Saturday, January 31, 2009

QuickPwn dan PwnageTool untuk firmware 2.2.1

Dev Team dah keluarkan QuickPwn dan PwnageTool bagi mereka yg nak upgrade firmware ke 2.2.1. Bersama2 itu jugak dikeluarkan amaran dan nasihat terperinci dalam meneruskan niat murni itu. Cekidoutlah sendiri di blog diorg. Teruskan...

Friday, January 30, 2009

Kategori khas untuk games harga $19.99 di AppStore?

PocketGamer.biz melaporkan Apple akan menyediakan satu kategori khas bagi games2 keluaran 'developer' terpilih (EA, Sega, dll) dengan harga USD$19.99

Belum ada tarikh bila ia akan bermula tapi angin bertiup kencang mengatakan ia akan diumumkan pada WWDC bulan Jun nanti.

Jika benar ini berlaku, nampaknya Apple memang serius dlm menjadikan iPhone dan iPod Touch sebagai platform gaming seterusnya menyaingi DS dan PSP.

Tapi untuk Apple benar2 berjaya dlm segmen ni, ada beberapa perkara yg perlu dititikberatkan. Paling utama, keupayaan bateri iPhone dan iPod Touch. Bateri habis cepat gila! Kena pulak nanti kalau grafik power tak hingat, lagila. Keduanya, stability. Kalau main 'halfway', keluar ke springboard, apa barang?! Dan ketiganya... harga tu la. Make sure betul2 berbaloi dengan harga.

Apapun, gua yakin games harga USD$0.99 tetap menjadi pujaan ramai.
Teruskan...

MacBook 3G?

AT&T dikatakan sedang membodek Apple untuk menghasilkan produk2 selain iPhone dilengkapi dengan keupayaan 3G. Produk2 lain tu yg dimaksudkan apalagi kalau bukan 'line-up' MacBook.

Ini berikutan kejayaan notebook keluaran Acer dan Dell menghasilkan produk seumpamanya, mendapat sambutan begitu hebat. Kena pulak 'package'nya disubsidi oleh telco 3G menjadikan harga notebook tersebut teramatlah murah (sebijik macam plan iPhone AT&T).

Apple sememangnya sejak awal 2007 lagi dah study benda ni tapi sampai skang xde satu pon lagi MacBook yg ber3G. Setahun yg lepas, Steve Jobs dikhabarkan cukup tertarik dengan notebook ber3G ni tapi dia taknak MacBooknya terikat dengan mana2 telco. Menyusahkan katanya!

So, kita tunggu je lah benda ni akan jadi nyata ke tidak.
Teruskan...

Thursday, January 29, 2009

SAH! iPhone generasi baru dalam pembikinan

Macrumors telah berjaya membongkar dan membuktikan yg Apple sedang dalam pembikinan iPhone generasi baru. Melalui iPhone firmware 2.x (gua tak sure firmware yg mana sbenarnya ni), Macrumors telah jumpa satu lagi codename "iPhone 2,1".

Untuk makluman semua, codename yg digunakan Apple memang cenggitu 'pattern'nya. Contoh, iPhone 1st gen (iPhone 1,1), iPhone 3G (iPhone 1,2) manakala iPod Touch 1st gen (iPod 1,1), iPod Touch 2nd gen (iPod 2,1). Jadinya semestinya "iPhone 2,1" adalah iPhone baru!

Khabarnya Apple dah pun setup team utk membangunkan prosessor ARM bagi kegunaan iPhone baru. Prosessor ni dikatakan akan support Multi-Core CPUs dan kemungkinan Multi-Core GPUs. Kalau betul, lepas2 ni blehla kita buat multi-tasking pada iPhone (bukak 2-3 apps at a time). Dan berkemungkinan jugak iPhonePro (gambar atas skali) yg hanya impian, bleh jadi kenyataan!
Teruskan...

Trojan kedua pula menyerang!

Baru sabtu hari tu trojan pertama (utk Mac) bernama 'iService.a' dikenalpasti, kini muncul pula trojan kedua. Namanya erm... 'iService.b' Cheh! Takde nama lain ke? Main tukar huruf je.

'iService.b' ni dikatakan dikepilkan sekali dengan pirated copy Photoshop CS4. Fungsinya lebih kurang sama dengan abangnya 'iService.a', cuma kali ni dia akan menyelit pada .DivX file. Alah... kalau korang tak pakai pirated software, tak perlu risau la benda2 ni. Cuma... er.. sapa yg beli Photoshop CS4 ori???
Teruskan...

iLife '09 kini di pasaran!

iLife '09 heboh diperkatakan dalam 2-3 hari lepas telah berada di pasaran US. Tapi masa tu di online store kita masih lagi berstatus 'pre-order'. Namun hari ni dengan rasminya telah bertukar ke 'Buy now'. Jadi, bleh la order skrg. Kalau order ini hari, paling lambat pon hari Isnin (2/2/09) sampai depan pintu rumah korang.

Bagi diorg yg dok US, memang semua kata iLife baru ni best! MacLife contohnya, telah try feature 'faces' iPhoto '09 pada kucing, dan jadi! So, face detection tu bukan hanya berkesan pada muka manusia seperti di'claim' oleh Apple. Lepas ni bleh la korang try pada haiwan2 lain plak! Selamat mencuba...! 
Teruskan...

Wednesday, January 28, 2009

iPhone firmware 2.2.1 dan amaran untuk jailbreaker!


Apple telah keluarkan firmware terbaru untuk iPhone dan jugak iPod Touch. Bugs yg di'fix' kan adalah seperti yg tertera pada gambar di atas. Takde apa yg menarik sangat pon. Tapi yelah kan, kalau dah kuar firmware baru, mestilah nak update kan? Updatelah... cucuk iTunes, dia akan bagitau ada fimware baru dan teruskanlah niat mu itu.

AKANTARE... bagi iPhone2 yg telah di'jailbreak', apatah lagi yg menggunakan 'yellowsn0w' skrg ni, JANGAN update dulu. Brader2 Dev Team sedang menjalankan penyiasatan. Tunggu habis dulu siasatan tersebut, dan semestinya diorg akan kuarkan langkah2 perlu utk golongan 'istimewa' macam kita ni.
Teruskan...

Monday, January 26, 2009

Sunday, January 25, 2009

Ulangtahun ke 25 Macintosh!

Semalam (Sabtu), pada hari yg sama 25 tahun lalu, Steve Jobs telah memperkenalkan Macintosh kepada lebih kurang 3,000 audien dlm satu majlis di Flint Center for the Performing Arts (Cupertino).

Lu nak tau lebih lanjut cerita sejarah ni bolehla ke ComputerWorld atau ke MercuryNews.com. Atau lu boleh jugak layan detik bersejarah itu di sini...


Teruskan...

Sunday is a Funday #4

Saksikan clip video ni...

Muahaha...! "They i-screwed me again..!". Bagi yg tak tau, clip ni adalah 'spoof' kepada iklan iPod Nano 3rd generation.

Ini iklan asalnya...
Teruskan...

Saturday, January 24, 2009

Trojan pertama menyerang Mac

'Trojan horse' pertama untuk Mac bernama 'iServises.a' telah tersebar luas di kalangan pengguna Mac yg datangnya bersama pirated copy iWork '09. Setakat ni dijangka lebih dari 20,000 Mac telah dijangkiti. Risikonya amat dasyat bro. Mac yg kena skrang ni ibarat bot zombie yg menunggu arahan selanjutya dari 'master'nya!

Ish.. ish.. Yang menariknya, sehingga artikel ni ditulis, Macrumors melaporkan bahawa iWork '09 yg bersama trojan ni masih aktif didownload di kalangan komuniti torrent.

Nasihat gua: Hentikanla buat kerja download software pirated copy ni. Tak beretika satu hal, ada penyakit lagi pulak tu!
Teruskan...

Friday, January 23, 2009

Lost season 5 mengecewakan...

Gua boleh dikatakan 'kipas susah mati' siri tv 'Lost'. Gua nanti penuh sabar tanpa komplen sehingga Lost musim ke-5 muncul di iTunes. Gua BELI lagi tu USD$1.99 per episode. Akantare... setelah menonton 2 episod pembukaan semalam, gua kecewa...

Sebelum tu, gua nak story sket pasal Jack yg lagi sekor tu (Jack Bauer). Sekian lama gua tengok trailer 24 musim 7 ni, ada tunjuk Tony Almeida dah jadi jahat. Memang gua terkejut dan gua mula nyampah sebab macam diorg ni takde modal nak dapatkan 'crowd' balik (setelah season 6 dikatakan kurang hebat). Tapi setelah gua tengok 2 episod pembukaan, gua kagum dan respek macamana diorg cuba yakinkan penonton apa yg berlaku sehingga gua boleh terima itu ceritanya!

Berbalik pada Lost, setelah season 4 habis dengan 'cliffhanger' yg agak hebat, dimulakan pada season 5 dengan alasan2 hampeh! Serius! Gua sebagai penonton langsung tak rasa meyakinkan, bahkan gua rasa macam terpaksa terima alasan2 yg diorg sogokkan utk jalan ceritanya jadi 'begitu'. Gua geram nak cakap, tapi kesian pulak pada yg tak tengok lagi...

Lost bermula dengan cukup hebat. Dibawa ke season 2 yg tak kurang hebatnya. Season 3 dan season 4 masih lagi maintain momentumnya sehinggalah ke season 5 yg agak sukar diterima (harap2 gua sorang je la). Dan perlu diingat, Lost akan berakhir di season 6.

Apa2 pon, gua masih menaruh harapan supaya ia boleh jadi best balik...
Teruskan...

Thursday, January 22, 2009

'iLounge Pavilon' khas untuk company iPod/iPhone-related di CES

Kita sedia maklum yg Apple dah menarik diri dari Macworld dan dikatakan akan menyertai CES. Kesannya, banyak exhibitor2 lain turut akan menarik diri dari Macworld. Oleh itu, iLounge (portal info produk2 berkaitan Apple) telah mengambil kesempatan dengan ber'partner' dengan CEA (penganjur CES) untuk menyediakan ruang legar khas bernama 'iLounge Pavilion' di CES 2010 nanti.

iLounge Pavilion dibuka untuk mana2 exhibitor yg mempromosikan produk2 berkaitan iPod dan jugak iPhone. Pandai betul diorg ni ambik kesempatan walaupon Apple sendiri belum keluar sebarang kenyataan rasmi untuk join CES. CES selama ni adalah medan pengeluar2 produk elektronik memperkenalkan keluaran terbaru mereka termasuklah Microsoft. Gua jamin lepas2 ni, CES akan lebih meriah dan menjadikan satu2nya ekspo yg dinantikan oleh semua peminat Microsoft dan Apple. 
Teruskan...

Jangan pandang AppleTV sebelah mata

Selama ni gua sentiasa beranggapan AppleTV adalah satu produk Apple yg gagal. Segmen jualan dan sewaan video digital yg Apple cuba menyelit adalah segmen yg sudah selesa bagi NetFlix, Amazon.com serta Blockbuster. Apatah lagi di Malaysia. Dengan harganya yg mahal dan hanya berfungsi sebagai DVP (Digital Video Player), sapa sangat la nak beli. Tapi, tahukah korang penjualan AppleTV sebenarnya telah meningkat sebanyak 300% dari tahun lepas?! Whadde...?!

Tim Cook mengatakan...
There was a tremendous tickup year over year [for Apple TV]. In fact unit sales were up over 3 times vs the year-ago quarter. However let me be clear, we still consider this is a hobby.

It is clear the movie rental business is working and there are more customers who want to try it. We will continue to invest there, because we believe there is something there for us in the future.
Satu feature je yg gua mengharap sangat ada pada AppleTV akan datang - DVR (Digital Video Recorder). Ada benda alah ni, kompom gua beli!
Teruskan...

Lupakan iPhone Nano

Semasa sesi soal jawab selepas sidang media pendapatan Apple semalam, Tim Cook selaku pemangku kerja2 Steve Jobs telah memberi jawapan hampir pasti yg iPhone Nano tidak dlm pembikinan!

Ketika ditanya oleh AlleyInsider, Tim Cook menjawab... 
We're not going to play in the low-end voice phone business. That's not who we are, that's not why we're here. Goal is not to lead unit sales, but to build the world's best phone.
Ok? So lupakanlah impian mu itu...
Teruskan...

Wednesday, January 21, 2009

Copy & Paste untuk Jailbroken iPhone!

Muahaha!!! Gua cakap dah byk pekdah jailbreak iPhone korang. Sekarang dah ada software bernama 'Clippy' yg memang berfungsi elok utk korang 'copy & paste'. Dengki? Jailbreak la iPhone lu! Hehe...!!

Untuk cara2 meng'install' Clippy, gi ke iClarified. Sebijik2 dia ajar termasukla cara nak gunakannya! Memang ok, gua sendiri dah try.
Teruskan...

iWork '09 takde 'Serial Number'

Untuk makluman semua iWork '09 yang dibeli berkotak takde 'Serial Number' (ceh! macam post title?!). Maksud? Yer, korang bleh beli sekotak iWork '09 utk single user, install le pada seberapa banyak Mac pon boleh. Tapi memang cukup tak beretika la namanya...

Ini berbeza dan terbalik dengan iWork '09 trial version yg hendakkan serial number utk di'upgrade' ke full version.

Senyum nampak..? Ginila, bagi gua cukup tak beretika (sekali lagi) utk korang edarkan pada kenkawan installer CD tu. Tapi 'fair enough' gua rasa kalau lu beli sekeping utk install pada 2-3 Mac kepunyaan lu sendiri. Okeh?!

Gua heran jugak approach Apple ni. Yelah siap boleh kuarkan 'family pack' lagi tu. Jangan harapla Malaysian nak beli pack tu kalau cenggini bendanya. Atau mungkin ini strategi utk lebih ramai org guna iWork dari Office?

Dan kagum jugak gua akan kepercayaan Apple pada pembelinya. Tapi betul jugak, ada serial number pon, korang cari jugak dlm web utk 'crack'!
Teruskan...

iMac guna prosessor Quad-Core baru?

Apple dikatakan akan guna prosessor Quad-Core terbaru utk iMac. Punya baru, prosessor tu punya pricing pon baru dikeluarkan Isnin lepas. Prosessor tu katanya 'power-efficient' tak mau2...
Intel also introduced three power-efficient quad-core chips with the "s" moniker. The Core 2 Quad Q9550s processor includes 12MB of L2 cache, runs at 2.83GHz and draws 65 watts of power. The chips are priced at $369. The chip is power-efficient version of the Core 2 Quad Q9550 chip, which draws 95 watts of power.

Intel also introduced the Core 2 Quad Q9400s processor, which runs at 2.66GHz, and the Core 2 Quad Q8200s, which runs at 2.33GHz. This chips are priced at $320 and $245 respectively
Mengikut laporan DigiTimes, Apple memang dok tunggu benda alah ni kuar dari November tahun lepas lagi. Skrang dah kuar, apalagi?! Cepat2la kuarkan iMac baru tu!!! Fedup btol gua rumor camni!!!
Teruskan...

Peralihan 'Kuasa Sebenar'!

Sejarah tercipta! Semalam, Barack Hussein Obama secara rasmi ditabalkan menjadi presiden kulit hitam pertama di US. Gua jamin stesen TV seluruh dunia ada menyiarkan upacara mengangkat sumpah mamat ni secara langsung. Tapi ada satu upacara yg tidak disiarkan stesen TV. Ia berlaku sebelum upacara angkat sumpah tu berlangsung. Bahkan, ia berlaku di awal pagi sebelum En. Obama ni ke church (ye, ke church dulu sebelum angkat sumpah). Upacara peralihan kuasa sebenar!!!

George Stephanopoulos dari ABC News melaporkan, En. Presiden menghadiri satu 'national security briefing' awal pagi semalam di mana pada akhir majlis tersebut, satu mamat tentera bersama briefcase bergari di tangan, memberi tunjuk ajar cara melancarkan 'nuclear strike'!!! En. Obama jugak diberi kod rahsianya, cuma kad aksesnya hanya bleh dapat lepas angkat sumpah. Yezzaaa... Itu baru dinamakan peralihan kuasa!

p/s : up, up, down, down, left, right, left, right, b, a, start. Macamla kita tak tau kan?
Teruskan...

Tuesday, January 20, 2009

Masalah silau dengan skrin MacBook/Pro korang?

Kita sedia maklum yg semua MacBook dan MacBook Pro unibody datang dengan 'glossy display'. Ada yang suka dan ada yg tak. Lu? Kalau tak suka, ada solusinya. Yer, memang Apple ada bagi pilihan utk MacBookPro 17" berskrin 'matte' dengan bayaran tambahan USD50, tapi bagi yg lain2 macamana? Pun ada solusinya jugak... 

TechRestore menyediakan perkhidmatan menukar skrin korang dari 'glossy' ke 'matte'.
We remove the glass screen cover...then replace the glossy screen with a matte-finish screen that has the exact same specifications as the original; same resolution, same color depth, same LED backlight...you get the idea. We install a custom black bezel around the edge of the screen that matches the finish of the MacBook Pro and looks great. The bezel has all the required holes in it for the iSight and other items that sit at the top of the MacBook Pro screen housing.
Diorang charge USD$199 utk bikin itu semua sekali dgn setahun warranty. Mahal? Mungkin ada satu lagi solusi yg lebih simple dan murah tapi mungkin tak sekemas TechRestore - iVisor dari Moshi. Ia hanya lapisan mcm 'screen protector' gitu.

Yang pasti bila iVisor ni kuar nanti ia akan lebih murah. Ops, dan ia juga akan terdapat utk pelbagai saiz skrin.
Teruskan...

Monday, January 19, 2009

...dan pemenangnya adalah...

'Lagu Untuk Mu' nyanyian Meet Uncle Hussein diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 23! Macamana dengan yg lain2? Tersasar sikit nampaknya ramalan gua. Sikit sangat je...

Persembahan Terbaik : Faizal Tahir (Sampai Syurga) - BETUL
Vokal Terbaik : Faizal Tahir (Sampai Syurga) *gua tak sedar pon ada kategori ni!
Etnik Kreatif : Farawahida (Persoalan Cinta) - SALAH
Balada : Faizal Tahir (Sampai Syurga) - BETUL
Pop Rock : Meet Uncle Hussein (Lagu Untuk Mu) - BETUL
JUARA : Meet Uncle Hussein (Lagu Untuk Mu) - SALAH

So, tiga ramalan gua mengenai sasaran. Jumlah hadiah bagi pemenang, Farawahida bawak balik RM12,000, Faizal Tahir RM32,000 dan Meet Uncle Hussein RM35,000!! Gua? Hehe.. Seperti yg gua janjikan semalam!
Teruskan...

Redsn0w in Action!

Khamis lepas gua ada kasitau pasal Dev Team bikin sesuatu misteri bernama 'redsn0w'. Bukan lagi rahsia, ia adalah jailbreak software utk ipod touch 2nd generation atau diorg dok panggil ipod touch 2G. Berikut adalah video2 menunjukkan kejayaan diorg. Cekidout!





Mengambil teladan dari 'yellowsn0w', diorg kali ni tak akan isytiharkan tarikh 'redsn0w' keluar. Malas nak kasi 'hope' dan takut pedih telinga kena bambu macam hari tu (kot?!). Hehe.. Apa2hal.. ia dah makin hampir kuar. Sabar je la.
Teruskan...

Sunday, January 18, 2009

Meh Telek Pemenang AJL 23

Kurang 12 jam lagi AJL 23 akan berlangsung. Finalist nya menariks2 jugak. Siapakah yg bakal dinobatkan juara? Bersama2lah kita telek!

Korang tau ke sapa finalist nyer? Nah gua senaraikan...

Etnit Kreatif

Balada

Pop Rock
Orait, lepas gua belek2... telek2... ini dia ramalan gua. Er.. utk 'Persembahan Terbaik', walaupun belum dipersembahkan lagi, gua rasa samada Stacy atau Faizal Tahir yg menang. Selainnya...

Etnik Kreatif
Zahid & Heliza (Doa Dalam Lagu)

Balada
Faizal Tahir (Sampai Syurga)

Pop Rock
Meet Uncle Hussein (Lagu Untuk Mu)

JUARA
Faizal Tahir (Sampai Syurga)

Xstuju? Lu punya hal! Gini, kalau semua ramalanku benar belaka, gua akan bawak anak bini gua gi makan 'rib eye steak' kat Monte's, Bangsar weekend depan. Kalau 3 darinya betul, gua bawak gi makan 'combo fajitas' di Chili's, kalau 2 betul - makan di Manhattan Fish Market, 1 je betul - makan KFC. Yer, semuanya hadiah adalah 'makan' dan semuanya utk gua dan anak bini gua jek..
Teruskan...

Sunday is a Funday #3

Setelah hampir dua minggu Macworld berlangsung, pelbagai ulasan telah dibuat. Tentang iLife nya, iWork, MacBookPro dan jugak iTunes. Tapi bagi Macenstein, itu tak cukup... Kita kena tengok, perati dan nilai keynote Macworld tersebut lebih dari itu. Meh kita tengok hasil postmortem diorg. Clue: perhatikan mulut Phil Schiller.


Gua pon tak pasti nak respek ke nak kasi penendang je kat mamat yg edit benda alah ni. Takde kerja betol!
Teruskan...

Saturday, January 17, 2009

15,000 Apps dalam 6 bulan lebih


Fuyoo.. Hebat! Belum ada dalam sejarah mana2 Application Store secara digital mahupun fizikal, yg mampu menyediakan hingga 15,000 applications dalam masa tak sampai 7 bulan! Dan tiada juga mana2 Application Store secara digital mahupun fizikal mampu menjual sehingga 500 juta dalam masa yg sama! Tepukan gemuruh untuk iPhone App Store!!!

App Store kini boleh dikatakan lubuk emas utk para developer seluruh dunia. Platform yg disediakan oleh Apple ini telah melahirkan ramai jutawan (kalau diconvertkan ke RM) dalam masa singkat. Kalau tidak, tak mungkin sambutannya sehebat ini.

Bayangkan, dari bulan Jun '08 sehingga awal Dec '08 (5 bulan lebih), App Store berjaya menyediakan 10,000 applications. Dan dalam masa sebulan lebih selepas itu (awal Dec '08 ke pertengahan Jan '09), 5,000 applications pula ditambah. Bayangkan pula setahun lagi, 2 tahun lagi..?

Kepada rakyat Malaysia, gua syorkan grablah peluang ni.
Teruskan...

Friday, January 16, 2009

Mac Mini baru guna Ion platform kuar bulan Mac?

Tom's Hardware mengkhabarkan Mac Mini baru nanti akan menggunakan platform terbaru keluaran NVIDIA, iaitu Ion platform. Platform ni menggunakan processor Intel's dual-core 1.6 GHz Atom 330. Juga menggunakan display GeForce 9400M (seperti yg ada dlm MacBook dan MacBookPro terbaru).

Kalau benar Mac Mini guna platform ni (gambar), tak pelik la kalau saiznya nanti akan lebih kecik dari Mac Mini sekarang. Kena pulak kalau Apple buang opitical drive (andaian gua sendiri je), memang kecik yg hamat la jadinya.

Sumber ni jugak kata, besar kemungkinan Mac Mini ni akan keluar bulan Mac tahun ni bersempena CeBIT computer expo yg akan bermula 3 Mac ni di Hanover, Germany. Yelah, hari tu kata kat Macworld, tapi takde pon! Harga? Mamat ni ramal dlm range harga Mac Mini sekarang ni jugak. Terror betol mamat Tom ni...Tukang tilek ni...
Teruskan...

Bantal Mac OSX pulok doh...

Itu hari, satu company tu buat pelapik gelas ikon2 iPhone. Ini pulak bantal ikon2 Mac OSX. Kiut miut jugak...

Boleh dibeli dari Throwball dengan harga USD$29 (RM104) sebijik atau USD$149 (RM535) utk satu set (6 bijik). Tengoklah gambar berikut, betapa kiutnyer...

Bila dah ada bantal tu, ditambah pulak dengan pelapik gelas, tak lengkap la kalau tak angkat rack bernama 'Prove' ni pulak.

Best? Gi order kat Creosa, gi!
Teruskan...

Thursday, January 15, 2009

Unlock iPhone 3G korang!!!

Panduan ni belum lagi lengkap tapi gua TERPAKSA post kan jugak sebab "Save As Draft" gua buat perangai!

Seperti yg gua janjikan hari Sabtu lepas, di sini gua akan ceritakan langkah demi langkah cara yg gua lalui utk unlock iPhone 3G gua. Gua tak mungkin berjaya tempuhi proses itu tanpa bantuan dari iClarified. So disini pun gua akan gunakan iClarified jugak sebagai bahan rujukan utama disamping gua tokok tambah mana yg tertinggal. 

Memandangkan gua guna Mac hari tu, so panduan ini hanya utk Mac user. Gua tak berani nak ajar Windows user beb! Tapi korang (win user) bleh jugak ke iClarified. Situ ada guide utk korang!
Sebelum mula, cek dulu perkara2 berikut:
  • iPhone Modem Firmware. Cara nak cek, pergi ke Setting-> General-> About-> (scroll hampir bawah sekali) Modem Firmware. 
  • Sekiranya ia adalah 02.28.00, korang boleh terus ke LANGKAH 3. Sekiranya selain dari itu, sila baca seterusnya...
  • Anda memerlukan OSX yg belum diupdate ke 10.5.6. Sekiranya OSX korang bukan 10.5.6 ke atas, blehla terus ke LANGKAH 2. Sekiranya OSX korang version 10.5.6 ke atas, sila baca seterusnya.
LANGKAH 1
Melalui update 10.5.6, Apple telah menghalang iTunes dari detect iPhone korang semasa dlm mode DFU. Volkspost dari Hackint0sh.org telah keluarkan satu program Automator utk atasi masalah ini. Tepukan gemuruh utk beliau dulu... 
  • Pastikan korang tengah guna 'admin account' sebagai login Mac OSX tu.
  • Download program Automator (Install_IOUSBFamily_kext_10_5_5.zip) di sini dan save ke desktop.
  • Double click file (Install_IOUSBFamily_kext_10_5_5.zip) tadi utk meng'ekstrak'kannya.
  • Double click folder (Install_IOUSBFamily_kext_10_5_5).
  • Double click ikon Fix_DFU_10_5_6 utk run skrip Automator tersebut.
  • Bila ini keluar, klik je Open.
  • Akan pop up Readme (seperti di bawah). Pastikan korang berada dlm 'admin account'(seperti disuruh tadi) kemdian klik je OK.
  • Skrip Automator akan tutup semua applications. Satu window akan pop up mintak password admin. Masukkan password pastu tekan OK.
  • Satu lagi window akan pop up bagitau.. er.. Diorg tgh buat keje la tu. Klik je OK.
  • Kemdian Mac korang akan reboot. Bila dah start balik, iTunes korang dah bleh detect iPhone dlm DFU mode dah... dengan kata lain, dah bleh proceed ke LANGKAH 2

Proses seterusnya, 'jailbreak' kan iPhone korang! Yehaa..!! Rileks, ia tak sesusah disangka. Tapi pastikan korang buat benda2 berikut dulu...
  • Cucuk iPhone korang ke iTunes, dan backup iPhone itu. Bleh? Lompat ke sini. Tak bleh kalu, baca seterusnya...
  • ATAU, jika backup tak berlaku otomatik, tekan je Restore.

  • Bila pop up window berikut, klik Back Up.
  • Lepas dah settle backup, Restore.

Teruskan...

Steve Jobs cuti sakit sampai Jun

Hari ni satu lagi surat dikirim oleh Steve Jobs, kali ni ditujukan kepada staff Apple.
Team,

I am sure all of you saw my letter last week sharing something very personal with the Apple community. Unfortunately, the curiosity over my personal health continues to be a distraction not only for me and my family, but everyone else at Apple as well. In addition, during the past week I have learned that my health-related issues are more complex than I originally thought.

In order to take myself out of the limelight and focus on my health, and to allow everyone at Apple to focus on delivering extraordinary products, I have decided to take a medical leave of absence until the end of June.

I have asked Tim Cook to be responsible for Apple's day to day operations, and I know he and the rest of the executive management team will do a great job. As CEO, I plan to remain involved in major strategic decisions while I am out. Our board of directors fully supports this plan.

I look forward to seeing all of you this summer.

Steve
Steve Jobs sebelum ni dilaporkan mengalami 'hormone imbalance', menyebabkan kesukaran pencernaan makanan dan sekeras2nya menafikan penyakit kansernya kembali.
Teruskan...

Dev Team bikin gempak lagi...

5 jam yg lalu Dev Team telah mengisytiharkan satu lagi berita baru. Dengan title post yg catchy - "Thermonuclear pop!"
  • Well it isn’t a British Thermonuclear Device.
  • It isn’t an episode from “The Twilight Zone”
  • And it certainly isn’t iPhone 3G related (right now)
  • There is one other device…
  • It fits in your pocket..
  • What can it be?
Misteri? iPod Touch 2G Jailbreak software? Namanya 'redsn0w' pulak...
Teruskan...

Snow Leopard berwajah baru?

Steve Jobs katakan dulu yg Mac OSX 10.6 a.k.a. Snow Leopard nanti tidak akan memberi feature tambahan langsung pada Leopard. Ia hanya akan lebih fokus kepada 'multicore processing', yakni melancarkan seterusnya melajukan Mac korang. Tapi rumor bertiup mengatakan Snow Leopard akan muncul dengan interface yg baru!

Mengikut Macrumors, Apple akan merombak sama sekali interface sekarang. Detailnya belum disebarkan. Interface yg meggunakan codename 'Marble' itu dikatakan akan mempunyai elemen iTunes dan iPhoto. Whadde..?
Teruskan...

Apple Mini DisplayPort akan jadi port stended?

VESA (Video Electronics Standards Association) dah sahkan Mini DisplayPort yg dicipta oleh Apple akan disertakan dlm spesifikasi Display Port 1.2 menjadikan ia satu port yg boleh diguna pakai oleh semua pengeluar device lain.

Lepas2 ni nampaknya akan banyakla PC2, notebook dan yg terbaeekk LCD monitor keluaran big2 names lain akan berada di pasaran. Takdela mengharap pada Apple Cinema Display yg mahal tak hingat tu je!
Teruskan...

Wednesday, January 14, 2009

Apple buat Sale oi.. Satu hari saja!!!

Sorryla gua lambat story benda alah ni. Bukan apa, gua ingat Apple Online Store Malaysia tak terlibat (mcm sebelum2 ni)! Belakang, kita terjebak jua! Bleh tahan jugakla dia punya murah... Tapi hari ni saja!

Teruskan...

Tuesday, January 13, 2009

Rumor iPhone Nano tak lenyap begitu saja

AppleInsider mendapat berita terbaru melalui Economic Daily News, akhbar versi Cina yg katanya Apple dah dekat nak pilih pemenang 'bidder' bagi pengeluar komponen2 iPhone Nano tuh.

Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) dan United Microelectronics Corporation (UMC) diwar2kan akan berjaya dlm tender tu dan akan supply komponen2 tersebut bermula Mac nanti.

Hmm.. Besar kemungkinan kita bleh tengok jugakla iPhone Nano ni pada WDC '09 nanti kot. Time tu je masa feveret Apple release iPhone...

Teruskan...

Monday, January 12, 2009

Hava : Nonton Astro di iPhone

Hava, satu company yg tak glemer pon telah menghasilkan satu device yang cool beb! Barang2nya dah sedia ada utk kegunaan PC dan handphone2 kebanyakkan. Cuma, di Macworld baru ni diisytiharkan produk khas utk iPhone. Apa bendanya?

Lu beli box set Hava WiFi (gambar) tu, sambung ke TV ke Astro ke, pastu beli pulak app utk iPhone. Siap! Lu bleh tgk TV atau Astro lu tu guna iPhone atau iPod Touch di mana saja lu berada selagi ada internet! Best? Tak keluar lagi la masalahnya. Katanya pertengahan tahun nanti.
Teruskan...

Sunday, January 11, 2009

Sunday is a Funday #2

The Onion News Network telah melaporkan satu revolusi baru dalam dunia laptop dari Apple.



"Everything is a few hundred clicks away... " Muahaha! Demit!!!
Teruskan...

Saturday, January 10, 2009

Gua caya sama Dev Team!!!

10 hari gua ambik masa, memerhati sekeliling. 26 dari 29 rakyat Malaysia telah berjaya. Dari 0.9.1 hingga ke 0.9.6. Gua tabahkan hati dan pada hari ni gua cuba. Setelah 4 jam masa berlalu... AKHIRNYA... Gua berjaya meng'yellowsn0w'kan iPhone 3G gua! Gua caya sama lu Dev Team!

Gua akan ceritakan detik2 cemas melalui semua proses tadi. Bermula dari backup, restore di iTunes, kemdian ke QuickPwn, beralih ke Cydia, dan kembali ke restore.. semuanya akan gua story. Stay tune...
Teruskan...

Dari Macworld ke CES?

Kita semua tau, Macworld baru2 ni adalah yg 'last' buat Apple. Apple tarik diri atas alasan2 yg dah pun dijelaskan. Tup2 dengar khabar Apple akan join CES (The International Consumer Electronics Show) 2010! Aik? Apa barang?

Untuk makluman semua, CES adalah medan bagi pengeluar2 barangan elektronik memperkenalkan produk terbaru mereka. Ia turut disertai oleh big2 names macam Microsoft, Sony, Nintendo dan banyak lagi. Dan timing pon lebih kurang sama macam Macworld iaitu pada Januari setiap tahun.

3 hari lepas, berita ni dah diwar2kan oleh Cult of Mac. Semalam pulak AppleInsider sahkan berita dengan kata memang Apple dah 'kawtim' dan 'konpom' join CES 2010!

Menurut AppleInsider, Apple bersedia utk mencabar pesaing2nya di medan yg sama pada masa akan dtg (CES). Pergh...! Nasib la ko Steve Balmer lepas ni.
Teruskan...

Dua Jack kembali! UPDATED!

Bulan ni akan menyaksikan kedua2 Jack ni kembali ke TV US (juga kembali ke iTunes).

Jack Bauer dalam 24 musim ke 7 akan bermula pada Ahad ni (11/1) jam 8mlm waktu diorg (hari Isnin ptg adala dlm iTunes). Openingnya 2 jam, 2 hari berturut2.. Maknanya 4 jam beb!

Jack Shephard pulak akan kembali ke pulau (ops..!) dalam Lost musim ke 5 bermula pada Rabu (21/1) jam 9mlm (iTunes, Khamis ptg insyaAllah). Premier show 2 jam tapi satu hari tu je la.

Orait dude!

UPDATE: 24 Season 7 hanya baru muncul di iTunes pada 13/01 (Selasa) tengahari. Dan tayangan migguannya adalah pada setiap hari Isnin di TV US.
Teruskan...

Friday, January 9, 2009

iTunes bebas DRM, pelbagai harga

Di Macworld, Apple telah mengumumkan 8,000 lagu dari 10,000 lagu di iTunes kini bebas dari DRM. Bermakna, lagu2 yg dibeli di iTunes telah boleh dikongsi pelbagai device, pelbagai orang. Bahkan, korang boleh bebaskan lagu2 yg korang dah beli dengan bayaran tambahan sebanyak USD$0.30. Belen lagi 2,000 lagu akan dibebaskan menjelang akhir March nanti.

Diumukan jugak, iTunes Wi-Fi (pada iPhone & iPod Touch) kini telah boleh di'download' guna Edge dan 3G dengan mengekalkan kualiti yg sama.

Dan menjelang April, harga lagu2 di iTunes akan terbahagi kepada 3, $0.69, $0.99 dan $1.29 mengikut harga yg ditetapkan oleh label muzik. Tapi Apple menjanjikan lebih banyak yg akan berharga $0.69 berbanding $1.29.

Amacam? Hehe... Tau, korang download free je...
Teruskan...

Thursday, January 8, 2009

17" MacBookPro yang maha karya cinta!

Meleleh air liur beb! Harga start dari RM10,099!!! Ada berani? Tapi puas hati gua cakap lu. Nak tau speknya...?

- Processor 2.66GHz Intel Core 2 Duo (pilhan 2.93GHz)
- RAM 4GB standard (bleh gi 8GB!!!)
- 2 Display Card (9400 & 9600GT)
- Bateri 'fix' tahan 8 jam!!! (7 jam pakai 9600GT)
- 320GB standard HDD (pilihan 256 SSD)
- 3 USB port
- Mini DisplayPort
- FireWire 800
- Digital Audio in/out
- Slot Expresscard
- Gigabit Ethernet
- Magsafe
- Pilihan skrin 'anti-glare' (kena bayar asing dlm RM199 kot)

Serius best... tak terkata. Ultimate goal gua tahun ni.
Teruskan...

iWork '09 pun hebat..!

Bersama iLife '09, iWork versi terbaru jugak diisytihar di Macworld ari tu. iWork '09 yg kini memang dah masuk pasaran (bleh beli di Apple Online Store), dijual dengan harga RM299 (single user) dan RM379 (family pack, 5 user). Apa yg hebat?

Keynote
Transitions baru, pelbagai pilihan carta. Juga terdapat iPhone app 'Keynote Remote' utk jadi remote (heh, mestila) masa buat presentation.

Pages
Boleh view dokumen secara full screen, bleh link dengan Numbers guna mail. Bleh di'integrate' plak dengan MathType dan EndNote. Tambahan pula ada 40 templet baru.

Numbers
Ada 'categories' table dan 250 functions baru yg membolehkan korang lebih senang paham (paham?)

iWork.com
Nanti akan kuar beta version - membolehkan org lain (melalui internet), review, edit dokumen korang. Bila dah bukan beta nanti, servis ni kena caj!

Juga utk Leopard user saja. Xde Leopard? Bleh beli 'Mac Box Set' (iLife '09 + iWork '09 + Leopard OS) dengan harga RM899 (Murah banyak tu dol!)
Teruskan...

iLife '09 yg supap..!

iLife '08 telah di'upgrade' lagi oleh Apple ke iLife '09 dengan feature2 yg memang hebat. Akan berada di pasaran akhir Januari ni namun sudah boleh ditempah di Apple Online Store dengan harga RM299 utk single user, RM379 utk family pack (5 user). Apa yg baru? Meh gua brief kan sket.

iPhoto '09
-Faces: Guna teknologi 'face recognition', membolehkan gambar di'tag' utk cam muka. Boleh di'sync' ke Facebook.
-Places: Guna geotagging utk tau lokasi gambar diambil. Info ni boleh didapati dari camera yg ada gps, camera iPhone atau masukkan secara manual.
-Slideshow Themes: Banyak theme tambahan, guna 'facial detection' utk letak ke posisi yg betul, support jugak geotagging.

iMovie '09
-Dynamic Themes: Pelbagai theme tambahan, siap boleh buat animasi perjalanan pada peta.
-Automatic Image Stabilization: Mengurangkan gegaran pada footage video.
- Precision Editor: Video dan audio
- Advanced Drag and Drop: Bleh letak (selit) video di mana2 bahagian pada timeline.
- Video Effects: 'Special effects' kini kembali ke iMovie

GarageBand '09
- Learn to Play: Belajar main muzik dari para profesional dan selebriti (Sting pon ada woo..!). Ada 9 pembelajaran free, nak lagi bleh beli.

iLife'09 hanya utk pengguna Leopard saja aaa... Xde Leopard? Bleh beli 'Mac Box Set' (iLife '09 + iWork '09 + Leopard OS) dengan harga RM899 (Murah banyak tu dol!)
Teruskan...

Wednesday, January 7, 2009

Macworld '09 mempersembahkan...

Keynote Apple di Macworld '09 baru berakhir tepat jam 10:38am tadi (2:38am kita). Hehe.. Apa barang barunya? Ada apa yg kita tak tahu? Memandangkan gua ngantuk, gua list-kan saja dulu. Nanti cerita panjang...

1) iLife '09
2) iWork '09 + Keynote Remote (iPhone App) + iWork.com
3) 17" MacBookPro (bateri tahan 8 jam woo..!!!)
4) iTunes DRM Free + Harga baru + Downloadable guna 3G

Ye, itu saja. TSFU!!! Memang itu saja!!!

p/s: Banner bersalut plastik putih tu? Bukan 'bersalut' la.. memang banner tu kaler putih pun! Iklan "Green Apple"...

UPDATE: Penjelasan panjang melalui link setiap perkara. Timasehh...
Teruskan...

Steve Jobs MATI ketika Macworld '09?!!

Sedang gua asyik layan laporan2 dari MacRumorsLive, tepat jam 9:28am (1:28am kita), keluar statement : "STEVE JOBS JUST DIED!" Whadde..? Tergamam gua jap. Ingatkan Phil akan berentikan keynote dia, tapi tak. Dia layan baikkk jugak. Gua lost..!

Belakang MacRumorsLive sudah kena hack!!! Lawak btol! Macam2 keluar. Gua pon tak tau mana satu cerita betul, mana satu cerita hacker. Diorg 'hijack' baekk punya sampai Macrumors terpaksa hentikan report diorg. Lawak dan kesian... Gua tarus switch ke Gizmodo LiveBlog.

Bila coverage event macam ni, gua lebih prefer MacRumorsLive compared to Gizmodo LiveBlog sebab layan MacRumorsLive semua automated. Lu tak payah refresh page utk cerita baru. Pastu diorg story straight foward berbanding Gizmodo yg suka merapu.

Serius kesian geng Macrumors, dahla ni Macworld yg last utk Apple...
Teruskan...

Tuesday, January 6, 2009

Macworld 2009 Rumors Round-up. UPDATED!

Ketika artikel ni ditulis (ditaip, whatever...), tinggal lagi 15 jam 48 minit sebelum Keynote Apple di Macworld San Francisco bermula. Namun rumors2 di saat akhir masih aktif menjelma. Oleh itu, gua dengan bangganya akan menyenaraikan segala rumors yg pernah kedengaran utk Macworld ni dari sekecil2 rumor, selawak2 rumor, sehinggalah ke saat akhir ini.


Mac Mini dan iMac baru

Hardware yg paling pasti kedengaran akan diumumkan adalah Mac Mini dan iMac updated version. Kedua2nya akan dilengkapi dengan cipset NVIDIA seperti line-up MacBook sebelum ni.

DigiTimes melaporkan Apple sedang menunggu prosessor Quad-Core terbaru dari Intel utk iMac yg dijangkakan berada di pasaran pada bulan ni jugak. PC Perspective pula menjangkakan iMac bersaiz 28" akan muncul (pergh!).

MacMiniColo.net antara yg terawal mengesahkan Mac Mini akan dilengkapi Mini DisplayPort, max RAM pulak di-up ke 4GB dan menggunakan SATA Optical Drive. Lepas2 tu Wired dan TUAW jugak mengiakan rumor tersebut bahkan menambah satu lagi point yakni ia akan beralih dari plastik putih ke plastik hitam. AppleInsider pulak menokok tambah mengatakan ia akan ditambah FireWire 800, keupayaan dua display, dan satu USB tambahan (menjadi 5). Terkini, SeeFile kata ia akan dilengkapi dengan storage berkapasiti 1 terabyte!


iLife '09. iWork '09 join MobileMe

9to5Mac melaporkan yg Apple akan menjadikan iLife dan iWork sebagai web-based application seterusnya membenarkan ia diakses dari web browser dan kemungkinan dari iPhone?!


MacBookPro 17"

Satu2nya notebook yg tercicir dari pengumuman Oktober lepas adalah MacBookPro 17". Tak mustahil sangatlah kalu ia kuar hari ni. 9to5Mac kata MacBookPro 17" ni peliknya akan kuar dengan bateri 'fixed' (ala MacBookAir), tapi dikatakan tahan lebih lama.


Snow Leopard

Ada ura2 mengatakan Phil Schiller akan demo kan atau paling tidak pon bagi maklumat tambahan mengenai Mac OS X terbaru a.k.a. Snow Leopard. Akan di'release'? Gua sorang je yg predict camtu.


iPhone 3G

Berita paling terkini diterima. TUAW melaporkan yg AT&T akan menyediakan iPhone 3G tethering plan dan akan diumumkan Apple di Macworld nanti. Ini membolehkan iPhone 3G menjadi wireless modem kepada notebook korang utk connect ke internet. Walaupon ini berita utk AT&T user, tapi tempiasnya akan dirasai semua memandangkan selama ni Apple tak benarkan mana2 application berkaitan dipasarkan di App Store. Tapi kat Cydia ada bro...!

Namun, yg paling diharapkan oleh Gizmodo (in fact, semua iPhone user gua rasa), adalah firmware baru yg memberi feature 'cut & paste' utk iPhone


iPhone Nano

Awalnya rumor ni bunyi lawak. Kemudian mcm real. Pastu cam lawak balik... Semuanya bermula dengan cerita dari iDealsChina, kemdian dikuatkan oleh Vaja. Gini je lah, gua rasa Macworld kali ni takde cerita ni. Macrumors pon ada dapat berita yg benda ni mungkin macam real, tapi bukan utk Macworld. Mungkin Jun nanti kot (iPhone big event slalu on June).


Cinema Displays

Selepas dah kuarkan LED Cinema Display 24", Macworld kali ni dikatakan akan menjadi pentas pengisytiharan LED Cinema Display utk saiz2 yg lebih besar - up to 30"! Cerita ni ada Macrumors kuarkan sekali dulu je, then diam.


Home Media Server

Yang ni menarik, tertarik ko memang da bomb! 9to5Mac melaporkan ia adalah kombinasi AppleTV dan Time Capsule ditambah keupayaan MobileMe. Lu pikirlah sendiri! Kena pulak kalau tambah DVR System memang gua beli. Tapi too good to be true...


Mac Pro

Ini rumor yg mustahil. Prosessor terbaru yg Intel akan kuarkan utk Mac Pro akan kuar pada suku tahun pertama 2009, bukan hari ni. So, impossible! Tunggu la sat no...


Netbook, Tablet atau PDA

Ketiga2 item di atas bolehla kita andaikan sebagai satu device sahaja - iPod Touch bersaiz besar (7" atau 9"). TechCrunch konfiden gila benda ni akan kuar. Tapi bukan pada Macworld ni, pada musim luruh 2009.


One more thing...

Elemen surprise ni memang akan ada... ditambah pulak dengan gambar banner bersalut putih yg tersebar. Harap2 betul2 mengejutkan... Jangan nanti, "Ha'ala.. Setakat nak kasitau Mac Mini ada FireWire je?!" Gua 'fire' jugak lu Phil...!!!

Macworld 2009 akan berlangsung pada pkol 1am, Rabu, 7 Januari 2009 waktu kita. Liputan secara langsung boleh diikuti samada melalui Gizmodo Liveblog atau MacRumorsLive.

UPDATE: 
Lagu2 'DRM Free' di iTunes

CNet melaporkan yg Apple sudah kawtim sama label2 muzik besar utk menawarkan lagu2 yg 'DRM free' di iTunes. Maknakata lepas ni lagu2 di iTunes sudah boleh dikongsi secara bebas dengan sanak saudara, jauh atau dekat serta sahabat handai.
Teruskan...

Monday, January 5, 2009

SAH! Steve Jobs lepaskan Macworld atas sebab kesihatan

Untuk meredakan segala spekulasi, Steve Jobs telah mengutuskan surat berikut untuk tatapan komuniti Apple.

Dear Apple Community,

For the first time in a decade, I’m getting to spend the holiday season with my family, rather than intensely preparing for a Macworld keynote.

Unfortunately, my decision to have Phil deliver the Macworld keynote set off another flurry of rumors about my health, with some even publishing stories of me on my deathbed.

I’ve decided to share something very personal with the Apple community so that we can all relax and enjoy the show tomorrow.

As many of you know, I have been losing weight throughout 2008. The reason has been a mystery to me and my doctors. A few weeks ago, I decided that getting to the root cause of this and reversing it needed to become my #1 priority.

Fortunately, after further testing, my doctors think they have found the cause—a hormone imbalance that has been “robbing” me of the proteins my body needs to be healthy. Sophisticated blood tests have confirmed this diagnosis.

The remedy for this nutritional problem is relatively simple and straightforward, and I’ve already begun treatment. But, just like I didn’t lose this much weight and body mass in a week or a month, my doctors expect it will take me until late this Spring to regain it. I will continue as Apple’s CEO during my recovery.

I have given more than my all to Apple for the past 11 years now. I will be the first one to step up and tell our Board of Directors if I can no longer continue to fulfill my duties as Apple’s CEO. I hope the Apple community will support me in my recovery and know that I will always put what is best for Apple first.

So now I’ve said more than I wanted to say, and all that I am going to say, about this.

Steve


Diharapkan semua jelaslah yer...
Teruskan...

17" MacBookPro dan Rumor Mac Mini

AppleInsider telah mengesahkan Apple akan mengumumkan ketibaan 17" MacBookPro pada Macworld nanti, satu2nya MacBook yg tak join line-up yg lain pada keynote Steve Jobs Oktober tahun lepas. Yang mengejutkannya, MacBookPro terbaru ini disahkan akan menggunakan bateri yg tidak boleh ubah (built in mcm MacBookAir, iPod, iPhone). Hmm...

Katanya, bateri tu jugak akan tahan lebih 50% dari ketahanan bateri biasa. Mungkinkah Apple akan guna silver zinc polymer seperti yg digembar-gempurkan suatu ketika dulu? Apapun, ini telah mendapat respon negatif dari ramai peminat Apple.

Untuk Mac Mini pula, AppleInsider jugak mengesahkan desktop cinonet itu akan menggunakan paltform NVIDIA MCP79 (kita dah tau pon kan?), dua display (Mini DisplayPort dan Mini DVI - pon dah tau) dan mempunyai port FireWire 800 serta port USB kelima (ini yg kita tak tau nih...!).

Semuanya akan terjawab pada pkol 9am PST, Selasa, 6hb Januari '09 (kita dlm pkol 1pg, Rabu).
Teruskan...

Sunday, January 4, 2009

Sunday is a Funday #1

Mulai minggu ni, tiap2 hari Ahad gua akan cuba (diulangi, cuba) dapatkan bahan2 lawak utk dikongsi bersama. Bergumbiralah...!



Teruskan...

Saturday, January 3, 2009

Mengintai Macworld 2009

Beberapa gambar persiapan utk Macworld 2009 tersebar di internet. Stage utk keynote Apple masih lagi nampak hebat dan megah (walaupon diorg dah kata takde benda best tahun ni). Mungkin ada barang 'rahsia' yg mereka berjaya 'rahsia'kan? Namun dalam banyak2 gambar... ada satu gambar yg paling menarik. Chekidout!



Dan... terdapat banner yang dibalut dengan plastik putih. Mengikut AppleInsider, plastik putih tu dijangka akan diturunkan sebaik saja Phil Schiller 'announce' barang paling gempak...

Tapi gua tak pikir macam tu. Gua rasa banner tu akan tulis 'Farewell, Steve Jobs" atau seangkatan dengannya menandakan Steve Jobs meninggalkan Apple. Kita tengok nanti...

Teruskan...