Friday, January 16, 2009

Mac Mini baru guna Ion platform kuar bulan Mac?

Tom's Hardware mengkhabarkan Mac Mini baru nanti akan menggunakan platform terbaru keluaran NVIDIA, iaitu Ion platform. Platform ni menggunakan processor Intel's dual-core 1.6 GHz Atom 330. Juga menggunakan display GeForce 9400M (seperti yg ada dlm MacBook dan MacBookPro terbaru).

Kalau benar Mac Mini guna platform ni (gambar), tak pelik la kalau saiznya nanti akan lebih kecik dari Mac Mini sekarang. Kena pulak kalau Apple buang opitical drive (andaian gua sendiri je), memang kecik yg hamat la jadinya.

Sumber ni jugak kata, besar kemungkinan Mac Mini ni akan keluar bulan Mac tahun ni bersempena CeBIT computer expo yg akan bermula 3 Mac ni di Hanover, Germany. Yelah, hari tu kata kat Macworld, tapi takde pon! Harga? Mamat ni ramal dlm range harga Mac Mini sekarang ni jugak. Terror betol mamat Tom ni...Tukang tilek ni...

No comments:

Post a Comment