Mac Mini dan iMac baru
Hardware yg paling pasti kedengaran akan diumumkan adalah Mac Mini dan iMac updated version. Kedua2nya akan dilengkapi dengan cipset NVIDIA seperti line-up MacBook sebelum ni.
DigiTimes melaporkan Apple sedang menunggu prosessor Quad-Core terbaru dari Intel utk iMac yg dijangkakan berada di pasaran pada bulan ni jugak. PC Perspective pula menjangkakan iMac bersaiz 28" akan muncul (pergh!).
MacMiniColo.net antara yg terawal mengesahkan Mac Mini akan dilengkapi Mini DisplayPort, max RAM pulak di-up ke 4GB dan menggunakan SATA Optical Drive. Lepas2 tu Wired dan TUAW jugak mengiakan rumor tersebut bahkan menambah satu lagi point yakni ia akan beralih dari plastik putih ke plastik hitam. AppleInsider pulak menokok tambah mengatakan ia akan ditambah FireWire 800, keupayaan dua display, dan satu USB tambahan (menjadi 5). Terkini, SeeFile kata ia akan dilengkapi dengan storage berkapasiti 1 terabyte!
iLife '09. iWork '09 join MobileMe
9to5Mac melaporkan yg Apple akan menjadikan iLife dan iWork sebagai web-based application seterusnya membenarkan ia diakses dari web browser dan kemungkinan dari iPhone?!
MacBookPro 17"
Satu2nya notebook yg tercicir dari pengumuman Oktober lepas adalah MacBookPro 17". Tak mustahil sangatlah kalu ia kuar hari ni. 9to5Mac kata MacBookPro 17" ni peliknya akan kuar dengan bateri 'fixed' (ala MacBookAir), tapi dikatakan tahan lebih lama.
Snow Leopard
Ada ura2 mengatakan Phil Schiller akan demo kan atau paling tidak pon bagi maklumat tambahan mengenai Mac OS X terbaru a.k.a. Snow Leopard. Akan di'release'? Gua sorang je yg predict camtu.
iPhone 3G
Berita paling terkini diterima. TUAW melaporkan yg AT&T akan menyediakan iPhone 3G tethering plan dan akan diumumkan Apple di Macworld nanti. Ini membolehkan iPhone 3G menjadi wireless modem kepada notebook korang utk connect ke internet. Walaupon ini berita utk AT&T user, tapi tempiasnya akan dirasai semua memandangkan selama ni Apple tak benarkan mana2 application berkaitan dipasarkan di App Store. Tapi kat Cydia ada bro...!
Namun, yg paling diharapkan oleh Gizmodo (in fact, semua iPhone user gua rasa), adalah firmware baru yg memberi feature 'cut & paste' utk iPhone
iPhone Nano
Awalnya rumor ni bunyi lawak. Kemudian mcm real. Pastu cam lawak balik... Semuanya bermula dengan cerita dari iDealsChina, kemdian dikuatkan oleh Vaja. Gini je lah, gua rasa Macworld kali ni takde cerita ni. Macrumors pon ada dapat berita yg benda ni mungkin macam real, tapi bukan utk Macworld. Mungkin Jun nanti kot (iPhone big event slalu on June).
Cinema Displays
Selepas dah kuarkan LED Cinema Display 24", Macworld kali ni dikatakan akan menjadi pentas pengisytiharan LED Cinema Display utk saiz2 yg lebih besar - up to 30"! Cerita ni ada Macrumors kuarkan sekali dulu je, then diam.
Home Media Server
Yang ni menarik, tertarik ko memang da bomb! 9to5Mac melaporkan ia adalah kombinasi AppleTV dan Time Capsule ditambah keupayaan MobileMe. Lu pikirlah sendiri! Kena pulak kalau tambah DVR System memang gua beli. Tapi too good to be true...
Mac Pro
Ini rumor yg mustahil. Prosessor terbaru yg Intel akan kuarkan utk Mac Pro akan kuar pada suku tahun pertama 2009, bukan hari ni. So, impossible! Tunggu la sat no...
Netbook, Tablet atau PDA
Ketiga2 item di atas bolehla kita andaikan sebagai satu device sahaja - iPod Touch bersaiz besar (7" atau 9"). TechCrunch konfiden gila benda ni akan kuar. Tapi bukan pada Macworld ni, pada musim luruh 2009.
One more thing...
Elemen surprise ni memang akan ada... ditambah pulak dengan gambar banner bersalut putih yg tersebar. Harap2 betul2 mengejutkan... Jangan nanti, "Ha'ala.. Setakat nak kasitau Mac Mini ada FireWire je?!" Gua 'fire' jugak lu Phil...!!!
Macworld 2009 akan berlangsung pada pkol 1am, Rabu, 7 Januari 2009 waktu kita. Liputan secara langsung boleh diikuti samada melalui Gizmodo Liveblog atau MacRumorsLive.
UPDATE:
Lagu2 'DRM Free' di iTunes
CNet melaporkan yg Apple sudah kawtim sama label2 muzik besar utk menawarkan lagu2 yg 'DRM free' di iTunes. Maknakata lepas ni lagu2 di iTunes sudah boleh dikongsi secara bebas dengan sanak saudara, jauh atau dekat serta sahabat handai.
No comments:
Post a Comment