Friday, February 27, 2009

Rupa snow leopard macam kacang!

Hari selasa lepas, World of Apple (WoA) telah siarkan gambar2 serta satu video yg menunjukkan rupa paras upcoming Snow Leopard. Dan macam biasa, ia terus tersebar luas bila Macrumors, Gizmodo dan yg seangkatan dengannya turut menumpang WoA menyiarkan gambar dan video tersebut.

Namun selang sehari kemdian, Apple dah arahkan gambar dan video tu semua dibuang dari website masing2... Baik Tuan!

Cun ke? Blehla... tapi takla byk sgt bezanya setakat ni. Benda blom keluar, mcm2 lg bleh jadi dud...!
Teruskan...

Sunday, February 22, 2009

Sunday is a Funday #8

Minggu ni kita layan The Simpsons... Satu klip terbahagi dua...


Ada sambungannya...

Teruskan...

Saturday, February 21, 2009

Mac Mini baru II?

Semalam kita dah tgk gambar. Ini hari gua kasi video plak...


Tak caya lagi... esok gua antar kat umah lu pulak sbijik... hehehe!
Teruskan...

Friday, February 20, 2009

Mac Mini baru?

Nindia.. Gambar kononnya Mac Mini terbaru yg bakal terbit. Diposkan oleh penggossip Apple kepada MacRumors dan AppleInsider. Betulka?

Berdasarkan pada port2 yg ada pada gambar, jelas sekali seperti yg digembar-gemburkan sebelum2 ni. Dan mengikut AppleInsider, gambar ni sama seperti gambar yg diorg dah dapat sebelum ni (tapi diarahkan utk tidak disiarkan).

Gua rasa, jolo doh nie....!
Teruskan...

Thursday, February 19, 2009

Apple mendahului dalam survey kepuasan pengguna 2009

Melalui survey yg dijalankan oleh ChangeWave Research, Apple mendahului pengeluar2 lain dlm memberi kepuasan kepada penggunanya sepanjang 90 hari yg lepas.

Tak pelik pon, Pak Tam (member gua) semalam yg bengang ngan laptop dia setelah lebih 5 kali buat hal, pon berhajat beli MacBook. Isu disini bukanlah pengeluar desktop/laptop itu sendiri tapi lebih kepada OSnya. Windows suxx big time dud! Bertukarlah kepada Mac OS... Teringat kata2 Steve Jobs...
The only problem with Microsoft is they just have no taste. They have absoultely no taste. And what that means is, I don't mean it in a small way I mean it in a big way. In a sense that they, they don't think of original ideas and they don't bring much culture into their products.
Salut la lu bro..! Dan kalau nak baca lagi details pasal survey tu, download pdf file ni.
Teruskan...

iPhone gah di MWC'09 tanpa Apple!

Kita sedia maklum yg Mobile World Congress (MWC) '09 yg sedang hebat berlangsung di Barcelona ketika ini tidak disertai Apple. Bahkan memang Apple tak pernah join MWC pon sebelom2 ni. MWC adalah medan penting utk semua pengeluar2 mobile device memperkenalkan upcoming product dan di situ jugaklah forum2 isu semasa berkaitan diadakan. Walaupon tanpa kelibat Apple, iPhone tetap menjadi isu bahasan utama sepanjang event ni berlangsung! Apatah lg, kebanyakan aplikasi atau aksesori yg dilancarkan di situ adalah iPhone related.

Mengikut AppleInsider, journalist yg dok buat coverage kat MWC kebingungan bila SETIAP berita, SETIAP produk dan SETIAP forum yg berlangsung dikatakan MESTI akan melibatkan perbandingan dgn iPhone. Yang lawaknya, walaupon berita atau produk tu takde kena mengena dengan iPhone langsung!!

Ada jugak forum diadakan utk membincangkan tentang iPhone semata, tanpa wakil Apple... Sakit btol!

Dalam satu perbincangan antara CEO dari Microsoft, Nokia and AT&T, diorg kritik Apple yg mengamalkan dasar ekosistem tertutup. Steve Ballmer (Microsoft) kata:
"I agree that no single company can create all the hardware and software," he said. "Openness is central because it's the foundation of choice."
Sorg penonton tanya apsal risau sgt pasal Apple sedangkan iPhone hanya pegang peratusan kecik je dlm marketshare smartphone. De la Vega (AT&T) dgn tenang jawab:
"Because the other 99.5 percent of the industry is trying to copy the iPhone."
Adus.. Dah terang lg bersuluh kan..?
Teruskan...

'Jailbreak' pertama kalinya diisytiharkan HARAM oleh Apple

Berita yang langsung tak pelik. Cuma hairan kenapa Apple diam je selama ni sehinggalah Jumaat lepas Apple buat pertama kalinya secara terbuka mengisytiharkan bahawa perbuatan meng'jailbreak' iPhone dan iPod Touch adalah perbuatan yg melanggar hakcipta dan... yelah, salah!

Setiap 3 tahun, US Copyright Office akan bersidang utk buat semakan akan 'Digital Millennium Copyright Act (DMCA). Masa ni blehla kalau ada sapa2 nak cadang apa2 pengecualian keatas hakcipta sedia ada (termasukla hakcipta org lain punya!). Maka dengan itu, Electronic Frontier Foundation (EFF) sudah buat request utk iPhones2 yg jailbroken ni. Dengan alasan, bagi memperkaya serta meningkatkan daya saing dlm penciptaan aplikasi mudah alih disamping perkongsian maklumat dan ilmu boleh berkembang dengan lebih berkesan.

Jawab Apple, "Apa-apa jelah ko punya alasan! No! Jailbreaking is haramu jiddan!!!"
Teruskan...

Wednesday, February 18, 2009

Semua ada AppStore sendiri!

Di Mobile World Congress (MWC) Barcelona yg sedang berlangsung skrg ni, telah terkeluar berita2 tentang Application Store yg akan dikeluarkan pengeluar2 mobile OS masing2. Secara ringkasnya, Fortune telah senaraikan mereka2 itu.
Nokia’s Ovi Store.  An online app and media portal that comes “pre-integrated” on Nokia’s new N97, but will be available for download on a slew of existing Nokia phones come May.

Windows Marketplace.  Along with a new version of Windows Mobile, Microsoft announced Monday that it will open a new Windows Marketplace offering — you guessed it — 20,000 apps, some of which actually run on mobile devices.

App Store for Symbian. PocketGear, which had previously built its own Palm App Store and an App Store for Windows Mobile, unveiled an App Store for Symbian, the operating system that runs Nokia’s smartphones. How it will compete with the Ovi Store remains to be seen.

Android Market. Google opened an application marketplace for the Android platform last October, but so far it has only accepted free apps. Look for an announcement from Google this week about how that’s going to change.

BlackBerry Applications Center. Research in Motion invited developers to submit programs to its forthcoming Applications Center in October. We may be hearing more this week about when that will open for business.

Palm Software Store. This one went live in December with 2,000 apps and 1,000 free games available for download to both Palm OS devices and Windows Mobile.
Lawak betol la diorg ni. Semuanya ikut buntut Apple. Sebagai renungan, meh gua ceritakan kronologi 'ikut-buntut' ni secara ringkas.

Jan '07 - Apple announce 'multi-touch' smartphone.
Jun '07 - Apple kuarkan 'multi-touch' smartphone-nya (iPhone).
Feb '08 - Semua pengeluar lain announce 'multi-touch' smartphone diorg.
Mac '08 - Apple announce AppStore.
Jul '08 - Apple lancarkan AppStore-nya.
Feb '09 - Semua pengeluar lain announce App Store diorg!

So, lu bleh tau apa pengeluar lain nak kuarkan tahun depan, pada pertengahan taun ni! Paham?
Teruskan...

Charger stended utk henfon-Apple tak join!

Bermula 1 Januari 2012, semua charger henfon akan bertukar menggunakan Micro-USB! Tak kiralah lu pakai Nokia ke, Samsung ke, HTC ke, apa ke.. chargernya akan sama. iPhone? Hehe.. biasala Apple... tetap dengan chargernya tersendiri.

GSMA telah mendapat persetujuan dengan pengeluar2 henfon terkemuka utk melaksanakan pertukaran itu bagi memudahkan pengguna setelah kajian mendapati di Eropah saja ada lebih dari 30 jenis kepala charger! Dan semestinya gua rasa samalah dengan mana2 negara pun sebab henfon yg sama jugak kita pakai.

Apple sebenarnya bukan menolak terus, cuma tak decide lagi. Memang perangai Apple cenggitu, susah nak ikut org. Nak suruh org ikut dia je memanjang. Tapi besar kemungkinan Apple akan ikut jugak satu hari nanti sebab by 2012, kepala charger yg diguna pakai iPhone skrg ni akan berusia 11 tahun (last revise utk iPod 2003).

Approach ni memang bagus dan memudahkan kita pau charger org bila henpon abis bateri di tempat org. Kan?
Teruskan...

Tuesday, February 17, 2009

Klon Mac Jerman tarak takut sama Apple

HyperMegaNet, satu company dari Jerman sedang aktif mengeluarkan klon Mac di bawah jenama PearC. Company berani mati ni jugak dengan tenang kata (di website diorg) apa yg diorg buat adalah perkara legal di sisi undang2 Eropah. Hebat... sedangkan Psystar (Klon Mac di US) skrg ni separuh mati kena belasah ngan Apple.

Alasan diorg cukup mudah. Mengikut undang2 Eropah, segala terma dan syarat yg dibaca 'selepas pembelian' dikira tak sah! Itu yg berlaku pada Mac OS di mana 'EULA'nya hanya boleh dibaca setelah 'on' PC. Makna kata, beli dulu baru terima syarat. Macam 'parkon' dulu baru akadla ni... hehe!

Apapun, diorg bersiap sedia utk menerima apa jua respon dari Apple.
Teruskan...

Sunday, February 15, 2009

Sunday is a Funday #7

Kepada user iPhone, renung2kan... Teruskan...

Epot iMac gua buat perangai big time!

Semalam... seharian semalam gua bermasalah nak surf internet di iMac gua. Seriously gua tak tau kenapa. Tiba2 iMac gua takmo join network rumah gua (via Airport Extreme Base Station). Macam2 fitnah dan tohmahan dikeluarkan. Dia kata "connection timed out" la, "invalid password" la, "connection error" la.. Yang lawaknya, PowerBook G4 gua, MacBookAir bini gua, iPhone 3G dan iPod Touch gua semuanya 'connected' dengan tenang.

Gua resah gelisah bro. Bila satu2 masalah yg lu tau puncanya, lu bleh 'figure out solution'nya tapi bila lu tak tau punca, memang terpaksa redha dan pasrah. Gua anggapkan built-in airport iMac gua dah sampai ajal la kot (?). Tapi gua agak sukar nak terima hakikat tu memandangkan iMac gua ni dalam keadaan yg selamat dari ancaman berbanding dengan devices gua yg lain. PowerBook gua dah berumur hampir 6 tahun. Dah jatuh berapa kali dah, okey je. MacBookAir bini gua yg sememangnya 'fragile', xde masalah. iPhone 3G sama iPod Touch gua yg memang akan dibaling, ditokak, diperkotak-katikkan hari2 oleh anak gua, hokeyy je! Ini iMac gua yg dok diam2... aleh2 demam?! WTF?!

Setelah gua give up, gua layan movie je semalam. Tiada new post dari gua. Layan "Wanted" yg gua rent dah dekat sebulan thru iTunes. Habis je, gua tido...

Sehinggalah lepas solat Subuh tadi, gua bangunkan iMac gua. Gua heran. Ia dah kembali join network rumah gua tanpa disuruh! Taktau la apa isu dia dengan Airport Extreme gua semalam. Pon gua redha ajela jugak. Nak maki, kang dia merajuk...
Teruskan...

Friday, February 13, 2009

iPhone baru?

Apakah benar ini cover belakang iPhone baru? Diperbuat dari besi, ber'texture'kan matte finishing warna hitam... hmm.. macam best..!

Ini semua angkaradurja iPod Observer sama MacRumors yg dok sebarkan gambar mengatakan ia adalah iPhone generasi baru yg akan kuar bulan Jun nanti.

iPod Observer memang antara yg bertanggungjawab menyebarkan gambar iPhone 3G sebelum pelancarannya tahun lalu tapi penyebarannya berlaku hanya sebulan sebelum Jun '08. Kali ni awal sangat bro... macam tak real la pulak.

Lagi satu point yg meragukan, iPhone 3G cpver belakangnya dibuat dari plastik sebab besi bleh mengganggu resepsi, aleh2 yg ni balik ke besi?

Entahla... Kita tunggu je la kan...
Teruskan...

Thursday, February 12, 2009

iTunes Replay: Stream iTunes di mana saja...

AppleInsider yang bawak khabar angin ni dengan konfidennya, mengkhabarkan yang Apple sedang kemas kinikan iTunes 8 nya utk melancarkan iTunes Replay bagi membenarkan segala isi perut iTunes diakses dari mana2 device (AppleTV, iPhone, iPodTouch) di mana jua!

Dengan cara begini, akan menjimatkan space storage device2 korang. Semua ondefly... Sistem ni dah iguna pakai oleh NetFlix sebenarnya tapi NetFlix punya file tak sebesar file2 isi iTunes. Makna kata, takut stream sangkut2 je. Apatah lagi kita kat Malaysiaraya ni (memang takde pon isi iTunes yg utk kita)...

Berita ni adalah berita gembira sepatutnya utk negara yg iTunes diorg ada TV Shows, Movies dan sebagainya. Tapi berita buruk utk mereka yg guna iTunes Store US cara curi2 mcm gua ni!
Teruskan...

Wednesday, February 11, 2009

Komik Marvel akan menyerang AppStore!

Pada NY Comic Con baru2 ni, Marvel telah mengesahkan yang komik2 mereka akan turut serta di AppStore dengan dua judul permulaan iaitu Astonishing X-Men dan Spider-Woman. Lebih hebat lagi, komik tersebut bukan sekadar komik biasa yang kita selalu jumpa di AppStore. Ia dinamakan Marvel Motion Comic!

Konsepnya dikatakan 'antara buku komik biasa dan siri animasi.' Ia akan disokong oleh pergerakan simple dan bunyi. Untuk gambaran, korang bleh tengok trailernya di sini.

Hebat, kan? Otai komikla katakan... takkan nak transfer bodo cenggitu je! Ini baru digital era namanya...
Teruskan...

Tuesday, February 10, 2009

Apple tak kasi Google guna multi-touch pada Android?

Apple dikatakan memberi arahan khas kepada Google untuk tidak menggunakan feature multi-touch pada Android dan yg hebatnya, Google patuh! VentureBeat diberitahu hal ini oleh mamat yg terlibat dalam pembikinan Android itu sendiri.

Apple, which of course makes the signature multi-touch mobile device, the iPhone, apparently asked Google not to implement it, and Google agreed, an Android team member tells us.
Mengikut laporan tu jugak, Google patuh pada arahan tu sebab takmo gaduh2... Banyak lagi bisnes kedepan nak kena jaga. Apple skarang ni dikatakan bermasam muka dengan Palm sebab mengeluarkan Pre Phone yg feature multi-touch nya dikatakan hampir sama ngan iPhone.
Teruskan...

Monday, February 9, 2009

QuickTimePro jadi feature standard di Snow Leopard?

Feature yg ada pada QuickTimePro dikatakan akan jadi feature standard bagi 'QuickTimeX' yg akan diperkenalkan pada Snow Leopard. Sebelum2 ni dari QuickTime biasa nak ke Pro, korang kena upgrade pada harga USD$29.99.

Feature QuickTimePro skarang ni macam cut, copy, paste, save QT movie, convert ke codec lain semua tu dikatakan dah tersedia dalam Snow Leopard build (seeds utk developer) terbaru.

Gua tak pasti nak maki ke nak terima kasih kat Apple dengan approach ni. Yelah, gua pon upgrade QuickTime gua ke Pro. Aleh2 nak kasi free je. Bagus la kan? kan? kan?
Teruskan...

Sunday, February 8, 2009

Sunday is a Funday #6

*Klik komik tu kalau tak nampak nak baca.
Teruskan...

Saturday, February 7, 2009

Budak Singapore umur 9 tahun bikin iPhone App!

Wa cakap lu... Ini berita betul! Reuters melaporkan seorang budak berumur 9 tahun bernama Lim Ding Wen dari Singapore telah menghasilkan satu iPhone app bernama 'Doodle Kids' - dan telah didownload oleh lebih 4,000 org dlm masa 2 minggu.

App dia bodo dan biasa je - lukis pakai jari, goncang utk padam. Katanya, dia buat app tu sebab adik dia lagi 2 org (sorang 5 tahun, sorang lg 3 tahun), suka sgt melukis. Tak kirala apa alasan, yg penting budak ni hebat. Dikatakan jugak budak ni terror dlm 6 programing language. Whadde..? Takde life btol budak ni!

Tapi kan... bapak dia pon sama. Bapak dia pon dok buat iPhone app jugak. Diorg dua beranak ni tiap2 hari dok compare statistik (yg Apple bg utk deveoper), tgk sapa lg ramai downloader.

Sekarang ni budak ni tengah develop satu game namanya "Invader Wars."
Teruskan...

Friday, February 6, 2009

Apple 'ban' Facebook?

Memang betul, Apple telah 'ban' Facebook! Rileks.. takde kesan kat korang pon. Diceritakan, setiap Apple Store di US memang menawarkan internet free untuk pengunjung2 try barangan Apple. Masalahnya, dengan ada Facebook pada unit display iMac, Macbook dan sebagainya, ramai pulak yg ambik kesempatan melepak di Apple Store semata2 utk ber'facebook'.

Dengan itu, Apple secara rasminya telah blacklistkan facebook.com dari semua barangan display diorg di seluruh US! Ini bukan tindakan baru dari Apple, malah pada tahun 2007 pon Apple dah ban kan MySpace.
Teruskan...

Thursday, February 5, 2009

Minggu yang dingin buat Apple

Yup, memang kurang 'post' dari gua minggu ni. Tiga sebab kenapa perkara ni berlaku. Pertamanya sebab gua tak sihat. Keduanya sebab kerja agak banyak dan ketiganya, memang takde berita best pon tentang dunia Apple. Teruskan...

Wednesday, February 4, 2009

Virus boleh menyerang pengguna Mac!

Mac OSX sememangnya kebal dari sebarang virus (kecuali 2 trojan yg tersebar bebaru ni), tetapi perlu diingat ia masih boleh menyerang pengguna Mac itu sendiri!

Gimik je bro. Apa yg gua nak sampaikan... sudah dekat 4 hari gua demam dan cirit birit seterusnya menjawab tentang ketiadaan 'post' baru di blog ni sejak 1st Feb. Baru gua sedar, Mac gua je yg 'protected', user macam gua ni masih terdedah pada bahaya virus di luar sana! Demit!!!
Teruskan...

Sunday, February 1, 2009

Sunday is a Funday #5

The new iPad from Apple...

Teruskan...