Wednesday, December 31, 2008

iPod Touch Skrin 7" tahun depan?

Mengikut TechCrunch, tiga sumber rapat dengan Apple telah mengkhabarkan bahawa Apple akan mengeluarkan iPod Touch bersaiz 7"-9" pada musim luruh 2009. Salah satu dari sumber tersebut dikatakan telah mencuba prototaip iPod Touch tersebut.

Dengan kata lain, benda alah ni macam tablet netbook tapi menggunakan iPhone OS.

Sudah lebih setahun rumors mengenai netbook Apple, atau Tablet Macbook berlegaran namun disangkal oleh Apple. Bahkan dikatakan memang Apple takut nak keluarkan benda alah ni - takut orang tak minat. Tapi setelah melihat sambutan yang hebat pada App Store, Apple sudah mula yakin iPod Touch saiz besar ni ada peminatnya tersendiri. 

Dan sekiranya betul berita ni, maknanya ia hanyalah netbook yang mampu 'run' application dari App Store dan mustahil utk 'run' application yg sama kita dok guna pada Mac.

No comments:

Post a Comment