually managed iPods
- Allows CDs to be imported at the same sound quality as iTunes Plus
- Includes many accessibility improvements
- Allows iTunes U and the iTunes Store to be disabled separately using Parental Controls


Sekian, terima kasih.
Teruskan...

iBluetooth untuk... iPhone ler!!!

Berita gumbira utk semua pengguna iPhone... ops, bukan semua, utk pengguna 'jailbroken iPhone' saja... iBluetooth dari iSpazio sudah menjengah Cydia. Apa dia boleh bikin? Dia bleh bikin apa yg henfon lain dah boleh bikin dari lebih 5 tawooon dulu lagi...

Download trial version skrg - free utk 7 hari pertama. Then kena beli kod S/N. Harganya €3.99 (RM18.80). Kalau ok, berbaloi beli gua rasa. Gua tokleh try lagi... Part iPhone gua tak sampai2 lagi!!!
Teruskan...

Wednesday, March 11, 2009

iPod 're' Shuffle!!!

iPod datang lagi dengan.. (mcm iklan Tora - Mat Sentul) Ipod Shuffle terbaru! Panas lagi ni beb! Baru muncul serentak di Apple Store seluruh dunia jam 8:30mlm (waktu M'sia) tadi. Kali ni berkapasiti 4GB, datang dengan 2 warna - silver dan hitam, ada voice over, dan lebih kecik dari iPod Shuffle sebelum ni!!! Lagi 5 tahun gua ingat Apple wat kuar iPod Pill, lu telan, muzik bunyi dari dalam... Muahahah!!!!

Takde controller button kat iPod tu, semua ke earphone. Kalu rosak earphone tu masak la korang..! Banyak jugak cool features dia. Siap bleh tau playlist lg. Pastu suara voice over tu lain2 utk Mac dan PC user. Tapi gua rasa best lg suara utk PC user. Korang bleh cekidout semua benda yg gua story ni di Apple Store kita... Ops.. Harganya RM309.00 tunaiiiiii......!
Teruskan...

iPod Touch 2G berjaya di'bebas'kan..!

Dev Team telah berjaya 'membebaskan' iPod Touch 2G korang dengan cara dan gaya yg lebih tenang. Memang sebelum ni diorg dah keluarkan 'redsn0w' utk proses jailbreaking tersebut tapi cara tu agak kurenggg sebab kena connect ke Mac/PC tiap2 kali reboot. Kali ni benar2 jailbreak...

Tapi untuk arahan lanjut, sila serang terus website diorg.. hehe...
Teruskan...

Tuesday, March 10, 2009

Bila 'kodok' bersuara...

Gua memang peminat Afdlin Shauki a.k.a. 'kodok'. Blog dia pn tersenarai pada blog list gua. Perkembangan dan permasalahan dalam dunia filem melayu pn banyak yg gua dapat dari mamat yg serba berkebolehan ni. Namun takde perkara yg boleh menarik gua sehingga dijadikan tajuk pos, sehinggalah hari ni! Dipetik dari blog post terbarunya. Katanya...

Latiff adik Prof. says my films are 'komedi orang puteh' dan tidak cater to 'true Malays'. WHATEVER latiff!!! Kau buat filem kau aku buat filem aku sudahlah...Niat kau dengan niat aku lain. Aku taknak kaya sambil memperbodohkan bangsa aku. Biarlah aku tak kaya pun takpe. Kalau box office jadi pengukur kau... kaulah juara.... SIFU dan Tongga. Syabas. Filem yang membanggakan.....???? Filem kau memang sesuai utk target market kau- bebudak. The true mass market bro. Filem gua di targetkan kepada golongan dewasa sikit kut. So lets just agree to be different.

Muahaha!!! Gua memang stuju! 110% stuju! Cuma kali ni gua bleh dengar (baca) dari pengkarya seni sendiri! Itu yg mahal tu. U de man, afdlin!!!! Nak baca full post? Sini bro...
Teruskan...

Apple 'netbook' keluar suku ketiga tahun ini?

Cerita ni segar kembali bila DigiTimes melaporkan yg Wintek, sebuah company di Taiwan akan membekalkan panel touch screen netbook kepada Apple pada suku ketiga tahun ini. Dan netbooknya pulak akan dipasang oleh Quanta Computer.

Cerita ni agak kontra dengan kenyataan Steve Jobs baru-baru ni...
"As we look at the netbook category, that's a nascent category," Apple chief executive Steve Jobs said last fall. "As best as we can tell, there's not a lot of them being sold."
Ditambah pulak dgn kata2 Tim Cook pada Januari ari tu...
...noted that netbooks are "principally based on hardware that's much less powerful than we think customers want, software technology that is not good, cramped keyboards, small displays."
Jadi tak tahulah kebenarannya. Mungkin ia bukan netbook seperti yg biasa kita tgk, atau mungkin jugak ia adalah iPod Touch gedabak yg di'rumor'kan akhir tahun lepas? Wallahu a'lam...
Teruskan...

Sunday, March 8, 2009

Sunday is a Funday #10

Gua terjumpa video ni and it's kinda nostalgic... (sekurang2nya utk aku personally..)

Commodore 64 adalah komputer pertama yg aku miliki dlm hidup..! Yg mengajar aku erti programming... erti grafik... semua ni back in 1986...
Teruskan...

Saturday, March 7, 2009

Happy Hour @ iWorld.com.my


iWorld.com.my buat sales baeekk punya dengan menjual iPhone 3G 16GB pada harga RM2,799!!! Cepat! Offer ni hanya utk 7 hari saja - bermula hari ni!. Teruskan...

Cydia AppStore... Katanya...

Menurut sumber dari Hackint0sh dan Macworld, satu berita yg segar dari ladang telah diterima yakni Cydia telah menyediakan App Store-nya sendiri bermula hari ini!

Yang gua tak pastinya, macamana rupa Cydia App Store itu memandangkan gua tak jumpa mana2 link pada website sumber di atas. Gua juga tak mampu utk pastikan di iphone memandangkan iphone gua sekarang tgh rosak (menunggu spare part xsampai2 lg!) dan ditambah pulak dgn iPod Touch gua yg memang tak di jailbreak.

Apa2pun, gua pasti Apple tgh bg perhatian akan hal ini dan Cydia tunggu masa je nak kena tu...!
Teruskan...

Kehebatan 'Nehalem' dan Apple

Apple baru saja mengeluarkan beberapa produk baru 4 hari lepas termasuklah Mac Pro yg menggunakan prosessor Intel's Nehalem Xeon. Di mana hebatnya cip tersebut?

Nehalem memang prosessor yg hebat. Apple menyenaraikan kehebatan Nehalem di page Mac Pro nya namun secara ringkasnya, yg perlu diberi perhatian adalah:

- Single die 64-bit architecture with fast access to cache data
- Integrated memory controller with significantly more memory bandwidth
- Turbo Boost: "If you’re using an application that doesn’t need every core, Turbo Boost shuts off the idle cores while simultaneously increasing the speed of the active ones, up to 3.33GHz on a 2.93GHz Mac Pro."

Tapi sebenar2nya gua taklah kagum dengan kehebatan prosessor itu memandangkan benda makin baru mestilah makin maju dan laju. Itu hakikatnya. Takde org cipta benda baru yg lebih kebelakang kan? Yang gua kagum dlm bab cerita Nehalem dan Apple ni adalah... macamana Apple berjaya dapatkan Nehalem dari Intel seawal ini walhal Nehalem itu sendiri belum diisytiharkan secara rasmi oleh Intel! Kalau korang nak tgk prosessor ni kat Low Yat Plaza pon gua rasa paling cepat pn 3 bulan lagi (dlm bulan Jun).

Partnership antara Apple dan Intel yg cengginilah yg akan menjadikan Apple sentiasa di depan berbanding pesaing2 lain.
Teruskan...

Wednesday, March 4, 2009

Yeppa.. yeppa.. Bukan lagi ramalan...!


Ia berlaku! Apple telah melancarkan line-up iMac baru, Mac Mini baru, Mac Pro baru, serta penambahbaikan pada Airport Extreme Base Station dan Time Capsule.

Secara ringkasnya, ini yg diisytiharkan semalam...

iMac

- RM4,499. 20-inch 2.66 GHz iMac. 2GB RAM. NVIDIA GeForce 9400M Integrated graphics. 320GB HD. Mini Display Port
- RM5,599. 24-inch 2.66 GHz iMac. 4GB RAM. NVIDIA GeForce 9400M Integrated graphics. 640GB HD. Mini Display Port
- RM6,699. 24-inch 2.93 GHz iMac. 4GB RAM. NVIDIA GeForce GT 120. 640GB HD. Mini Display Port
- RM8,199. 24-inch 3.06 GHz iMac. 4GB RAM. NVIDIA GeForce GT 130. 1TB HD. Mini Display Port

Mac Mini

- RM2,299. 2.0GHz Mac mini. 1GB 1066 MHz DDR SDRAM, GeForce 9400M integrated graphics, 120GB HD, 8x SuperDrive, Mini DisplayPort and mini-DVI, 5 USB Ports, Satu FireWire 800 Port
- RM3,099. 2.0GHz Mac mini. 2GB 1066 MHz DDR SDRAM, GeForce 9400M integrated graphics, 320GB HD, 8x SuperDrive, Mini DisplayPort and mini-DVI, 5 USB Ports, Satu FireWire 800 Port

Mac Pro

- RM9,299. Satu 2.66GHz Quad-Core Intel Xeon 3500 Processor. 3GB of RAM. NVIDIA GeForce GT 120. 640GB HD.
- RM12,299. Dua 2.26GHz Quad-Core Intel Xeon 5500 Processor. 6GB of RAM. NVIDIA GeForce GT 120. 640GB HD.

Airport Extreme & Time Capsule

Kini kedua2 benda alah ni support kedua2 frekuensi 5 GHz (802.11n) dan 2.4 GHz (802.11b/g) serentak. Sebelum ni kena set salah satu je. Dan yg menarik, korang leh set dua password; satu utk kegunaan wifi internet dan network, satu lagi hanya utk guna wifi internet saja (sesuai utk guest).
Teruskan...

Tuesday, March 3, 2009

iMac & Mac Mini baru hari ni?

Rumors yg dibawa oleh World of Mac dan My Apple Guide nampaknya akan dikitai oleh website Jepun, Kodawarisan sekiranya benar angin terbaru yg membawa berita, pelancaran line-up baru iMac dan Mac Mini akan diadakan hari ini di Cupertino (esok le di Malaysiaraya ni).

Sebelum ni hanya Kodawarisan sahaja yg konfiden event tu akan diadakan hari ni. Yg lain semua kata 24 Mac nanti. Namun hari ni Kodawarisan disokong oleh dua lagi website iaitu Hardmac dan OneMoreThing.nl yg bukan saja stuju ia akan berlangsung hari ni, bahkan turut menyenaraikan product number dan spesifikasinya.

Hardmac melaporkan :
The new iMac models and their corresponding references:
- MB417: Entry level model
- MB418: "Mass market" model
- MB419: high-end model
- MB420: ultimate model
The entry level model should come with a 20" display, while the three other models will feature a 24" panel.

For the Mac mini, the references are the following:
- MB463: entry-level model
- MB464 high-end model

Dimolekkan lagi oleh OneMoreThing.nl dengan spek ini :
Mac mini
- 5x USB
- 1x FireWire 800
- 1x mini DVI
- 1x Display poort
- Nvidia chipset (like the newest MacBook)
- starting at Intel Core 2 Duo 2.0 Ghz
- 1 of 2 GB DDR3 memory (max 4 GB)
- 120 GB hard disk (max 320 GB)

iMac
- one 20" model, three 24" models
- Intel Core 2 Duo (not a quad core): 2.66 Ghz, 2.93 Ghz and 3.06 Ghz
- 1x Display port
- 20" 2 GB DDR3 memory, 24" 4 GB DDR3 memory (max 8 GB)


Apakah ia akan berlaku atau tidak, kita... yezzaaa... tunggu...!!! Pandai pon...!
Teruskan...

Monday, March 2, 2009

Barang baru Apple 24 Mac ni?

Rumors berlegaran mengatakan 24 Mac ni akan ada satu event perlancaran barang baru dari Apple. Barang baru yg dimaksudkan berkemungkinan besar adalah line-up iMac dan Mac Mini.

Event tersebut dikatakan lebih kurang macam majlis pelancaran line-up MacBook bulan Oktober tahun lepas. Sumber-sumber dari World of Mac dan My Apple Guide memang konfiden yg event itu akan diadakan pada hari besday anak gua itu (24 Mac tu la). Cuma satu site Jepun, Kodawarisan je yg kata ada event 3 Mac (esok?!.. Whadde..?).
Teruskan...

Sunday, March 1, 2009

Safari 4 Beta sudah terbit!

Yup, Safari 4 Beta telah sedia utk di'download' oleh korang. Tak kira lu pakai Mac atau Windows, dua2nya ada. Taruslah... laju siot..!

Ia pakai Javascript engine baru bernama 'Nitro' yang membolehkan ia memecut 4.2x lebih laju dari Safari 3. Feature2 lain banyak ala2 Google's Chrome dan Firefox.

Ia masih beta... tapi versi sempurnanya mungkin akan datang bersama Mac OS X 10.6 (Snow Leopard) nanti. Tak lama dah...
Teruskan...

Sunday is a Funday #9

Rahsia terbongkar!!! Inilah idea asal cursor pelangi yg korang selalu tengok di Mac OS X korang!

Gambar ini diambil oleh satu mamat di Vienna dan nama roti bun itu adalah... "Semmel des Todes" (bun of death)!!! Muahahaha...!!!

Apple patut kena 'sue' big time nih! Er.. ke Apple yg nak akan 'sue' kedai roti makcik ni???
Teruskan...