Sunday, April 19, 2009

Sunday is a Funday #15

Ini adalah sketch dari patent application oleh Apple. Perhatikan dua icon dalam bulatan tersebut...


Disebelah kiri tertulis dengan nyata "Installer" dan kanannya "SMBPrefs". Kedua2 itu adalah aplikasi bagi jailbroken iPhone! Nampakya Apple seolah2 dah iktiraf peng'jailbroken'an iPhone sampai bleh menyelinap masuk dlm permohonan patent!

Untuk pengetahuan korang, apa yg Apple patentkan disitu takdak kena mengena langsung samada iPhone korang di'jailbreak' atau tak. Cuma Apple kata benda tu tak silap. Diorg cuba bagitau, patent baru tu nak tunjukkan yg ia tetap boleh digunakan walau iPhone korang di'jailbreak'. Aik?! Macam baik je...
Teruskan...

Friday, April 17, 2009

Recap dari 13 - 17 April

Recap tu bukan nama event. Memandangkan gua menghilang dlm seminggu, kali ni gua mengambil kesempatan utk bagitau sedutan2 peristiwa yg berlaku sepanjang minggu. Tapi sebenarnya memang tarak apa interesting pon berlaku sepanjang masa tu...

  1. Apple order 5 juta unit iPhone generasi baru (?)
  2. AppStore hampir mencecah 1 billion downloads sudah...
  3. Steve Jobs masih aktif memantau segala aktiviti yg berlaku di Apple menggunakan satu portable device misteri! Apakah akan itu?
  4. Snow Leopard dah hampir siap. Seeds2 baru semuanya hanya minor updates.
Kan gua dah cakap, xde apa sgt pn... Dah.. gi sambung wat keje...!
Teruskan...

Sunday, April 12, 2009

Sunday is a Funday #14

Dalam dok download atau update iTunes, korang baca tak sebenarnya isi License Agreement tuh? Sedar tak yg ayat (anak panah tunjuk) tu memang benar2 kejadian?


Gua tergamam sbenarnya... WTF is that for??? So, kalau korang sedang/dlm rancangan nak bikin nuclear atau biological weapons, gua nasihatkan TOLONGLA jangan embed dengan lagu2 dlm format iTunes AAC. Kang Apple sue korang tak pasal!
Teruskan...

Thursday, April 9, 2009

Skim menarik 'dari scammer utk developer'

Scammer akan borong iPhone app lu, then profit split 50-50! Itulah offer dari satu scammer kepada satu company iPhone App Developer.

Menarikla kan offer tu? What's the catch? Nama pn scammer... Diorang akan beli apps lu tu dengan menggunakan iTunes gift certificates tipu! Huh? Berikut adalah antara kandungan email diorg kepada salah satu company yg dioffer mereka.
"I've been taking a look into your application and have an offer to you. I have many itunes gift certificates for itunes usa , canada and uk to make purchases through the itunes store. I can buy your product as many times as you want and can share earnings 50 - 50."
Penyakit iTunes gift card/certificate tipu ni tersebar akhir2 ni bila geng2 dari China telah berjaya crack iTunes code punya algorithm. Bayangkanla diorg bleh jual iTunes card value US$200 (RM728.40) dengan hanya RMB16.00 (RM8.50)!!! Sempoi x? Rosak btol main ngan org2 China nih!

Apple kena buat sesuatu nih...
Teruskan...

Tuesday, April 7, 2009

iPod Touch berkamera jua?

iPod Touch generasi baru besar kemungkinan akan berkamera - untuk still picture atau mungkin boleh rakam video! Senang cerita, sama macam ramalan feature kamera pada iPhone baru nanti.

Berita ni tersebar bila Apple sendiri iklankan tawaran kerja utk Camera Project Manager bulan lepas. Position itu akan bertanggungjawab ke atas segala bapak perkara yg berkaitan dengan kamera pada iPhone dan iPod Touch! Itu memang dinyatakan sendiri pada job scope post tersebut. So, dah terang lagi bersuluhla kan?
Teruskan...

Monday, April 6, 2009

Skodeng iPhone baru... UPDATED!

Tiap2 kali gua jumpa dgn iPhone fan, satu soklan akan ditanya... betul ke iPhone baru nak keluar? Bila gua jawab, pasti akan ada lagi satu soklan ditanya... apa feature baru? Memandangkan gua penat menjawab, mulai hari ni gua akan list dan sentiasa update dari semasa ke semasa segala rumors yg terbit sehinggalah iPhone baru itu muncul!

Features yg akan gua senaraikan adalah features baru pada software (yg TIDAK disebut masa preview iPhone 3.0 itu hari) dan jugak hardware. Tapi takle semua betol oii.. nama pn rumors..!

So, chekidoutlah...
  • Berkamera 3.2MP
  • Support wireless n
  • Ada built-in FM tuner
  • Boleh rekod dan edit video
  • Boleh jadi 3G modem
  • Kelajuan 3G tahap Gaban (7.2 mbps)
update : 8/4/09
  • Kamera auto-focus
  • Magnetometer (digital compass)
  • "Voice Control"
update : 9/4/09
  • Augmented Reality (Video-in) <--menatang afa ini?
update : 18/4/09
  • Pelbagai scrubbing speed semasa memainkan iPod
  • Pelbagai playback speed utk podcasts - pilihan 1/2x, 1x, dan 2x.
  • Skali tap, lompat balik ke podcasts. Tap 'a single icon (?)' utk rewind 30 saat (ntah hape2 la..).
  • Data tambahan bagi podcasts yg disave pada iPhone - bleh paparkan run time, baki masa dan jugak publications date.
  • Safari bleh di'tutup' walaupon sorang2 dia (jadi blank page). Bestnyerr.. (WTF?!)
  • Ada battery percentage indicators. So blehla tgk brapa percent lagi baki bateri iPhone tu daripada tgk icon je sblom ni.
  • Push notifications preferences. Korang bleh set nak 'on' atau 'off' benda alah push notifications tuh.
  • Expanded Data Detectors. Ini menarik. iPhone korang bleh detect text mcm e-mail addresses ke, phone numbers ke, alamat ke... dan bila disentuh, ia akan mengaktifkan langkah seterusnya samada nak call ke number tu, nak boh dlm Address Book ke, nak cari thru GPS ke... paham ke?!
Teruskan...

Sunday, April 5, 2009

Lagi2 kisah Lauren...

Ini sepatutnya gua letakkan di bawah kategori 'funday' jugak, tapi tak bestla kisah minah Lauren ni diberi slot itu utk dua minggu berturut2 kan? Cuma gua tak boleh elak utk abaikan begitu saja kisah ni. Lebih2 lagi kerna ini bab Microsoft mengenakan Mac.. so, gua agak sensitipla jugak!!

Dikisahkan, Lauren ni diberi $1000 utk beli notebook 17" dan 1st place dia 'konon'nya pegi adalah Apple Store. Ok, hasil dari kajian forensik yg dijalankan, Lauren tak masuk pon Apple Store tersebut! Ini buktinya!!!


So, walaupon kita tau dia hanya pelakon, tapi kasila keadilan sket... masukla ushar2 dulu. Dah kantoi macam ni sapa yg malu? Lu dan keluarga Microsoft skali...!!!
Teruskan...

Sunday is a Funday #13

Korang tau kehebatan iPod Shuffle baru kan? Ia mempunyai feature 'voice over.' Tapi berhati2... kerna ini mungkin akan berlaku kepada korang..! Muahahaha...!!!

Teruskan...

Thursday, April 2, 2009

Huraian kes iPhone baru (bersama bukti) UPDATED

Tadi ketika minum petang, En. Tart mintak confirmation samada iPhone baru betul2 akan keluar ke tak bulan Jun nanti. Siapalah gua nak mengesahkannya... Sikit pn takdak pertalian saudara dgn brader Jobs tu. Tapi gua yakin ia akan berlaku. Apa yg meyakinkan gua? Gua akan cuba 'recap' sebanyak mungkin bukti serta tanda2 yg mengesahkan kedatangannya...

  • Aug 08 - Team baru bagi membangunkan ARM prosessor disetup. Prosessor ni memang khas utk iPhone2 akan datang.
  • Dec 08 - Kisah iPhone nano berlegaran, namun dinafikan pembikinannya (iPhone nano) oleh Tim Cook pada Januari lalu.
  • Jan 09 - Macrumors telah menjumpai codename "iPhone 2,1" dlm firmware 2.x. Apa significantnya? Laporan gua boleh dibaca disini.
  • Feb 09 - Mark Davis, Program Director for iPhone di Etisalat, 'ter'sebut yg 'iPhone baru akan dilancarkan di UAE serentak dengan pengumumannya pada Jun nanti.' Sini ceritanya.
  • Feb 09 - iPod Observer (reliable source) telah mengedarkan gambar belakang iPhone 'konon'nya baru.
  • Feb 09 - iPhone 3G gua rosak, dan ia perlu diganti!!!
  • Mar 09 - Apple previewkan iPhone OS 3.0. Dengan 100 new features dan 1,000 API baru, ia terlalu hebat utk iPhone 3G sekarang. Ia perlu datang dgn iPhone yg lebih hebat!
  • Mar 09 - Parts utk iPhone 3G gua sampai tapi tak berjaya dibaiki! Apakah petandanya? Ya! iPhone baru akan muncul!!!
  • Mar 09 - Boy Genius dapat cerita dari org dalam tentang spec2 iPhone terkini.
  • Mar 09 - AT&T dan Apple menjual iPhone 3G tanpa kontrak. Ini memang satu aksi redikal oleh diorg seolah2 nak kasi clear stock cepat2!
  • Mar 09 - The Royal Bank of Canada kata iPhone 'Pro' takkan memberi impak sedahsyat ketika iPhone 3G diumumkan tahun lepas. What?? iPhone 'Pro'??? Siap ada spec lagi. Ushar sini.
  • Mar 09 - Lazard Captial Markets analyst Daniel Amir kata, high end iPhone 32GB dan low end iPhone dalam pembikinan. Sini laporannya.
Dan kesemuanya mengatakan 'Jun' lah bulannya. Atau sekurang2nya diumumkan Jun, dan berada di pasaran bulan Julai. Cerita2 di atas gua rasa cukup utk meyakinkan mereka2 yg 'yo-yo-o' nak beli iPhone 3G sekarang supaya tahan nafsu tu dulu. Lebih2 lagi mereka yg nak beli melalui Maxis.

Ok Tart?!

UPDATE : Apr 09 - DigiTimes melaporkan yg Apple telah order 3.2 dan 5 megapixel image sensor utk kegunaan iPhone baru (3.2mp) dan utk satu lagi device lain (5mp). Kedua2nya diorder pada OmniVision Technologies.
Teruskan...

Tuesday, March 31, 2009

Lauren... Dah jumpa!

Minah yg digunakan dlm iklan anti-Mac anjuran Microsoft telah berjaya dijejaki! TechFlash memulakan operasi mencari 'Lauren' atau nama sebenarnya Lauren De Long setelah ada mamat yg baik hati nak menawarkan PowerBook G4 kepunyaannya kepada awek ini. Dan rupa2nya... minah ni sememangnya seorang pelakon!!! Muahaha..! Gua malas nak panjangkan lagi kisah ni. Korang layanla sendiri cerita ni di TechFlash atau Gizmodo.

Utk Mitch : Jangan kecewa... Ramai yg sudi terima PowerBook lu tu..!!! Teruskan...

Monday, March 30, 2009

MacBook Mini?


Gambar ni terbocor dari satu majalah di Rusia dan di provok pula oleh website 9to5Mac. Besar kemungkinan ia hanyalah imej hasil dari Photoshop, tapi ia agak meyakinkan. Dan elok rupa parasnya...!

Setakat ni tarak sapa boleh 'translate'kan isi cerita majalah ni melainkan beberapa spec yg berjaya ditafsir...


  • 10.4" wxga display doing 1280x768, LED something (backlit I assume)
  • 19.4 mm (for what, I don't know)
  • 1.03 of something
  • nvidia ION? nvidia mcp79, 533 MHz
  • intel atom z740, 1.83 Ghz, 1 meg l2 cache
  • 2 gigs of ddr3-800 ram
  • geforce 9400M
  • 64 gig ssd
  • bluetooth 2.1 + edr, 802.11a/b/g/n
  • 1 usb, mini display port
  • 5100 mA battery

Kalau korang ragu dengan keyboardnya yg beraneka huruf (bahasa Rusia tu), bandingkan dengan MacBook Air versi Rusia berikut:


Cuma, perlu diingat juga, APRIL FOOL semakin dekat...
Teruskan...

Sunday, March 29, 2009

Sunday is a Funday #12

Cerita ni adalah lanjutan dari kisah 'pos' gua semalam. Pada gua, ia satu kes agak lawak... tak taula kalau korang take it serious...


Setelah menonton iklan anti-Mac oleh Microsoft, satu mamat bernama Mitch telah mengutuskan surat kepada Gizmodo, menawarkan 17" PoweBook G4 (seperti gua suggest smlm kan??) kepada Lauren (minah dlm ad tu). Berikut isi suratnya:
Subject: I AM UP FOR THE CHALLENGE!
To whom it may concern,

I recently watched the new PC ad on television the other night about "Lauren" purchasing a laptop for under $1000.00. It was a great advertisement targeting everyday PC users. My only concern is that I feel the computer "Lauren" chose will not provide an overall positive experience. I am asking for your assistance to help me locate "Lauren". I am willing to give her my 17" Mac laptop "FOR FREE" so she can decide which laptop is superior without putting a price tag on it.

I do believe everyone on this planet is "cool enough to be a Mac person".

Sincerely,
Mitch Gewirtz
Bila ditanya kembali oleh Gizmodo akan keseriusannya, dia menjawab...
Absolutely! I am serious!
I believe my 17" G4 powerbook is still more advanced than any PC out there today. It is a very healthy laptop that has given me a wonderful experience the last couple of years. I truly believe if "Lauren" had a chance to use this laptop she would change her mind.

Can you help me locate her?

Aduss... baik tak bertempat... atau mangkaq?! Gua yakin Lauren tu hanyalah model iklan yg dibayar, dan silap2 skrg ni memang dok guna 17" MacBookPro...
Teruskan...

Saturday, March 28, 2009

Perang iklan Win-Mac bermula! UPDATED!

Beberapa bulan lepas, Microsoft telah melancarkan kempen iklannya yg melibatkan En. Bill Gates himself serta pelawak Seinfield. Namun kempen tersebut gagal (bahkan gagal difahami!!!). Kemudian menyusul pula iklan "I am PC." Iklan ni agak menarik tapi masih tak nampak motif sebenarnya kecuali memberitahu dunia yg PC digunakan oleh semua lapisan masyarakat (which is memang kita dah sedia maklum pun!). Kini... muncul iklan terbaru yg benar2 memberitahu kenapa korang perlu membeli PC dan bukannya Mac. Tengok dulu... then kita bahaskan!

Memandangkan Microsoft tak benarkan video ni di'embed'kan, kenala korang klik link bawah dan ke website diorg...

Laptop Hunters #1 - Lauren
Laptop Hunters #1 - Lauren

"I'm just not cool enough to be a Mac person." Sedihnya bunyi. Menunjukkan betapa deep inside dia nak sangat jadi part of Mac family...!

Iklan ni kurang adil pada gua sebab meletakkan harga sebagai pengukur! Notebook HP yg minah tu angkat pn harapkan skrin je 17" tapi spec lain2 belum tentu ok. Kalau 17" jadi spec wajib, gua syorkan minah tu angkat refurbish unit 17" PowerBook G4. Gua pasti harganya lebih murah dan performance-nya lebih ok. Tak gitu Son Goku?

UPDATE : Iklan ni dah ada di YouTube. So, layan...

Teruskan...

Lagi petanda iPhone baru

Beberapa hari yg lepas, AT&T telah mengumumkan yg mereka akan menjual iPhone 3G tanpa kontrak utk pelanggan AT&T. Namun ia masih 'locked' utk digunakan dgn perkhidmatan AT&T (samada post-paid atau prepaid). Terbaru, Apple sendiri telah menjual iPhone 3G melalui Apple Store-nya tanpa sebarang kontrak, bahkan boleh juga dipesan melalui Apple Online Store! Unit2 ini dipercayai boleh diguna pakai oleh mana2 telco (unlocked unit) berdasarkan pada ayat di iklannya berbunyi "Buy directly from Apple. And choose your carrier." Proses activation-nya pula boleh dilakukan di rumah.


Persoalannya kenapa tiba2 ini berlaku? Selama ni Apple dan AT&T begitu tegas dengan polisi 'kontrak'-nya. Pada gua mudah saja, diorg memang desperately nak clear-kan stok bagi memberi laluan (dan ruang) pada iPhone yg baru! Bleh terima?
Teruskan...

Friday, March 27, 2009

WWDC '09 pada 8-12 Jun

Baru semalam gua sebut, ini hari sudah keluar tarikhnya. Confirmed! 8-12 Jun ni akan berlangsung Worldwide Developers Conference (WWDC) di Moscone West Convention Center, San Francisco.

Adus.. terasa mcm nak gi. Tapi registration fee dia... US$1,295 utk early birds!!! Pergh..!
Teruskan...

Thursday, March 26, 2009

WWDC '09 pasti lebih panas daripada biasa!

Setiap pertengahan tahun, yakni dalam bulan Jun akan diadakan WWDC oleh Apple. Untuk tahun ini tarikh pastinya belum ada tapi semestinya bulan Jun juga. Setakat ni, 3 perkara yg gua pasti akan di'announce' dan 1 perkara yg di'rumor'kan akan di'announce'. Apakah ia?

Yang gua pasti:
  1. iPhone OS 3.0
  2. iPhone baru
  3. Snow Leopard
Yang di'rumor':
  1. Netbook 3G
Gua akan updatekan list ni dari semasa ke semasa sehingga WWDC berlangsung...!
Teruskan...

Tuesday, March 24, 2009

Tentang iPhone baru...

iPhone baru hampir pasti akan keluar. Tanda2 kecil dah banyak. Kini keluar pulak tanda2 besar! Dua tiga hari ni gua banyak dapat info2 dari pelbagai site (yg agak reliable) berkisar iPhone baru... Chekidout..!

iPhone baru keluar bulan Jun ni! Atau sekurang2nya di'announce' Jun ni. Ini prediction gua sendiri... muahaha!! Sebab benda ni dah jadi rutin Apple setiap tahun. Ramalan gua ini jugak disokong oleh Boy Genius yg katanya dapat info ni dari Apple punya insider. Lain2 penemuan yg Boy Genius ni berjaya telek adalah...

  • New iPhone will be faster and have a more seamless experience unmatched by any device
  • U-Verse iPhone application; will allow control of your home DVR (play, pause, rewind, etc.)
  • AT&T is said to be working with Apple to create a unified product with an unparalleled experience across all their products and services.
  • Apple's 3.0 software should tell us where the iPhone platform is going.
  • Seems like the higher speed HSDPA (7.2Mbps) is being hinted at too which should confirm the earlier rumors of the new Infineon chipset.


Dan nak tambah perisa lagi sikit, ada kemungkinan Apple akan keluarkan netbook 3G pertama dengan harga $99. Ini sukar sketla nak terima, kan?!
Teruskan...

Monday, March 23, 2009

Gua gi berjalan!

Hampir seminggu blog ini sepi dari sebarang pos. Yep, gua pergi melancong ke Macau dan jugak Hong Kong. Gua cuba utk online tapi hanya berjaya di Macau sahaja (in fact, post sebelum ni di'pos' dari Macau). Hong Kong, sukar utk online termasuklah di Disney Hollywood Hotel yg hampeh!

Sekarang gua dah kembali, dan memang semakin galak nampaknya berita2 tentang Apple berlegaran terutama rumor iPhone terbaru... Stay tune je la, gua akan laporkan..!
Teruskan...

Wednesday, March 18, 2009

iPhone 3.0 : Copy & Paste, MMS dll...

Yup, pkol 1am tadi telah berlangsung majlis preview 1Phone 3.0. Apa yg baru? Banyak... dan best! Korang bleh layan video berikut utk tgk sdri rakaman acara tersebut.

Artikel ni dipos dari The Venetian Hotel, Macao... Muahahahaha..! Teruskan...

Sunday, March 15, 2009

Sunday is a Funday #11

Tidak semua presentation Apple menjadi...
Teruskan...

Friday, March 13, 2009

Preview iPhone OS 3.0 pada 17 Mac ini

Apple telah mengumumkan yang satu majlis preview khas utk Software iPhone OS 3.0 baru akan diadakan pada 17 Mac ini. Majlis tu hanya akan preview je yer.. belum kuar lagi. Dan pada hari yg sama iPhone Software Development Kit (SDK) baru jugak akan diperkenalkan pada developer. So, rasa2 apa yg baru?

Rumors dah berlegaran yg iPhone 3.0 ni nanti akan ada MMS, internet tethering, copy&paste, dan mcm2 wish list... Kita tunggu je la..

Dan perlu jugak diingat, semasa Apple kenalkan iPhone OS 2.0 pada Mac '08 lalu dan kemudiannya dilancarkan pada bulan Jun bersama iPhone baru (iPhone 3G). Jadi mungkinkah bulan Jun nanti iPhone OS 3.0 akan keluar bersama iPhone baru? Ye! Gua rasa! Hehe..!
Teruskan...

Thursday, March 12, 2009

Pelancaran iPhone 3G Malaysia pada 20-22 Mac ini!!!

Akhirnya dude... akhirnya...

Gua pn tak pasti bila benda ni berlaku. Tapi yg penting ia berlaku! It's here... legally here!!! Dibawa oleh abang Maxis, dengan plan yg.. hmm.. agak cekik darah jugak. Tapi plan bukan isu disini... yg penting ia masuk pasaran Apple dgn sah! Memudahkan mereka yg rosak iPhone illegal sebelom2 ni nak baiki iPhone secara legal!!! Muahahaha!!!!!!!

Akan dilancarkan pada 20-22 Mac ini di KL Convention Center, so... apa tunggu lagi, bagi mereka yg mampu, pegila 'chop' sebijik dua skrg kat sini!

... patutla iWorld buat sale... RM2,799 di iWorld lebih murah dude, seriously!!! Cepat, tinggal dua hari je lagi!
Teruskan...

iTunes 8.1 sudah muncul!

Semalam, iPod Shuffle kuar. Kalau dibelek pada tech spec-nya, iPod itu perlukan iTunes 8.1 utk di 'sync'kan. Whadde...? Kita masih di iTunes 8.0. Menjawab pada persoalan itu, iTunes 8.1 telah mucul awal pagi tadi dengan bleh tahan jugak la new 'feature'nya. Bersama2 iTunes 8.1, muncul jugak Front Row 2.1.7 dan jugak update utk app iPhone, 'Remote' di App Store. Kedua2 tu penting supaya bleh communicate dgn iTunes baru itu.

Features baru pada iTunes 8.1 adalah...

iTunes 8.1 is now faster and more responsive. You will enjoy noticeable improvements when working with large libraries, browsing the iTunes Store, preparing to sync with iPod or iPhone, and optimizing photos for syncing.

In addition, iTunes 8.1 provides many other improvements and bug fixes, including:

- Supports syncing with iPod shuffle (3rd generation)
- Allows friends to request songs for iTunes DJ
- Adds Genius sidebar for your Movies and TV Shows
- Improves performance when downloading iTunes Plus songs
- Provides AutoFill for manually managed iPods
- Allows CDs to be imported at the same sound quality as iTunes Plus
- Includes many accessibility improvements
- Allows iTunes U and the iTunes Store to be disabled separately using Parental Controls


Sekian, terima kasih.
Teruskan...

iBluetooth untuk... iPhone ler!!!

Berita gumbira utk semua pengguna iPhone... ops, bukan semua, utk pengguna 'jailbroken iPhone' saja... iBluetooth dari iSpazio sudah menjengah Cydia. Apa dia boleh bikin? Dia bleh bikin apa yg henfon lain dah boleh bikin dari lebih 5 tawooon dulu lagi...

Download trial version skrg - free utk 7 hari pertama. Then kena beli kod S/N. Harganya €3.99 (RM18.80). Kalau ok, berbaloi beli gua rasa. Gua tokleh try lagi... Part iPhone gua tak sampai2 lagi!!!
Teruskan...

Wednesday, March 11, 2009

iPod 're' Shuffle!!!

iPod datang lagi dengan.. (mcm iklan Tora - Mat Sentul) Ipod Shuffle terbaru! Panas lagi ni beb! Baru muncul serentak di Apple Store seluruh dunia jam 8:30mlm (waktu M'sia) tadi. Kali ni berkapasiti 4GB, datang dengan 2 warna - silver dan hitam, ada voice over, dan lebih kecik dari iPod Shuffle sebelum ni!!! Lagi 5 tahun gua ingat Apple wat kuar iPod Pill, lu telan, muzik bunyi dari dalam... Muahahah!!!!

Takde controller button kat iPod tu, semua ke earphone. Kalu rosak earphone tu masak la korang..! Banyak jugak cool features dia. Siap bleh tau playlist lg. Pastu suara voice over tu lain2 utk Mac dan PC user. Tapi gua rasa best lg suara utk PC user. Korang bleh cekidout semua benda yg gua story ni di Apple Store kita... Ops.. Harganya RM309.00 tunaiiiiii......!
Teruskan...

iPod Touch 2G berjaya di'bebas'kan..!

Dev Team telah berjaya 'membebaskan' iPod Touch 2G korang dengan cara dan gaya yg lebih tenang. Memang sebelum ni diorg dah keluarkan 'redsn0w' utk proses jailbreaking tersebut tapi cara tu agak kurenggg sebab kena connect ke Mac/PC tiap2 kali reboot. Kali ni benar2 jailbreak...

Tapi untuk arahan lanjut, sila serang terus website diorg.. hehe...
Teruskan...

Tuesday, March 10, 2009

Bila 'kodok' bersuara...

Gua memang peminat Afdlin Shauki a.k.a. 'kodok'. Blog dia pn tersenarai pada blog list gua. Perkembangan dan permasalahan dalam dunia filem melayu pn banyak yg gua dapat dari mamat yg serba berkebolehan ni. Namun takde perkara yg boleh menarik gua sehingga dijadikan tajuk pos, sehinggalah hari ni! Dipetik dari blog post terbarunya. Katanya...

Latiff adik Prof. says my films are 'komedi orang puteh' dan tidak cater to 'true Malays'. WHATEVER latiff!!! Kau buat filem kau aku buat filem aku sudahlah...Niat kau dengan niat aku lain. Aku taknak kaya sambil memperbodohkan bangsa aku. Biarlah aku tak kaya pun takpe. Kalau box office jadi pengukur kau... kaulah juara.... SIFU dan Tongga. Syabas. Filem yang membanggakan.....???? Filem kau memang sesuai utk target market kau- bebudak. The true mass market bro. Filem gua di targetkan kepada golongan dewasa sikit kut. So lets just agree to be different.

Muahaha!!! Gua memang stuju! 110% stuju! Cuma kali ni gua bleh dengar (baca) dari pengkarya seni sendiri! Itu yg mahal tu. U de man, afdlin!!!! Nak baca full post? Sini bro...
Teruskan...

Apple 'netbook' keluar suku ketiga tahun ini?

Cerita ni segar kembali bila DigiTimes melaporkan yg Wintek, sebuah company di Taiwan akan membekalkan panel touch screen netbook kepada Apple pada suku ketiga tahun ini. Dan netbooknya pulak akan dipasang oleh Quanta Computer.

Cerita ni agak kontra dengan kenyataan Steve Jobs baru-baru ni...
"As we look at the netbook category, that's a nascent category," Apple chief executive Steve Jobs said last fall. "As best as we can tell, there's not a lot of them being sold."
Ditambah pulak dgn kata2 Tim Cook pada Januari ari tu...
...noted that netbooks are "principally based on hardware that's much less powerful than we think customers want, software technology that is not good, cramped keyboards, small displays."
Jadi tak tahulah kebenarannya. Mungkin ia bukan netbook seperti yg biasa kita tgk, atau mungkin jugak ia adalah iPod Touch gedabak yg di'rumor'kan akhir tahun lepas? Wallahu a'lam...
Teruskan...

Sunday, March 8, 2009

Sunday is a Funday #10

Gua terjumpa video ni and it's kinda nostalgic... (sekurang2nya utk aku personally..)

Commodore 64 adalah komputer pertama yg aku miliki dlm hidup..! Yg mengajar aku erti programming... erti grafik... semua ni back in 1986...
Teruskan...

Saturday, March 7, 2009

Happy Hour @ iWorld.com.my


iWorld.com.my buat sales baeekk punya dengan menjual iPhone 3G 16GB pada harga RM2,799!!! Cepat! Offer ni hanya utk 7 hari saja - bermula hari ni!. Teruskan...

Cydia AppStore... Katanya...

Menurut sumber dari Hackint0sh dan Macworld, satu berita yg segar dari ladang telah diterima yakni Cydia telah menyediakan App Store-nya sendiri bermula hari ini!

Yang gua tak pastinya, macamana rupa Cydia App Store itu memandangkan gua tak jumpa mana2 link pada website sumber di atas. Gua juga tak mampu utk pastikan di iphone memandangkan iphone gua sekarang tgh rosak (menunggu spare part xsampai2 lg!) dan ditambah pulak dgn iPod Touch gua yg memang tak di jailbreak.

Apa2pun, gua pasti Apple tgh bg perhatian akan hal ini dan Cydia tunggu masa je nak kena tu...!
Teruskan...

Kehebatan 'Nehalem' dan Apple

Apple baru saja mengeluarkan beberapa produk baru 4 hari lepas termasuklah Mac Pro yg menggunakan prosessor Intel's Nehalem Xeon. Di mana hebatnya cip tersebut?

Nehalem memang prosessor yg hebat. Apple menyenaraikan kehebatan Nehalem di page Mac Pro nya namun secara ringkasnya, yg perlu diberi perhatian adalah:

- Single die 64-bit architecture with fast access to cache data
- Integrated memory controller with significantly more memory bandwidth
- Turbo Boost: "If you’re using an application that doesn’t need every core, Turbo Boost shuts off the idle cores while simultaneously increasing the speed of the active ones, up to 3.33GHz on a 2.93GHz Mac Pro."

Tapi sebenar2nya gua taklah kagum dengan kehebatan prosessor itu memandangkan benda makin baru mestilah makin maju dan laju. Itu hakikatnya. Takde org cipta benda baru yg lebih kebelakang kan? Yang gua kagum dlm bab cerita Nehalem dan Apple ni adalah... macamana Apple berjaya dapatkan Nehalem dari Intel seawal ini walhal Nehalem itu sendiri belum diisytiharkan secara rasmi oleh Intel! Kalau korang nak tgk prosessor ni kat Low Yat Plaza pon gua rasa paling cepat pn 3 bulan lagi (dlm bulan Jun).

Partnership antara Apple dan Intel yg cengginilah yg akan menjadikan Apple sentiasa di depan berbanding pesaing2 lain.
Teruskan...

Wednesday, March 4, 2009

Yeppa.. yeppa.. Bukan lagi ramalan...!


Ia berlaku! Apple telah melancarkan line-up iMac baru, Mac Mini baru, Mac Pro baru, serta penambahbaikan pada Airport Extreme Base Station dan Time Capsule.

Secara ringkasnya, ini yg diisytiharkan semalam...

iMac

- RM4,499. 20-inch 2.66 GHz iMac. 2GB RAM. NVIDIA GeForce 9400M Integrated graphics. 320GB HD. Mini Display Port
- RM5,599. 24-inch 2.66 GHz iMac. 4GB RAM. NVIDIA GeForce 9400M Integrated graphics. 640GB HD. Mini Display Port
- RM6,699. 24-inch 2.93 GHz iMac. 4GB RAM. NVIDIA GeForce GT 120. 640GB HD. Mini Display Port
- RM8,199. 24-inch 3.06 GHz iMac. 4GB RAM. NVIDIA GeForce GT 130. 1TB HD. Mini Display Port

Mac Mini

- RM2,299. 2.0GHz Mac mini. 1GB 1066 MHz DDR SDRAM, GeForce 9400M integrated graphics, 120GB HD, 8x SuperDrive, Mini DisplayPort and mini-DVI, 5 USB Ports, Satu FireWire 800 Port
- RM3,099. 2.0GHz Mac mini. 2GB 1066 MHz DDR SDRAM, GeForce 9400M integrated graphics, 320GB HD, 8x SuperDrive, Mini DisplayPort and mini-DVI, 5 USB Ports, Satu FireWire 800 Port

Mac Pro

- RM9,299. Satu 2.66GHz Quad-Core Intel Xeon 3500 Processor. 3GB of RAM. NVIDIA GeForce GT 120. 640GB HD.
- RM12,299. Dua 2.26GHz Quad-Core Intel Xeon 5500 Processor. 6GB of RAM. NVIDIA GeForce GT 120. 640GB HD.

Airport Extreme & Time Capsule

Kini kedua2 benda alah ni support kedua2 frekuensi 5 GHz (802.11n) dan 2.4 GHz (802.11b/g) serentak. Sebelum ni kena set salah satu je. Dan yg menarik, korang leh set dua password; satu utk kegunaan wifi internet dan network, satu lagi hanya utk guna wifi internet saja (sesuai utk guest).
Teruskan...

Tuesday, March 3, 2009

iMac & Mac Mini baru hari ni?

Rumors yg dibawa oleh World of Mac dan My Apple Guide nampaknya akan dikitai oleh website Jepun, Kodawarisan sekiranya benar angin terbaru yg membawa berita, pelancaran line-up baru iMac dan Mac Mini akan diadakan hari ini di Cupertino (esok le di Malaysiaraya ni).

Sebelum ni hanya Kodawarisan sahaja yg konfiden event tu akan diadakan hari ni. Yg lain semua kata 24 Mac nanti. Namun hari ni Kodawarisan disokong oleh dua lagi website iaitu Hardmac dan OneMoreThing.nl yg bukan saja stuju ia akan berlangsung hari ni, bahkan turut menyenaraikan product number dan spesifikasinya.

Hardmac melaporkan :
The new iMac models and their corresponding references:
- MB417: Entry level model
- MB418: "Mass market" model
- MB419: high-end model
- MB420: ultimate model
The entry level model should come with a 20" display, while the three other models will feature a 24" panel.

For the Mac mini, the references are the following:
- MB463: entry-level model
- MB464 high-end model

Dimolekkan lagi oleh OneMoreThing.nl dengan spek ini :
Mac mini
- 5x USB
- 1x FireWire 800
- 1x mini DVI
- 1x Display poort
- Nvidia chipset (like the newest MacBook)
- starting at Intel Core 2 Duo 2.0 Ghz
- 1 of 2 GB DDR3 memory (max 4 GB)
- 120 GB hard disk (max 320 GB)

iMac
- one 20" model, three 24" models
- Intel Core 2 Duo (not a quad core): 2.66 Ghz, 2.93 Ghz and 3.06 Ghz
- 1x Display port
- 20" 2 GB DDR3 memory, 24" 4 GB DDR3 memory (max 8 GB)


Apakah ia akan berlaku atau tidak, kita... yezzaaa... tunggu...!!! Pandai pon...!
Teruskan...

Monday, March 2, 2009

Barang baru Apple 24 Mac ni?

Rumors berlegaran mengatakan 24 Mac ni akan ada satu event perlancaran barang baru dari Apple. Barang baru yg dimaksudkan berkemungkinan besar adalah line-up iMac dan Mac Mini.

Event tersebut dikatakan lebih kurang macam majlis pelancaran line-up MacBook bulan Oktober tahun lepas. Sumber-sumber dari World of Mac dan My Apple Guide memang konfiden yg event itu akan diadakan pada hari besday anak gua itu (24 Mac tu la). Cuma satu site Jepun, Kodawarisan je yg kata ada event 3 Mac (esok?!.. Whadde..?).
Teruskan...

Sunday, March 1, 2009

Safari 4 Beta sudah terbit!

Yup, Safari 4 Beta telah sedia utk di'download' oleh korang. Tak kira lu pakai Mac atau Windows, dua2nya ada. Taruslah... laju siot..!

Ia pakai Javascript engine baru bernama 'Nitro' yang membolehkan ia memecut 4.2x lebih laju dari Safari 3. Feature2 lain banyak ala2 Google's Chrome dan Firefox.

Ia masih beta... tapi versi sempurnanya mungkin akan datang bersama Mac OS X 10.6 (Snow Leopard) nanti. Tak lama dah...
Teruskan...

Sunday is a Funday #9

Rahsia terbongkar!!! Inilah idea asal cursor pelangi yg korang selalu tengok di Mac OS X korang!

Gambar ini diambil oleh satu mamat di Vienna dan nama roti bun itu adalah... "Semmel des Todes" (bun of death)!!! Muahahaha...!!!

Apple patut kena 'sue' big time nih! Er.. ke Apple yg nak akan 'sue' kedai roti makcik ni???
Teruskan...

Friday, February 27, 2009

Rupa snow leopard macam kacang!

Hari selasa lepas, World of Apple (WoA) telah siarkan gambar2 serta satu video yg menunjukkan rupa paras upcoming Snow Leopard. Dan macam biasa, ia terus tersebar luas bila Macrumors, Gizmodo dan yg seangkatan dengannya turut menumpang WoA menyiarkan gambar dan video tersebut.

Namun selang sehari kemdian, Apple dah arahkan gambar dan video tu semua dibuang dari website masing2... Baik Tuan!

Cun ke? Blehla... tapi takla byk sgt bezanya setakat ni. Benda blom keluar, mcm2 lg bleh jadi dud...!
Teruskan...

Sunday, February 22, 2009

Sunday is a Funday #8

Minggu ni kita layan The Simpsons... Satu klip terbahagi dua...


Ada sambungannya...

Teruskan...

Saturday, February 21, 2009

Mac Mini baru II?

Semalam kita dah tgk gambar. Ini hari gua kasi video plak...


Tak caya lagi... esok gua antar kat umah lu pulak sbijik... hehehe!
Teruskan...

Friday, February 20, 2009

Mac Mini baru?

Nindia.. Gambar kononnya Mac Mini terbaru yg bakal terbit. Diposkan oleh penggossip Apple kepada MacRumors dan AppleInsider. Betulka?

Berdasarkan pada port2 yg ada pada gambar, jelas sekali seperti yg digembar-gemburkan sebelum2 ni. Dan mengikut AppleInsider, gambar ni sama seperti gambar yg diorg dah dapat sebelum ni (tapi diarahkan utk tidak disiarkan).

Gua rasa, jolo doh nie....!
Teruskan...

Thursday, February 19, 2009

Apple mendahului dalam survey kepuasan pengguna 2009

Melalui survey yg dijalankan oleh ChangeWave Research, Apple mendahului pengeluar2 lain dlm memberi kepuasan kepada penggunanya sepanjang 90 hari yg lepas.

Tak pelik pon, Pak Tam (member gua) semalam yg bengang ngan laptop dia setelah lebih 5 kali buat hal, pon berhajat beli MacBook. Isu disini bukanlah pengeluar desktop/laptop itu sendiri tapi lebih kepada OSnya. Windows suxx big time dud! Bertukarlah kepada Mac OS... Teringat kata2 Steve Jobs...
The only problem with Microsoft is they just have no taste. They have absoultely no taste. And what that means is, I don't mean it in a small way I mean it in a big way. In a sense that they, they don't think of original ideas and they don't bring much culture into their products.
Salut la lu bro..! Dan kalau nak baca lagi details pasal survey tu, download pdf file ni.
Teruskan...

iPhone gah di MWC'09 tanpa Apple!

Kita sedia maklum yg Mobile World Congress (MWC) '09 yg sedang hebat berlangsung di Barcelona ketika ini tidak disertai Apple. Bahkan memang Apple tak pernah join MWC pon sebelom2 ni. MWC adalah medan penting utk semua pengeluar2 mobile device memperkenalkan upcoming product dan di situ jugaklah forum2 isu semasa berkaitan diadakan. Walaupon tanpa kelibat Apple, iPhone tetap menjadi isu bahasan utama sepanjang event ni berlangsung! Apatah lg, kebanyakan aplikasi atau aksesori yg dilancarkan di situ adalah iPhone related.

Mengikut AppleInsider, journalist yg dok buat coverage kat MWC kebingungan bila SETIAP berita, SETIAP produk dan SETIAP forum yg berlangsung dikatakan MESTI akan melibatkan perbandingan dgn iPhone. Yang lawaknya, walaupon berita atau produk tu takde kena mengena dengan iPhone langsung!!

Ada jugak forum diadakan utk membincangkan tentang iPhone semata, tanpa wakil Apple... Sakit btol!

Dalam satu perbincangan antara CEO dari Microsoft, Nokia and AT&T, diorg kritik Apple yg mengamalkan dasar ekosistem tertutup. Steve Ballmer (Microsoft) kata:
"I agree that no single company can create all the hardware and software," he said. "Openness is central because it's the foundation of choice."
Sorg penonton tanya apsal risau sgt pasal Apple sedangkan iPhone hanya pegang peratusan kecik je dlm marketshare smartphone. De la Vega (AT&T) dgn tenang jawab:
"Because the other 99.5 percent of the industry is trying to copy the iPhone."
Adus.. Dah terang lg bersuluh kan..?
Teruskan...

'Jailbreak' pertama kalinya diisytiharkan HARAM oleh Apple

Berita yang langsung tak pelik. Cuma hairan kenapa Apple diam je selama ni sehinggalah Jumaat lepas Apple buat pertama kalinya secara terbuka mengisytiharkan bahawa perbuatan meng'jailbreak' iPhone dan iPod Touch adalah perbuatan yg melanggar hakcipta dan... yelah, salah!

Setiap 3 tahun, US Copyright Office akan bersidang utk buat semakan akan 'Digital Millennium Copyright Act (DMCA). Masa ni blehla kalau ada sapa2 nak cadang apa2 pengecualian keatas hakcipta sedia ada (termasukla hakcipta org lain punya!). Maka dengan itu, Electronic Frontier Foundation (EFF) sudah buat request utk iPhones2 yg jailbroken ni. Dengan alasan, bagi memperkaya serta meningkatkan daya saing dlm penciptaan aplikasi mudah alih disamping perkongsian maklumat dan ilmu boleh berkembang dengan lebih berkesan.

Jawab Apple, "Apa-apa jelah ko punya alasan! No! Jailbreaking is haramu jiddan!!!"
Teruskan...

Wednesday, February 18, 2009

Semua ada AppStore sendiri!

Di Mobile World Congress (MWC) Barcelona yg sedang berlangsung skrg ni, telah terkeluar berita2 tentang Application Store yg akan dikeluarkan pengeluar2 mobile OS masing2. Secara ringkasnya, Fortune telah senaraikan mereka2 itu.
Nokia’s Ovi Store.  An online app and media portal that comes “pre-integrated” on Nokia’s new N97, but will be available for download on a slew of existing Nokia phones come May.

Windows Marketplace.  Along with a new version of Windows Mobile, Microsoft announced Monday that it will open a new Windows Marketplace offering — you guessed it — 20,000 apps, some of which actually run on mobile devices.

App Store for Symbian. PocketGear, which had previously built its own Palm App Store and an App Store for Windows Mobile, unveiled an App Store for Symbian, the operating system that runs Nokia’s smartphones. How it will compete with the Ovi Store remains to be seen.

Android Market. Google opened an application marketplace for the Android platform last October, but so far it has only accepted free apps. Look for an announcement from Google this week about how that’s going to change.

BlackBerry Applications Center. Research in Motion invited developers to submit programs to its forthcoming Applications Center in October. We may be hearing more this week about when that will open for business.

Palm Software Store. This one went live in December with 2,000 apps and 1,000 free games available for download to both Palm OS devices and Windows Mobile.
Lawak betol la diorg ni. Semuanya ikut buntut Apple. Sebagai renungan, meh gua ceritakan kronologi 'ikut-buntut' ni secara ringkas.

Jan '07 - Apple announce 'multi-touch' smartphone.
Jun '07 - Apple kuarkan 'multi-touch' smartphone-nya (iPhone).
Feb '08 - Semua pengeluar lain announce 'multi-touch' smartphone diorg.
Mac '08 - Apple announce AppStore.
Jul '08 - Apple lancarkan AppStore-nya.
Feb '09 - Semua pengeluar lain announce App Store diorg!

So, lu bleh tau apa pengeluar lain nak kuarkan tahun depan, pada pertengahan taun ni! Paham?
Teruskan...

Charger stended utk henfon-Apple tak join!

Bermula 1 Januari 2012, semua charger henfon akan bertukar menggunakan Micro-USB! Tak kiralah lu pakai Nokia ke, Samsung ke, HTC ke, apa ke.. chargernya akan sama. iPhone? Hehe.. biasala Apple... tetap dengan chargernya tersendiri.

GSMA telah mendapat persetujuan dengan pengeluar2 henfon terkemuka utk melaksanakan pertukaran itu bagi memudahkan pengguna setelah kajian mendapati di Eropah saja ada lebih dari 30 jenis kepala charger! Dan semestinya gua rasa samalah dengan mana2 negara pun sebab henfon yg sama jugak kita pakai.

Apple sebenarnya bukan menolak terus, cuma tak decide lagi. Memang perangai Apple cenggitu, susah nak ikut org. Nak suruh org ikut dia je memanjang. Tapi besar kemungkinan Apple akan ikut jugak satu hari nanti sebab by 2012, kepala charger yg diguna pakai iPhone skrg ni akan berusia 11 tahun (last revise utk iPod 2003).

Approach ni memang bagus dan memudahkan kita pau charger org bila henpon abis bateri di tempat org. Kan?
Teruskan...

Tuesday, February 17, 2009

Klon Mac Jerman tarak takut sama Apple

HyperMegaNet, satu company dari Jerman sedang aktif mengeluarkan klon Mac di bawah jenama PearC. Company berani mati ni jugak dengan tenang kata (di website diorg) apa yg diorg buat adalah perkara legal di sisi undang2 Eropah. Hebat... sedangkan Psystar (Klon Mac di US) skrg ni separuh mati kena belasah ngan Apple.

Alasan diorg cukup mudah. Mengikut undang2 Eropah, segala terma dan syarat yg dibaca 'selepas pembelian' dikira tak sah! Itu yg berlaku pada Mac OS di mana 'EULA'nya hanya boleh dibaca setelah 'on' PC. Makna kata, beli dulu baru terima syarat. Macam 'parkon' dulu baru akadla ni... hehe!

Apapun, diorg bersiap sedia utk menerima apa jua respon dari Apple.
Teruskan...

Sunday, February 15, 2009

Sunday is a Funday #7

Kepada user iPhone, renung2kan... Teruskan...

Epot iMac gua buat perangai big time!

Semalam... seharian semalam gua bermasalah nak surf internet di iMac gua. Seriously gua tak tau kenapa. Tiba2 iMac gua takmo join network rumah gua (via Airport Extreme Base Station). Macam2 fitnah dan tohmahan dikeluarkan. Dia kata "connection timed out" la, "invalid password" la, "connection error" la.. Yang lawaknya, PowerBook G4 gua, MacBookAir bini gua, iPhone 3G dan iPod Touch gua semuanya 'connected' dengan tenang.

Gua resah gelisah bro. Bila satu2 masalah yg lu tau puncanya, lu bleh 'figure out solution'nya tapi bila lu tak tau punca, memang terpaksa redha dan pasrah. Gua anggapkan built-in airport iMac gua dah sampai ajal la kot (?). Tapi gua agak sukar nak terima hakikat tu memandangkan iMac gua ni dalam keadaan yg selamat dari ancaman berbanding dengan devices gua yg lain. PowerBook gua dah berumur hampir 6 tahun. Dah jatuh berapa kali dah, okey je. MacBookAir bini gua yg sememangnya 'fragile', xde masalah. iPhone 3G sama iPod Touch gua yg memang akan dibaling, ditokak, diperkotak-katikkan hari2 oleh anak gua, hokeyy je! Ini iMac gua yg dok diam2... aleh2 demam?! WTF?!

Setelah gua give up, gua layan movie je semalam. Tiada new post dari gua. Layan "Wanted" yg gua rent dah dekat sebulan thru iTunes. Habis je, gua tido...

Sehinggalah lepas solat Subuh tadi, gua bangunkan iMac gua. Gua heran. Ia dah kembali join network rumah gua tanpa disuruh! Taktau la apa isu dia dengan Airport Extreme gua semalam. Pon gua redha ajela jugak. Nak maki, kang dia merajuk...
Teruskan...

Friday, February 13, 2009

iPhone baru?

Apakah benar ini cover belakang iPhone baru? Diperbuat dari besi, ber'texture'kan matte finishing warna hitam... hmm.. macam best..!

Ini semua angkaradurja iPod Observer sama MacRumors yg dok sebarkan gambar mengatakan ia adalah iPhone generasi baru yg akan kuar bulan Jun nanti.

iPod Observer memang antara yg bertanggungjawab menyebarkan gambar iPhone 3G sebelum pelancarannya tahun lalu tapi penyebarannya berlaku hanya sebulan sebelum Jun '08. Kali ni awal sangat bro... macam tak real la pulak.

Lagi satu point yg meragukan, iPhone 3G cpver belakangnya dibuat dari plastik sebab besi bleh mengganggu resepsi, aleh2 yg ni balik ke besi?

Entahla... Kita tunggu je la kan...
Teruskan...

Thursday, February 12, 2009

iTunes Replay: Stream iTunes di mana saja...

AppleInsider yang bawak khabar angin ni dengan konfidennya, mengkhabarkan yang Apple sedang kemas kinikan iTunes 8 nya utk melancarkan iTunes Replay bagi membenarkan segala isi perut iTunes diakses dari mana2 device (AppleTV, iPhone, iPodTouch) di mana jua!

Dengan cara begini, akan menjimatkan space storage device2 korang. Semua ondefly... Sistem ni dah iguna pakai oleh NetFlix sebenarnya tapi NetFlix punya file tak sebesar file2 isi iTunes. Makna kata, takut stream sangkut2 je. Apatah lagi kita kat Malaysiaraya ni (memang takde pon isi iTunes yg utk kita)...

Berita ni adalah berita gembira sepatutnya utk negara yg iTunes diorg ada TV Shows, Movies dan sebagainya. Tapi berita buruk utk mereka yg guna iTunes Store US cara curi2 mcm gua ni!
Teruskan...

Wednesday, February 11, 2009

Komik Marvel akan menyerang AppStore!

Pada NY Comic Con baru2 ni, Marvel telah mengesahkan yang komik2 mereka akan turut serta di AppStore dengan dua judul permulaan iaitu Astonishing X-Men dan Spider-Woman. Lebih hebat lagi, komik tersebut bukan sekadar komik biasa yang kita selalu jumpa di AppStore. Ia dinamakan Marvel Motion Comic!

Konsepnya dikatakan 'antara buku komik biasa dan siri animasi.' Ia akan disokong oleh pergerakan simple dan bunyi. Untuk gambaran, korang bleh tengok trailernya di sini.

Hebat, kan? Otai komikla katakan... takkan nak transfer bodo cenggitu je! Ini baru digital era namanya...
Teruskan...

Tuesday, February 10, 2009

Apple tak kasi Google guna multi-touch pada Android?

Apple dikatakan memberi arahan khas kepada Google untuk tidak menggunakan feature multi-touch pada Android dan yg hebatnya, Google patuh! VentureBeat diberitahu hal ini oleh mamat yg terlibat dalam pembikinan Android itu sendiri.

Apple, which of course makes the signature multi-touch mobile device, the iPhone, apparently asked Google not to implement it, and Google agreed, an Android team member tells us.
Mengikut laporan tu jugak, Google patuh pada arahan tu sebab takmo gaduh2... Banyak lagi bisnes kedepan nak kena jaga. Apple skarang ni dikatakan bermasam muka dengan Palm sebab mengeluarkan Pre Phone yg feature multi-touch nya dikatakan hampir sama ngan iPhone.
Teruskan...

Monday, February 9, 2009

QuickTimePro jadi feature standard di Snow Leopard?

Feature yg ada pada QuickTimePro dikatakan akan jadi feature standard bagi 'QuickTimeX' yg akan diperkenalkan pada Snow Leopard. Sebelum2 ni dari QuickTime biasa nak ke Pro, korang kena upgrade pada harga USD$29.99.

Feature QuickTimePro skarang ni macam cut, copy, paste, save QT movie, convert ke codec lain semua tu dikatakan dah tersedia dalam Snow Leopard build (seeds utk developer) terbaru.

Gua tak pasti nak maki ke nak terima kasih kat Apple dengan approach ni. Yelah, gua pon upgrade QuickTime gua ke Pro. Aleh2 nak kasi free je. Bagus la kan? kan? kan?
Teruskan...

Sunday, February 8, 2009

Sunday is a Funday #6

*Klik komik tu kalau tak nampak nak baca.
Teruskan...

Saturday, February 7, 2009

Budak Singapore umur 9 tahun bikin iPhone App!

Wa cakap lu... Ini berita betul! Reuters melaporkan seorang budak berumur 9 tahun bernama Lim Ding Wen dari Singapore telah menghasilkan satu iPhone app bernama 'Doodle Kids' - dan telah didownload oleh lebih 4,000 org dlm masa 2 minggu.

App dia bodo dan biasa je - lukis pakai jari, goncang utk padam. Katanya, dia buat app tu sebab adik dia lagi 2 org (sorang 5 tahun, sorang lg 3 tahun), suka sgt melukis. Tak kirala apa alasan, yg penting budak ni hebat. Dikatakan jugak budak ni terror dlm 6 programing language. Whadde..? Takde life btol budak ni!

Tapi kan... bapak dia pon sama. Bapak dia pon dok buat iPhone app jugak. Diorg dua beranak ni tiap2 hari dok compare statistik (yg Apple bg utk deveoper), tgk sapa lg ramai downloader.

Sekarang ni budak ni tengah develop satu game namanya "Invader Wars."
Teruskan...

Friday, February 6, 2009

Apple 'ban' Facebook?

Memang betul, Apple telah 'ban' Facebook! Rileks.. takde kesan kat korang pon. Diceritakan, setiap Apple Store di US memang menawarkan internet free untuk pengunjung2 try barangan Apple. Masalahnya, dengan ada Facebook pada unit display iMac, Macbook dan sebagainya, ramai pulak yg ambik kesempatan melepak di Apple Store semata2 utk ber'facebook'.

Dengan itu, Apple secara rasminya telah blacklistkan facebook.com dari semua barangan display diorg di seluruh US! Ini bukan tindakan baru dari Apple, malah pada tahun 2007 pon Apple dah ban kan MySpace.
Teruskan...

Thursday, February 5, 2009

Minggu yang dingin buat Apple

Yup, memang kurang 'post' dari gua minggu ni. Tiga sebab kenapa perkara ni berlaku. Pertamanya sebab gua tak sihat. Keduanya sebab kerja agak banyak dan ketiganya, memang takde berita best pon tentang dunia Apple. Teruskan...

Wednesday, February 4, 2009

Virus boleh menyerang pengguna Mac!

Mac OSX sememangnya kebal dari sebarang virus (kecuali 2 trojan yg tersebar bebaru ni), tetapi perlu diingat ia masih boleh menyerang pengguna Mac itu sendiri!

Gimik je bro. Apa yg gua nak sampaikan... sudah dekat 4 hari gua demam dan cirit birit seterusnya menjawab tentang ketiadaan 'post' baru di blog ni sejak 1st Feb. Baru gua sedar, Mac gua je yg 'protected', user macam gua ni masih terdedah pada bahaya virus di luar sana! Demit!!!
Teruskan...

Sunday, February 1, 2009

Sunday is a Funday #5

The new iPad from Apple...

Teruskan...

Saturday, January 31, 2009

QuickPwn dan PwnageTool untuk firmware 2.2.1

Dev Team dah keluarkan QuickPwn dan PwnageTool bagi mereka yg nak upgrade firmware ke 2.2.1. Bersama2 itu jugak dikeluarkan amaran dan nasihat terperinci dalam meneruskan niat murni itu. Cekidoutlah sendiri di blog diorg. Teruskan...

Friday, January 30, 2009

Kategori khas untuk games harga $19.99 di AppStore?

PocketGamer.biz melaporkan Apple akan menyediakan satu kategori khas bagi games2 keluaran 'developer' terpilih (EA, Sega, dll) dengan harga USD$19.99

Belum ada tarikh bila ia akan bermula tapi angin bertiup kencang mengatakan ia akan diumumkan pada WWDC bulan Jun nanti.

Jika benar ini berlaku, nampaknya Apple memang serius dlm menjadikan iPhone dan iPod Touch sebagai platform gaming seterusnya menyaingi DS dan PSP.

Tapi untuk Apple benar2 berjaya dlm segmen ni, ada beberapa perkara yg perlu dititikberatkan. Paling utama, keupayaan bateri iPhone dan iPod Touch. Bateri habis cepat gila! Kena pulak nanti kalau grafik power tak hingat, lagila. Keduanya, stability. Kalau main 'halfway', keluar ke springboard, apa barang?! Dan ketiganya... harga tu la. Make sure betul2 berbaloi dengan harga.

Apapun, gua yakin games harga USD$0.99 tetap menjadi pujaan ramai.
Teruskan...

MacBook 3G?

AT&T dikatakan sedang membodek Apple untuk menghasilkan produk2 selain iPhone dilengkapi dengan keupayaan 3G. Produk2 lain tu yg dimaksudkan apalagi kalau bukan 'line-up' MacBook.

Ini berikutan kejayaan notebook keluaran Acer dan Dell menghasilkan produk seumpamanya, mendapat sambutan begitu hebat. Kena pulak 'package'nya disubsidi oleh telco 3G menjadikan harga notebook tersebut teramatlah murah (sebijik macam plan iPhone AT&T).

Apple sememangnya sejak awal 2007 lagi dah study benda ni tapi sampai skang xde satu pon lagi MacBook yg ber3G. Setahun yg lepas, Steve Jobs dikhabarkan cukup tertarik dengan notebook ber3G ni tapi dia taknak MacBooknya terikat dengan mana2 telco. Menyusahkan katanya!

So, kita tunggu je lah benda ni akan jadi nyata ke tidak.
Teruskan...

Thursday, January 29, 2009

SAH! iPhone generasi baru dalam pembikinan

Macrumors telah berjaya membongkar dan membuktikan yg Apple sedang dalam pembikinan iPhone generasi baru. Melalui iPhone firmware 2.x (gua tak sure firmware yg mana sbenarnya ni), Macrumors telah jumpa satu lagi codename "iPhone 2,1".

Untuk makluman semua, codename yg digunakan Apple memang cenggitu 'pattern'nya. Contoh, iPhone 1st gen (iPhone 1,1), iPhone 3G (iPhone 1,2) manakala iPod Touch 1st gen (iPod 1,1), iPod Touch 2nd gen (iPod 2,1). Jadinya semestinya "iPhone 2,1" adalah iPhone baru!

Khabarnya Apple dah pun setup team utk membangunkan prosessor ARM bagi kegunaan iPhone baru. Prosessor ni dikatakan akan support Multi-Core CPUs dan kemungkinan Multi-Core GPUs. Kalau betul, lepas2 ni blehla kita buat multi-tasking pada iPhone (bukak 2-3 apps at a time). Dan berkemungkinan jugak iPhonePro (gambar atas skali) yg hanya impian, bleh jadi kenyataan!
Teruskan...

Trojan kedua pula menyerang!

Baru sabtu hari tu trojan pertama (utk Mac) bernama 'iService.a' dikenalpasti, kini muncul pula trojan kedua. Namanya erm... 'iService.b' Cheh! Takde nama lain ke? Main tukar huruf je.

'iService.b' ni dikatakan dikepilkan sekali dengan pirated copy Photoshop CS4. Fungsinya lebih kurang sama dengan abangnya 'iService.a', cuma kali ni dia akan menyelit pada .DivX file. Alah... kalau korang tak pakai pirated software, tak perlu risau la benda2 ni. Cuma... er.. sapa yg beli Photoshop CS4 ori???
Teruskan...

iLife '09 kini di pasaran!

iLife '09 heboh diperkatakan dalam 2-3 hari lepas telah berada di pasaran US. Tapi masa tu di online store kita masih lagi berstatus 'pre-order'. Namun hari ni dengan rasminya telah bertukar ke 'Buy now'. Jadi, bleh la order skrg. Kalau order ini hari, paling lambat pon hari Isnin (2/2/09) sampai depan pintu rumah korang.

Bagi diorg yg dok US, memang semua kata iLife baru ni best! MacLife contohnya, telah try feature 'faces' iPhoto '09 pada kucing, dan jadi! So, face detection tu bukan hanya berkesan pada muka manusia seperti di'claim' oleh Apple. Lepas ni bleh la korang try pada haiwan2 lain plak! Selamat mencuba...! 
Teruskan...

Wednesday, January 28, 2009

iPhone firmware 2.2.1 dan amaran untuk jailbreaker!


Apple telah keluarkan firmware terbaru untuk iPhone dan jugak iPod Touch. Bugs yg di'fix' kan adalah seperti yg tertera pada gambar di atas. Takde apa yg menarik sangat pon. Tapi yelah kan, kalau dah kuar firmware baru, mestilah nak update kan? Updatelah... cucuk iTunes, dia akan bagitau ada fimware baru dan teruskanlah niat mu itu.

AKANTARE... bagi iPhone2 yg telah di'jailbreak', apatah lagi yg menggunakan 'yellowsn0w' skrg ni, JANGAN update dulu. Brader2 Dev Team sedang menjalankan penyiasatan. Tunggu habis dulu siasatan tersebut, dan semestinya diorg akan kuarkan langkah2 perlu utk golongan 'istimewa' macam kita ni.
Teruskan...

Monday, January 26, 2009

Sunday, January 25, 2009

Ulangtahun ke 25 Macintosh!

Semalam (Sabtu), pada hari yg sama 25 tahun lalu, Steve Jobs telah memperkenalkan Macintosh kepada lebih kurang 3,000 audien dlm satu majlis di Flint Center for the Performing Arts (Cupertino).

Lu nak tau lebih lanjut cerita sejarah ni bolehla ke ComputerWorld atau ke MercuryNews.com. Atau lu boleh jugak layan detik bersejarah itu di sini...


Teruskan...

Sunday is a Funday #4

Saksikan clip video ni...

Muahaha...! "They i-screwed me again..!". Bagi yg tak tau, clip ni adalah 'spoof' kepada iklan iPod Nano 3rd generation.

Ini iklan asalnya...
Teruskan...

Saturday, January 24, 2009

Trojan pertama menyerang Mac

'Trojan horse' pertama untuk Mac bernama 'iServises.a' telah tersebar luas di kalangan pengguna Mac yg datangnya bersama pirated copy iWork '09. Setakat ni dijangka lebih dari 20,000 Mac telah dijangkiti. Risikonya amat dasyat bro. Mac yg kena skrang ni ibarat bot zombie yg menunggu arahan selanjutya dari 'master'nya!

Ish.. ish.. Yang menariknya, sehingga artikel ni ditulis, Macrumors melaporkan bahawa iWork '09 yg bersama trojan ni masih aktif didownload di kalangan komuniti torrent.

Nasihat gua: Hentikanla buat kerja download software pirated copy ni. Tak beretika satu hal, ada penyakit lagi pulak tu!
Teruskan...

Friday, January 23, 2009

Lost season 5 mengecewakan...

Gua boleh dikatakan 'kipas susah mati' siri tv 'Lost'. Gua nanti penuh sabar tanpa komplen sehingga Lost musim ke-5 muncul di iTunes. Gua BELI lagi tu USD$1.99 per episode. Akantare... setelah menonton 2 episod pembukaan semalam, gua kecewa...

Sebelum tu, gua nak story sket pasal Jack yg lagi sekor tu (Jack Bauer). Sekian lama gua tengok trailer 24 musim 7 ni, ada tunjuk Tony Almeida dah jadi jahat. Memang gua terkejut dan gua mula nyampah sebab macam diorg ni takde modal nak dapatkan 'crowd' balik (setelah season 6 dikatakan kurang hebat). Tapi setelah gua tengok 2 episod pembukaan, gua kagum dan respek macamana diorg cuba yakinkan penonton apa yg berlaku sehingga gua boleh terima itu ceritanya!

Berbalik pada Lost, setelah season 4 habis dengan 'cliffhanger' yg agak hebat, dimulakan pada season 5 dengan alasan2 hampeh! Serius! Gua sebagai penonton langsung tak rasa meyakinkan, bahkan gua rasa macam terpaksa terima alasan2 yg diorg sogokkan utk jalan ceritanya jadi 'begitu'. Gua geram nak cakap, tapi kesian pulak pada yg tak tengok lagi...

Lost bermula dengan cukup hebat. Dibawa ke season 2 yg tak kurang hebatnya. Season 3 dan season 4 masih lagi maintain momentumnya sehinggalah ke season 5 yg agak sukar diterima (harap2 gua sorang je la). Dan perlu diingat, Lost akan berakhir di season 6.

Apa2 pon, gua masih menaruh harapan supaya ia boleh jadi best balik...
Teruskan...