Tuesday, February 17, 2009

Klon Mac Jerman tarak takut sama Apple

HyperMegaNet, satu company dari Jerman sedang aktif mengeluarkan klon Mac di bawah jenama PearC. Company berani mati ni jugak dengan tenang kata (di website diorg) apa yg diorg buat adalah perkara legal di sisi undang2 Eropah. Hebat... sedangkan Psystar (Klon Mac di US) skrg ni separuh mati kena belasah ngan Apple.

Alasan diorg cukup mudah. Mengikut undang2 Eropah, segala terma dan syarat yg dibaca 'selepas pembelian' dikira tak sah! Itu yg berlaku pada Mac OS di mana 'EULA'nya hanya boleh dibaca setelah 'on' PC. Makna kata, beli dulu baru terima syarat. Macam 'parkon' dulu baru akadla ni... hehe!

Apapun, diorg bersiap sedia utk menerima apa jua respon dari Apple.

No comments:

Post a Comment