"YellowSn0w" telah pun 'turun' dlm 19 jam yg lalu. Pengguna 'locked' iPhone 3G seluruh dunia telah 'cuba' menikmatinya. Namun kesedihan menjelma bila tidak sampai separuh dari pengguna tersebut yg berjaya meng'unlock' iPhone masing-masing.
Mengikut bancian Hackint0sh, setakat ini baru 34.33% saja pengguna yg berjaya. Selebihnya gagal.
Dan kepada korang pun, gua nasihatkan sabar la dulu. Lagipun Dev-Team dah kata, ini baru beta version. Bagi gua, kalau selama ni kita bleh tunggu, tak salahla kalau kita tunggu sket lagi. Gua pasti 'The Ultimate YellowSn0w' akan muncul jua dlm masa terdekat.
Gua pun sampai skrg tak berani lagi nak buat. Risiko terlalu tinggi. Dengan baseband skrg, TurboSim gua berfungsi elok. Kalau gua uprade, dan tak berjaya unlock, satu hal pulak nak kembali downgrade. Jadi, gua seru pada semua Malaysian, bersabarlah bersama gua, kecuali ada sapa2 yg bleh yakinkan gua iPhone korang berjaya di'unlock' dan bleh guna sim Maxis, Celcom, U Mobile atau Digi.
How to Choose a Micro ATX Case
4 years ago
No comments:
Post a Comment