Monday, December 22, 2008

Steve Jobs, Macworld dan rumors-nya

Banyak kejadian berlaku dlm dunia Apple sepanjang minggu lepas. Hari ni gua akan cuba ceritakan semuanya secara ringkas...

Steve Jobs
Dikatakan brader Jobs tak akan muncul utk keynote di Macworld '09 nanti. Ia akan diganti oleh Phil Schiller. Ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi tentang kesihatan Jobs dan kemungkinan yg brader tu akan bersara terus dari Apple. Atau ada juga kata sebab takde barang yg best pun utk di'announce' di Macworld nanti. Tidak ada apa2 statement dari Apple setakat ni kenapa pertukaran tu berlaku kecuali atas sebab... yela... sapa2 pun boleh present apa?!

Macworld
Untuk makluman semua, Macworld '09 adalah Macworld terakhir yg akan disertai Apple. Macworld lepas2 ni (kalau ada lg pun), akan sepi dengan berita2 dan produk2 terkini Apple. Pihak Apple menganggap Macworld bukan lagi platform yg memberi impak besar pada mereka memandangkan Apple boleh terus mendekati pengguna terus melalui website dan jugak rangkaian Apple Store mereka seluruh dunia. Keynote dan juga pelancaran produk Apple lepas2 ni boleh diikuti melalui video di web mereka. Bahkan, sebelum2 ni pun Apple dah banyak tarik diri dari expo2 seangkatan dengannya (contoh: NAB, Macworld Tokyo, AppleExpo di Paris (terus cancel expo tu gua cakap lu!) dan Summer Macworld di New York/Boston). 

Rumors Macworld '09
Apa pun berlaku, rumors tentang produk yg akan keluar di Macworld '09 tak pernah pudar. Setakat ni kita dah dengar tentang kemungkinan akan kuar 'Snow Leopard' dan iPhone Nano (lawak btol!!!). Terbaru (cerita minggu lepas la ni), Mac Mini dikatakan akan diberi nafas baru. Ala.. mungkin ditambah dengan segala feature yg ada pada MacBook baru. Graphic Card baru, Display port baru.. cenggitu la kot. Tapi ada jugak cakap kemungkinan akan di'combine'kan Mac Mini dengan Apple TV. Ha.. itu menarik. Kena pulak tambah DVR kan?! Dan dikhabarkan juga, Phil akan umumkan Apple Netbook pertama... 

Itu gambaran dari Gizmodo je. Jangan la amik serius sgt. Hehe.. Tapi gua musykil dgn rumor ni sebab baru je masa pelancaran MacBook Aluminium lepas, Steve Jobs kata Apple masih tak berminat lagi buat Netbook. Ahh.. Diorg ni bukan bley pakai sgt... 

1 comment:

  1. q suka ma blog u, ad tujuanx, ngasi tw org bout apple, keep it up bro !

    ReplyDelete