Berita yang langsung tak pelik. Cuma hairan kenapa Apple diam je selama ni sehinggalah Jumaat lepas Apple buat pertama kalinya secara terbuka mengisytiharkan bahawa perbuatan meng'jailbreak' iPhone dan iPod Touch adalah perbuatan yg melanggar hakcipta dan... yelah, salah!
Setiap 3 tahun, US Copyright Office akan bersidang utk buat semakan akan 'Digital Millennium Copyright Act (DMCA). Masa ni blehla kalau ada sapa2 nak cadang apa2 pengecualian keatas hakcipta sedia ada (termasukla hakcipta org lain punya!). Maka dengan itu, Electronic Frontier Foundation (EFF) sudah buat request utk iPhones2 yg jailbroken ni. Dengan alasan, bagi memperkaya serta meningkatkan daya saing dlm penciptaan aplikasi mudah alih disamping perkongsian maklumat dan ilmu boleh berkembang dengan lebih berkesan.
Jawab Apple, "Apa-apa jelah ko punya alasan! No! Jailbreaking is haramu jiddan!!!"
How to Choose a Micro ATX Case
4 years ago
No comments:
Post a Comment