Semalam... seharian semalam gua bermasalah nak surf internet di iMac gua. Seriously gua tak tau kenapa. Tiba2 iMac gua takmo join network rumah gua (via Airport Extreme Base Station). Macam2 fitnah dan tohmahan dikeluarkan. Dia kata "connection timed out" la, "invalid password" la, "connection error" la.. Yang lawaknya, PowerBook G4 gua, MacBookAir bini gua, iPhone 3G dan iPod Touch gua semuanya 'connected' dengan tenang.
Gua resah gelisah bro. Bila satu2 masalah yg lu tau puncanya, lu bleh 'figure out solution'nya tapi bila lu tak tau punca, memang terpaksa redha dan pasrah. Gua anggapkan built-in airport iMac gua dah sampai ajal la kot (?). Tapi gua agak sukar nak terima hakikat tu memandangkan iMac gua ni dalam keadaan yg selamat dari ancaman berbanding dengan devices gua yg lain. PowerBook gua dah berumur hampir 6 tahun. Dah jatuh berapa kali dah, okey je. MacBookAir bini gua yg sememangnya 'fragile', xde masalah. iPhone 3G sama iPod Touch gua yg memang akan dibaling, ditokak, diperkotak-katikkan hari2 oleh anak gua, hokeyy je! Ini iMac gua yg dok diam2... aleh2 demam?! WTF?!
Setelah gua give up, gua layan movie je semalam. Tiada new post dari gua. Layan "Wanted" yg gua rent dah dekat sebulan thru iTunes. Habis je, gua tido...
Sehinggalah lepas solat Subuh tadi, gua bangunkan iMac gua. Gua heran. Ia dah kembali join network rumah gua tanpa disuruh! Taktau la apa isu dia dengan Airport Extreme gua semalam. Pon gua redha ajela jugak. Nak maki, kang dia merajuk...
How to Choose a Micro ATX Case
4 years ago
No comments:
Post a Comment