Wednesday, December 31, 2008

iPod Touch Skrin 7" tahun depan?

Mengikut TechCrunch, tiga sumber rapat dengan Apple telah mengkhabarkan bahawa Apple akan mengeluarkan iPod Touch bersaiz 7"-9" pada musim luruh 2009. Salah satu dari sumber tersebut dikatakan telah mencuba prototaip iPod Touch tersebut.

Dengan kata lain, benda alah ni macam tablet netbook tapi menggunakan iPhone OS.

Sudah lebih setahun rumors mengenai netbook Apple, atau Tablet Macbook berlegaran namun disangkal oleh Apple. Bahkan dikatakan memang Apple takut nak keluarkan benda alah ni - takut orang tak minat. Tapi setelah melihat sambutan yang hebat pada App Store, Apple sudah mula yakin iPod Touch saiz besar ni ada peminatnya tersendiri. 

Dan sekiranya betul berita ni, maknanya ia hanyalah netbook yang mampu 'run' application dari App Store dan mustahil utk 'run' application yg sama kita dok guna pada Mac.
Teruskan...

Steve Jobs makin tenat, sebab sebenar Macworld dibatal

Mengikut Gizmodo, sebab utama Macworld '09 adalah yg terakhir berpunca daripada kesihatan Steve Jobs yang makin teruk. Lebih teruk dari yg kita jangkakan...

Bagi Apple, penarikan diri dari Macworld dengan 'alasan2 ciptaan' adalah lebih baik kepada 'investors' dan jugak peminat Apple. Tanpa Macworld, maknanya tiada lagi keynote Steve Jobs, bermakna jugak kita akan boleh terima nanti pengumuman2 produk2 terbaru Apple tanpa Steve Jobs. Cara begini akan menyelamatkan Apple daripada kesan yg lebih buruk apabila 'berita buruk' tentang Steve Jobs tiba.

Namun, secara peribadi, gua tak pikir bagus utk rahsiakan hal kesihatan Steve Jobs kepada public. Walau apa pun, Apple sendiri tidak mahu memberi sebarang komen ketika dihubungi.
Teruskan...

Tuesday, December 30, 2008

Lagi cerita iPhone Nano



"iPhone Nano" telah didapati tersenarai pada website sebuah company pembuat casing yg agak famous, Vaja. Ia diletakkan bawah kategori 'upcoming' casing'. Siap kena register tu kalu nak beli... Ntahla, benda ni samada real atau vaja pon saja nak ambik kesempatan daripada rumor yg hebat diperkatakan...

Yang lebih menariknya, di Thailand sama Spain dah bersepah "iPhone Nano" di pasaran! Whadde..?!
Teruskan...

Monday, December 29, 2008

Kisah iPhone di Singapore... untuk panduan dan teladan.

Macam gua ada mentioned sebelum ni, kakak gua nak beli iPhone. Jadi dlm family trip ke Singapore kali ni dia mengambil kesempatan meng'ushar' iPhone di kota singa ni. Utk panduan semua, gua ceritakanlah apa yg berlaku dlm kisah kakak gua membeli iPhone di Singapore, dan sekiranya ada pengajaran, ambillah sebagai teladan.

Kakak gua pasang niat nak beli iPhone 3G 8GB. Dia dah ushar di KL (gua tak tau di mana), harganya RM2,600. So kalau ada harga yg kurang dari tu (S$1075) di sini, wajarlah beliau grab.

Hari pertama kitorang sampai, dah jumpa kedai jual iPhone. Jual kat tepi2 jalan Orchard Rd je. 8GB hanya S$799 (RM1,933) manakala 16GB S$1,199 (RM2,900). Tapi memandangkan kitorang ada 3 hari di sini, rileksla dulu kan. Banyak lagi tempat boleh ushar.

Hari kedua, di Lucky Plaza, bersepah iPhone dijual. Utk iPhone 8GB harga serendah S$650 (RM1,573) pun ada. Yang menariknya PSP Slim dijual dengan harga S$250 (RM605). Di Malaysia PSP Slim dijual pada harga RM700-RM800. Jadi tergedik2lah anak sedara gua nak PSP. Tapi esok masih ada...

Hari ni, hari ketiga. Kakak gua bersama abang ipar gua dan anak-anak mereka (gua tak join) meronda2 utk beli iPhone dan PSP.

Gua story kisah PSP dulu sikit. Diorang grab PSP Slim dgn harga S$250. Transaksi berlaku dengan kad kredit. Selesai sain resit, palatnya bermula... Cinapek tu kata PSP tu ori Japan spec, kena modify dulu baru bleh main pirated games. Mau modify kalu, lagi S$150!!! Whadde..? Sudah jadi S$400 (RM968)!!! Kakak gua melenting tak hingat punya. Nego punya nego, total sekali modified, jadila S$350 (RM847).

Memandangkan dah lewat (bas ke KL pkol 8pm), kakak gua dan anak2 gerak dulu ke hotel utk packing barang mengkala abang ipar gua terus dengan perjuangan utk dapatkan iPhone 8GB.

Abang ipar gua ke kedai yg offer paling murah yakni S$650 (RM1,573). Belakang itu unit kena pakai TurboSim punya. Tak mo la kan?! So yg tak pakai TurboSim (lain kedai), harganya S$699 (RM1,691). Okey la tu. Bila mau bayar saja, cinapek tu mintak passport sebab nak kena register. Monthly bil nanti pos rumah dlm S$80 sebulan, kontrak 2 tahun! Cilako! Nasib baik belum bayar...

Cari lagi lain kedai. Last sekali sangkutla jugak pada satu kedai yg jual dgn harga agak reasonable, S$800 (RM1,936). Memang fully unlocked. Dengan pantas (memang dah lewat gila dah), tarus dia beli dan shoot terus ke 'Hentian Bas Lavender'. Mamat tu sampai dlm pkol 8:10pm. Nasib baik driver bas tu baik hati nak tunggu.

Atas bas, dia tanya gua okey ke harga dia beli. Yelah dah save dlm RM600 lebih. Okla tu. Gua pegang iPhone dia... Gua geleng kepala... iPhone 8GB 1st Gen!!! Takde 3G punya!!! Memang sial cinapek tu!!!

Moralnya:

1) Dapatkan info secukupnya sebelum beli. 
2) Bertanya org yg tahu kalau tak tahu. 
3) Jangan beli dlm keadaan kelam kelibut.

Info tambahan:

iWorld jual fully unlocked iPhone 3G 8GB pada harga RM2,899 manakala 16GB RM3,099. Ini memang cara paling mudah dan selamat utk korang nak beli iPhone 3G di Malaysia setakat ni. Nak murah lagi, berani la ambik risiko!
Teruskan...

Akhirnya... Perut gua lega!

Setelah 2 hari tak makan nasi, akhirnya gua telah dipertemukan dengan satu gerai nasi campur. Yang marahnya gua, gerai tu hanyalah '3 mins walk' dari hotel gua! Aduss...!!

Lu bayangkan, apa saja lu mau semua ada. Bukan stakat nasi campur, bahkan nasi lemak, mee rebus, lontong, roti canai, pelbagai nasi goreng dan macam2 lagi. Breakfast, gua belasah makan nasi putih ayam goreng, sama kepah goreng pedas dan begedil. Puas hati!!! Kedai ni betol2 depan Holiday Inn kalau korang nak tau.

Sebab terlalu excited, gua tak teringat nak hambik gambar. Tapi puassss bro!
Teruskan...

Sunday, December 28, 2008

Kempunan nasi di Singapore!

Hari ni hari kedua gua di pulau singa ni. Semua orang tau perkara2 yg hebat di sini kan? Bersih, cantik. Jauh beza dgn kita di Malaysia. Yang kurangnya, makanan halal. Yer, KFC, McD, Secret Recipe memang halal, tapi nak makan nasi campur?! Haremm!!!

1st day gua sampai smlm, gua subuh dekat Masjid India simpang Muzafa Center. Jalan2 cari makan, jumpa mamak. Belasah roti canai. Nasi lemak, yellek!

Lepas layan FunVee Sightseeing sama DUKw Tour, perut gua meraung nak nasi dah… Cari kat Orchard Rd, jumpa satu food court kt basement Concorde Hotel. Org kasitau gua, setiap food court di S’pore ni wajib ada at least satu kedai halal. Memang ada! Tutup!!! Belasah la makan Fish ‘n Chips.

Malam, layan Night Safari. Tanya halal restaurant, dia tunjuk satu kedai. Ushar2 takde logo halal pun cuma tulis ‘No Pork, No Lard”. Heh, mana aci… Jalan mudah, McD la jawabnya.

Lapar pon janganla makan anak gua oi..!!!

Pagi ni breakfast makan megi. Then shoot ke Terminal 3, Changi Airport semata2 nak beli short glass Hard Rock CafĂ© (HRC) Changi Airport. Sekali sampai, HRC kat Transit Lounge. Tokleh la gua access. Cilako! Jauh tu gua datang! Marah punya hal, terus makan McD! 

Anak gua pon dah fedup makan McD. Tanda protes, dia makan Mr. Potato jek..!

Shoot ke city, lepak Esplanade dan sekitar. Dah lenguh kaki, balik hotel (di Orchard Rd).

Malam, saja gi Cathay Cineleisure ushar kedai Apple – Club 21 iShop. Hampeh! Best lagi Machines. Anak gua lapar, singgah KFC. Ondeway balik hotel gua jumpa satu food court. Saja lalu. Nampak ramai jugak Melayu. Ada yg bertudung pun. Sekali gua tgk menu situ, siap jual pork satay! Whadde..?! Takpelah…

Kesimpulannya… gua tak jumpa nasi lagi la setakat ni. Gua perut melayu sejati bro. Dalam 2 hari, at least kena hadam nasi jugak sekali. Tapi ini dah miss ni. Gua akan pastikan esok gua akan kena jugak nasi di bumi Singapore ni. Lu tengokla…
Teruskan...

Friday, December 26, 2008

Link 'iPhone 3G' di Apple Store Malaysia menghilang...

Sementara bersiap2 nak ke Singapore, gua layan 'surf' sekejap. Memandangkan kakak gua ada sebut nak beli iPhone 3G di Singapore esok, gua cakapla iPhone 3G nak sampai dah Malaysia. So, utk 'double check', gua try masuk web Apple Store Malaysia lagi sekali. Hampeh! Link yg gua ceritakan dua hari lepas dah hilang...!

Tapi gua still yakin, Apple tgh testing kot...
Teruskan...

The Best iPhone/iPod Touch Games 2008


Sempena 2008 nak berlalu pergi... dengan suka dan cita nya gua nak senaraikan games iPhone dan iPod Touch yg terbaeekk utk tahun ini. Memandangkan gua hanyalah social-gamer, jadi takut korang mempertikaikan kredibiliti gua utk men'judge' game mana yg layak, gua telah mengambil 4 site ni sebagai rujukan (TouchArcade, Gizmodo, PocketGamer, Maceinstein).

Senarai berikut bukanlah mengikut kedudukan ranking carta...

Okey, dari carta di atas, gua dengan menggunakan teknologi 'cross-matching' tercanggih (gambar kanan)... dibantu pulak pengalaman dan pengamatan gua sendiri, maka dengan bangganya gua membawakan "10 Games Terbaekk 2008 utk iPhone/iPod Touch".





Sapa tak tau game ni, kan?! Adik laki gua yg tak main game pn beli game ni. Game ni kira level abang jugakla lepas Tetris (tak tersenarai pun!). Kalau lu suka game ni pada skrin besar (monitor), lu pasti suka jugak pada iPhone. (tapi gua tak beli pun!)


Real Soccer 2009 adalah antara game yg terawal memikat gua melekat pada iPhone. Kena pulak sekarang dah support multiplayer guna wi-fi. Gameplay yg agak 'smooth'. Pergerakkan player pun cun, cuma potong stim sebab takde auto-save. Tengah main, tengah leading, mak lu call... kang nanti lu kena start balik! Tapi still best woo...!


Game yg gua tak berapa minat tapi kebanyakkan org suka. Terbahagi kepada 3 bahagian, game yg mengaplikasikan kawalan menggunakan touchscreen dan accelerometer ini, dikatakan 'the best puzzle-platform game'.


Memandangkan 'Need For Speed' belum keluar lagi pada iPhone, game inilah yg paling seronok, paling cun grafiknya, paling gempak trailernya. Gameplay-nya, well.. kalau lu slalu prektis main gua rasa ok kot. Cuma gua selepas berbulan2 gua beli game ni, sampai ke hari ni tak power2 pon.


Dikatakan "the most impressive games for the iPhone". Gua tak beli pun lagi. Korang sebagai 'spartans', membunuh musuh2 dalam suasana 3D. Menggunakan 'tapping' utk pergerakan, dikatakan memberi kepuasan 'hampir' kepada permainan konsol (iye ke..?)


Satu lagi game yg gua tak beli tapi orang kata best. Katanya grafik yg menarik, gameplay yg stabil ditambah lagi dengan kepelbagaian musuh dan senjata menjadikan game ni pilihan ramai. Potongnya sebab xde multiplayer je...


Galcon, sebuah 'strategy game' yg pantas. Tak perlu spend berjam2 main game ni. 5 min habis. Korang kena takluki kesemua planet yg ada. Kalah? Main lagi... Cepat tapi tak bosan. Kena pulak ada multiplayer.. fuh!


Trism sebuah game ala-ala bejeweled la jugak. Susun2.. meletup, susun2.. meletup. Tak tau la apa yg org suka sgt game jenis ni. Gua ada beli jugak, tapi bini gua je dok main. Agak boleh ketagih la jugak.


Rolando adalah game yg dinantikan ramai (semenjak di'preview' oleh TouchArcade). Game ni adalah satu2nya game yg dicipta khusus utk iPhone. Makna kata, PSP ka, Nintendo DS ka, jgn mimpi nak ada game ni sebab memang tokleh! Selain grafik yg 'catchy', gameplay-nya dikatakan cukup gebu(?)... hmmm... laparla pulak!


Ini memang abang!!! Game yg nampak simple tapi gua cakap lu... sekali lu terjebak, sejam kemdian la lu brenti! Itu pun kalu lu brenti!! Dah brenti, silap2 main balik, sejam pulak!!! Serius bro, game paling ketagih pernah gua main dan gua cukup syorkan kepada penagih2 syabu utk bertukar kepada game ni! Memang layak dok di tangga #1. Beli, jangan tak beli!

So, itulah dia game yg terbaik utk tahun ni. Tahun depan kita akan menyaksikan pulak game2 yg hebat seperti Need For Speed, Metal Gear Solid, dan lain2... Selamat! Gua nak balik rumah, nak pack baju gi Singapore!

Teruskan...

Thursday, December 25, 2008

Meri Krismes...!




Okay, utk elak salah faham... gua explain macamana gambar atas ni ter'bikin'.
Menggunakan app "Oldbooth" (gambar kiri), semua 'mask' telah diberi. Pilih saja jantan betina gendernya, pilih pulak gambar yg nak di'impose'kan, walla.. semudah itu! Dan secara spesifik utk gambar di atas, gua telah guna mask berikut:



+

maka dalam masa kurang dari seminit, terhasillah gambar tersebut. 

So senang cerita, memang gambar tu tak real, just enjoy the pic and move on!!! 
Teruskan...

Wednesday, December 24, 2008

iPhone 3G nak sampai Malaysia dah???

Sedang gua dok 'menyelam' web itu ini, tergerak nak tengok Apple Store Malaysia. Tiba2 gua tergamam... Ada link 'Shop iPhone'. iPhone? Whadde...?!!!


Dengan gelojohnya, gua tarus klik, apa jadi...?

Dengan tanpa segan silu dan tak bersalah, terpampang gambar iPhone 3G dengan button 'learn more' nya sekali. Dengan rasa teruja gua terus klik 'learn more' like i've never learn before!!!


Masih memberi harapan. Segala feature iPhone 3G tersenarai. Best ni.. best ni.. Kemudian gua klik button 'Find a store'...

Dan.. membawa ke website apple.asia yg sememangnya Malaysia tak tersenarai pun dlm list. Hatiku luluh... Hampagasss!!! Jap, so apa maknanya yer? Dah ondeway ke...? Silap ke..? Ke macamana lu rasa..?
Teruskan...

iPhone Nano, for real?

Baru minggu lepas gua gelakkan rumor yg mengatakan iPhone Nano akan diumumkan pada Macworld nanti. Tup-tup satu demi satu bukti kebenaran cerita tu kuar. Nasib baik gua dlm gelak, masih percaya 'possiblity' benda tu betul masih ada (cover line..!!!).


XSKN, pembuat casing iPhone telah melabelkan "iPhone Nano" pada satu segmen di website diorg. Dulu pun sama, masa sebelum kuar iPhone 3G, dan masa belum kuar iPod Nano (4th Gen), benda2 mcm gini jadi dan hasilnya, memang tepat lagi jitu kedua2nya keluar seperti diskripsi diorg. Mungkinkah...?


Macrumors pula telah siarkan sekeping gambar yg dihantar oleh ntah sapa2 claim kata inilah gambar konsep iPhone Nano. Hmm... ye lah, gambar konsep, sapa2 bleh bikin (termasukla adik ipar gua kan?). So bukti ni takde kredibiliti. Hehe.. tapi lawa jugak siut...


Dan terkini, XSKN dengan tenang memaparkan gambar casing utk iPhone Nano tersebut. Utk makluman semua, berita pertama tentang iPhone Nano ni walaupon datangnya dari XSKN tapi bukan diorg yg war2 kan pada masyarakat. iDealChina yg bikin kecoh. Berita yg kedua pon (pasal labelling pada site tu) bukan diorg kecoh, cuma org yg selongkar jumpa. So, inilah pertama kali XSKN mngeluarkan imej iPhone Nano tersebut.

Akantare, berita yg lebih baru (baru je kejap dpt nih!), ada beberapa plan asal Apple utk Macworld ditangguhkan. Oleh itu, sekiranya benar iPhone Nano ni dalam pembikinan sekali pun, besar kemungkinan kita tak dapat saksikan di Macworld nanti. Muahaha... Buang karan btol!
Teruskan...

iMac baru tumpang sekaki

Macworld San Francisco pada Januari 09 depan akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran 'line-up' iMac yang dipertingkatkan (fuh, bahasa!). Bukan sekadar pengisytiharan akan berlaku, bahkan pengedarannya jua dijangka akan bermula seawal Januari depan.

Berita ini membenarkan rumor yg bertiup mengatakan iMac akan dilengkapi dengan graphic card NVIDIA chipset baru, sebelum ini. Semestinya processornya juga akan dipertingkatkan dan menjanjikan 'performance' yang lebih mengagumkan bila digandingkan dengan kehebatan 'Snow Leopard' nanti. Iyola tu..!
Teruskan...

Tuesday, December 23, 2008

Metal Gear Solid & Gang untuk iPhone?!


Whalawei... Konami sudah buat pengisytiharan yg diorg akan kuarkan koleksi games2 gempak diorg utk iPhone. Yang pasti, Spring 2009 nanti akan kuar Metal Gear Solid (MGS). Dan games2 lain seperti DanceDanceRevolution S Lite (DDR), Silent Hill: The Escape dan jugak Frogger tgh dalam pembikinan!

Cuma sedikit musykilnya, macam MGS, besar manakah failnya nanti yer? DDR pulak nampaknya jari je la yg menari. Tak sabar jugak gua nak tengok macamana games2 yg sememangnya perlukan banyak 'buttons' secara konvensionalnya ni, akan di'simplify'kan pada iPhone. Apa-apa pun, senarai ini gua rasa cukup buat PSP dan jugak Nintendo DS resah gelisah. Mana taknya, gua yakin dengan kemunculan banyak lagi games2 gempak dari big names dev ni, iPhone memang bleh mendominasikan segmen 'handheld game console'.
Teruskan...

Mac Mini baru. Tipoooo...!!!

Inilah gambar Mac Mini baru yg tengah hebat berlegaran di dunia web. Takyah cakap banyakla... gambar ni tipu. Adik ipar gua pun boleh bikin gambar cenggini guna Photoshop. Cuma dia malas nak buat je sebab mak mertua gua tak kasi.

Memangla rumor ada mengatakan Mac Mini akan kuar yg baru pada Macworld Januari depan, tapi gua tak pikir rupa parasnya bertukar sangat. Isi dalam sama port2 nya je. Ada jugak yg kata Mac Mini baru ni akan guna body aluminium jugak. Impossible bro... sebab Apple kena maintain harga Mac Mini yg murah, so takde kerja nak ber'unibody' ke apa. Lagi katanya, mungkin akan guna MagSafe macam laptop2 yg lain, lagila hilang akal sebab Mac Mini takde bateri, kalu ter'pop' power tak ke padam semua?!!
Teruskan...

iBoobs! Soheh tak lepas!!!


Hahaha! Mana punya iPhone Apps Developer ntah sudah bikin ini app. iBoobs namanya. Sudah submit ke Apple, dan... memang tak lepas!!! Hahaha... Hayun!!! Mungkin kalu Apple adakan kategori NSFW, bleyla cuba apply balik. Damit.. takde kerja btol!

Tapi katanya utk jailbreak verson ada dah. Haa.. Mula la tu nak jailbreak iPhone korang! Takde benda yg best pon. Goyang2 je...
Teruskan...

Machines @ One Utama

Machines (Apple Premium Reseller) telah buka satu lagi cawangannya di One Utama, PJ. Besarnya bleh tahan - 3,068 sq.ft. Terletak di tingkat 2, Old Wing (One Utama yg asal dulu tu...). Cekidoutlah... 
Nampak macam best! Tapi sama je mcm reseller lain. Barang2 yg sama, accessories yg sama... Bila la agaknya official Apple Store nak bukak kat Malaysia kan?
Teruskan...

Flash untuk Jailbroken iPhone

Bila surf internet guna Safari pada iPhone, site2 yg ada flash video semestinya gagal dimainkan. Sebabnya memang belum ada Flash App untuk iPhone. Sehinggalah hari ini. Namanya iMobileCinema dan bersedia untuk berkhidmat pada iPhone yg dah di'jailbreak'.

Buka Cydia, tambah sources d.imobilecinema.com, tarus iMobileCinema sedia utk di'download'. Gua blom try tapi katanya memang berfungsi elok la app ni. Gua pn tak berani cakap samada stabil atau tidak menatang alah ni. So, cubalah kalau berani, er.. dan bagitau gua 'outcome'nya.
Teruskan...

Wazabee 3DeeShell '3D'kan iPhone korang!

Wazabee akan memperkenalkan beberapa produk 'autostereoscopic' di Macworld yang akan meng'3D'kan LCD biasa, termasuk iPhone - tanpa menggunakan spek 3D bodo itu. 

Namanya 3DeeShell. Rupanya macam housing iPhone biasa (cuma lebih hodoh). Skrinnya ada lens '3D' yg clear, dan dikatakan bleh taruk tepi bila tak nak pakai (cemana tuh?). Untuk menikmati imej2 2D ke 3D, diorg sediakan 3 software; 3DeeVUsion, 3Dee!oadr dan 3DeeCamera.

- 3DeeVUsion lebih kepada pengguna iPod Touch utk view dan create 3D content.
- Aplikasi web 3Dee!oadr pulak bagi lu access lebih dari 500k imej 3D (melalui Yahoo Flickr). Makna kata, korang blehla jugak kalau nak upload imej 3D korang sendiri.
- 3DeeCamera, macam namanya, bley kasi gambar lu 3D walau guna camera 2D iPhone lu tu.

Bukan stakat tu je, company ni jugak dikatakan akan kuarkan produk yg lebih kuang sama macam ni utk laptop 13.3" dan jugak satu monitor 3D 19" di Macworld nanti. Giler!
Teruskan...

Monday, December 22, 2008

iPhone 3G unlocked software... Akhirnya!!!

Ini berita paling gembira buat pengguna iPhone 3G yg selama ni dok guna Sim Proxy (TurboSim atau yg seangkatan dengannya)... Tahun baru nanti (New Year's eve di US), Dev Team akan keluarkan software utk unlock iPhone 3G korang (yg terlibat). Gua tunggu lama gila dol software ni. Ingatkan diorg dah give up, tapi ternyata semangat diorg kental walau buat kerja tanpa upah! Software ni adalah utk iPhone 3G yg menggunakan baseband 2.11.07. Maknanya sapa yg baru beli iPhone 3G selepas era firmware 2.1 keluar takleh unlock lagi la (tapi still ada cara - downgrade baseband). Macamana nak cek baseband tu? Pegi pada Settings ->General ->About ->Modem Firmware. Dah cek? Lepas? Ok, kita sambung... Oh, dan satu lagi, hanya iPhone yg dah di'jailbrake' saja yg boleh di'unlock'. Software ni memang dah siap. Siap ada demo lagi. Cekidout...



Cuma skang ni diorg tgh package kan software tu supaya senang kita nak guna. Dikatakan, software ni boleh di'download' di Cydia. So tak timbul issue samada guna PC atau Mac. Terus je dari iPhone korang. Tak sabar dolll!!! Yer... iPhone gua guna TurboSim!!! Tgh counting down nih...
Teruskan...

Steve Jobs, Macworld dan rumors-nya

Banyak kejadian berlaku dlm dunia Apple sepanjang minggu lepas. Hari ni gua akan cuba ceritakan semuanya secara ringkas...

Steve Jobs
Dikatakan brader Jobs tak akan muncul utk keynote di Macworld '09 nanti. Ia akan diganti oleh Phil Schiller. Ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi tentang kesihatan Jobs dan kemungkinan yg brader tu akan bersara terus dari Apple. Atau ada juga kata sebab takde barang yg best pun utk di'announce' di Macworld nanti. Tidak ada apa2 statement dari Apple setakat ni kenapa pertukaran tu berlaku kecuali atas sebab... yela... sapa2 pun boleh present apa?!

Macworld
Untuk makluman semua, Macworld '09 adalah Macworld terakhir yg akan disertai Apple. Macworld lepas2 ni (kalau ada lg pun), akan sepi dengan berita2 dan produk2 terkini Apple. Pihak Apple menganggap Macworld bukan lagi platform yg memberi impak besar pada mereka memandangkan Apple boleh terus mendekati pengguna terus melalui website dan jugak rangkaian Apple Store mereka seluruh dunia. Keynote dan juga pelancaran produk Apple lepas2 ni boleh diikuti melalui video di web mereka. Bahkan, sebelum2 ni pun Apple dah banyak tarik diri dari expo2 seangkatan dengannya (contoh: NAB, Macworld Tokyo, AppleExpo di Paris (terus cancel expo tu gua cakap lu!) dan Summer Macworld di New York/Boston). 

Rumors Macworld '09
Apa pun berlaku, rumors tentang produk yg akan keluar di Macworld '09 tak pernah pudar. Setakat ni kita dah dengar tentang kemungkinan akan kuar 'Snow Leopard' dan iPhone Nano (lawak btol!!!). Terbaru (cerita minggu lepas la ni), Mac Mini dikatakan akan diberi nafas baru. Ala.. mungkin ditambah dengan segala feature yg ada pada MacBook baru. Graphic Card baru, Display port baru.. cenggitu la kot. Tapi ada jugak cakap kemungkinan akan di'combine'kan Mac Mini dengan Apple TV. Ha.. itu menarik. Kena pulak tambah DVR kan?! Dan dikhabarkan juga, Phil akan umumkan Apple Netbook pertama... 

Itu gambaran dari Gizmodo je. Jangan la amik serius sgt. Hehe.. Tapi gua musykil dgn rumor ni sebab baru je masa pelancaran MacBook Aluminium lepas, Steve Jobs kata Apple masih tak berminat lagi buat Netbook. Ahh.. Diorg ni bukan bley pakai sgt... 
Teruskan...

Tuesday, December 16, 2008

Mac OSX 10.5.6 halang Pwnage, Jailbreak

Hmm.. Gua baru je suruh korang download OSX Update 10.5.6, belakang tak semua akan gumbira dengan updates itu. Update terbaru ini dengan bangganya menghalang segala aktiviti PwnageTool dan QuickPwn. Maknanya korang takleh lagi jailbreak kan iPhone korang lepas update.

Gua yakin, brader2 Dev Team akan atasi masalah ni tapi kena tunggu la sikit. Kali ni approach berbeza sket digunakan Apple. Selama ni Apple hanya modify coding pada iPhone/iPod Touch firmware je, tapi kali ni hambikk... pada OSX tu sendiri. Sapa2 nak jailbreak jugak, nampaknya samada guna Windows (pertama kalinya gua promo Windows!!!) atau toksah update lagi Mac korang!
Teruskan...

iPhone Nano? Keh.. keh..!


Dulu, sebelum iPhone 3G kuar, satu company buat casing dari China, XSKN telah kuarkan bentuk casing curve yg end up nya memang betul bentuk iPhone 3G. Pastu sekarang, dia kuarkan pulak casing utk iPhone Nano! Bleh caya ke? Sekali bleh la....

iDealsChina.com beria2 kata ini cerita betul. Saiz tinggi dia sama dgn iPod Nano baru, tapi lebih lebar. Bentuk kontur yg sama dengan iPhone 3G, ada 3 sensor, ada camera, mirror screen, tapi xde 3G.

Katanya lagi, iPhone Nano ni akan dilancarkan pada Macworld 2009 Januari depan.
 
Gizmodo memang cukup ragu2 dgn cerita ni dengan alasan, Apple takkan la desperate sgt nak third party casing ni kuar pada hari launching sampai sanggup ambik risiko rahsia product ni terbocor. Takkan tak belajar2 lg dari kes iPhone 3G dan iPod Nano sebelum2 ni?! Dan antara alasan2 lain, saiz screen iPhone Nano ni takkan compatible dgn segala apps di Apps Store. Hmm... Logik tuhh..

Yang menariknya, satu mamat dari Puchong (tidak mahu dikenali) claim kata dia dah pegang, sentuh dan main dgn iPhone Nano buatan China ni di KL PC Fair baru2 ni. Mamat yg jual benda alah ni bleh kata benda ni 'ori' dari Apple. Lawak btol!!!

Pada gua plak, tak pelik pun kalau Apple btol2 kuarkan benda alah ni. Saiz kecik + xde 3G = Bateri tahan lebih lama beb! Kena pulak skrg ni takde rumors yg menarik utk Macworld 2009. So, seronok jugak kalau dah start berita2 mcm ni, kan?!
Teruskan...

OSX Update 10.5.6 muncul!!! Mungkin yang terakhir?

Klik Software Update hari ini... Mac OS X Update 10.5.6 akan muncul dlm senarai. Downloadlah... Banyak perkara yg di'update'. Bacalah sendiri senarainya di sini. Antara yg menariknya adalah...

MobileMe: Contacs, calendars dan bookmarks pada Mac akan di'sync' secara otomatik dlm masa seminit bila perubahan dibuat pada device2 lain (cth iPhone), atau pada web me.com.

Time Machine: Isu yg slalu jadi kat opis gua iaitu Time Machine kata "... backup volume could not be found" telah di'fix'kan. 

Dan banyak lagi. 

Melihatkan punya banyak isu yang di'fix'kan kali ni, buatkan gua rasa mungkin ini update yg terakhir untuk Leopard sebelum keluar Snow Leopard. Stuju?
Teruskan...

Friday, December 12, 2008

iTunes Store mana idaman kalbu?

Apple telah sediakan hampir setiap negara dengan iTunes Store mereka sendiri termasuklah Malaysia. iTunes Store Malaysia buat masa ini hanyalah menyediakan 'applications' utk dibeli - menjadikan ia lebih dikenali sebagai iTunes Apps Store. Tiada podcast, tv shows, movies ataupun lagu boleh dibeli disitu. Namun, bukan iTunes Store Malaysia saja yg bernasib begini, bahkan hampir semua iTunes Store selain iTunes Store US, Canada, UK, France, Australia, Japan, adalah senasib dengan kita. Kalau adapun movies dan lagu semua tu, sapa sangat nak beli memandangkan rakyat Malaysia lebih gemar download free 'digital contents' menggunakan 'torent'. Cuma untuk pengguna iPod Touch (jugak iPhone), Apps Store adalah satu2nya sumber utk download 'applications' ke device mereka - itupun pilihan masih ada bg yg telah meng'jailbreak'kan iPod Touch (atau iPhone) diorg.

iTunes Store yang terhebat berbanding mana2 negara yg gua sebut kat atas, adalah iTunes Store US (mestilah kan...?!). Kenapa, sebagai contoh, iTunes Store Canada dan UK - tv shows dan movies diorg tak terkini, France - takde movie dan tv show pon, Australia - kebanyakkan lagu local (Aussie) je. Macam2mana pon, iTunes Store US jugakla yg 'abang'..!!!

Gua dah cakap, Malaysian kebanyakkannya tak ambik port pun pasal tv shows, movies dan lagu2 yang berbayar ni. Kita bleh dapat FREE je! Kita suka benda FREE! Haaa... Itu pasal la gua nak terus bercerita...

Di iTunes Store US, selain 'contents' yg berbayar, banyak jugak benda2 free. Free dan yg pastinya berkualiti (benda legit, mustila kan?!). Pilot TV shows terbaru selalunya diberi percuma. Silap2 in HD lagi! Lagu2 pun ada, begitu jugak dgn music video. Suka dak..??? Tapi seperti iTunes Store kita, iTunes Store US jugak memerlukan korg utk bukak account. Ya, walaupon tak berniat nak membeli (nak sakau yg free saja pn). Account yg khusus utk iTunes Store US, makna kata, korg takleh guna account iTunes Store Malaysia utk ber'window shopping' di iTunes Store US. Bolehke kita bukak account tu? Jawapannya TAK BOLEH secara 'legal'nya. Tapi MALAYSIA tetap BOLEH punya...

Untuk membuka account iTunes Store US, korang MESTI ada:
1) Alamat surat menyurat US.
2) Credit Card yg dikeluarkan di US, atau
3) Verified US PayPal account, atau
4) US iTunes Gift Card

Perkara "1)" tak ada masalah, boleh bikin. Perkara "2)" cukup bermasalah, so abaikan. Perkara "3)" sebenarnya sama kes dgn perkara "2)" sebab utk bukak PayPal US, takde masalah. Cuma utk diorg verify tu perlukan jugak Credit Card yg dikeluarkan di US. So, abaikan jugak. The only hope yg ada, perkara "4)" iaitu US iTunes Gift Card. Menatang ni adalah prepaid card utk korg bershopping di Store itu. Semestinya hanya dijual di US. Nak dapatkannya boleyla kirim kat sedara mara ke sapa2 di US, poskan kepada korg. Ebay dan Amazon pn ada jual. Ataupon, cara lagi senang, beli di GeraiEpal yg akan dibuka tidak lama lagi.

US iTunes Gift Card ni pulak ada beberapa harga - dari US$10 hingga US$200. Bolehla gunakan nilai yg ada dlm kad tu utk beli segala benda di US iTunes Store tu. Habis, boleh top-up. Ops.. bg yg nak kad tu hanya utk bukak account, belilah yg nilai terendah - US$10.

Menggunakan US iTunes Gift Card ni jugak ada kelebihannya. GeraiEpal yg akan beroperasi tak lama lagi sebagai contoh, dikatakan akan menjual kad US$50 pada harga RM150 sahaja. Menjadikan US$1 bersamaan hanya RM3. Ebay dan Amazon yg terkenal dgn barangan murah, juga menjual kad ini lebih rendah dari nilai kad. Maknanya korg bleh beli lagu2, tv shows, applications, dan segala bapak yg ada dengan kadar yg lebih rendah. Malah lebih rendah daripada korg beli applications utk iPod Touch di iTunes Store Malaysia!!! Menariks?

iTunes Store Malaysia guna US currency. Satu application yg berharga $0.99 bersamaan dengan RM3.53 (rate hari ni). Dengan US iTunes Gift Card (yg dibeli di GeraiEpal la contoh senang), harganya baru jadi RM2.97. Satu 'app' korg jimat RM0.56. Kalau 10 'apps', dah berapa?!

Yg lain, menariknya iTunes Store US adalah TV shows nya yg terkini! Dlm masa 3-4 jam selepas ditayangkan di TV US, muncullah ia dlm iTunes tu. 'Lost' season 5 akan tiba Januari nanti, TV8 baru start tayang season 4 minggu lepas. Heroes, Prison Break, House, The Office... lu name it, semua ada bro!!! Cuma, bare in mind, perbuatan ni salah di sisi Apple (sbb korang dok luar US!). Alah... iPhone korang pon illegal, pakai jugak. Nak best lagi, yg korang dok download guna 'torent' tu legal?! Heh!

Apapapun, gua cerita ni lebih kepada pengguna iPod Touch dan iPhone di Malaysia. Yang lain gua tau, pakai 'limewire' jugak heaven!
Teruskan...

Wednesday, December 10, 2008

iPhone apps output ke TV!!!

Ini best! Dalam minggu lepas, ada satu company, Ars Technica telah berjaya output kan gambar anak panah dari iPhone (mengikut arah kedudukan iPhone) ke TV. Maksudnya bila iPhone tala ke kiri, 'arrow' kat TV tu tunjuk kiri dan begitu jugakla kanan, atas, bawah. Takde pengubahsuaian hebat mana pun dibuat pada iPhone memandangkan 'coding' pada iPhone SDK 2.2 memang membenarkan benda tu berlaku cuma utk masa sekarang, perlu la 'tweak' sikit sana sini. Mungkin Apple memang plan akan 'support' TV output utk semua apps dia lepas2 ni.

Ya, memang selama ini pun dah dijual TV output cable utk iPod dan iPhone tapi jangan salah faham, cable tu hanyalah utk 'output'kan video sahaja ke TV. Jadi mungkin jugak korang tertanya2 apa sangatla bestnya bila boleh ber'facebook' di TV? Bukan itu yg gua bestkan... bayangkan bila main games...Utk memudahkan korang bayangkan, Ars Technica jugak sudah suruh Freeverse cuba tambah function ni pada game Moto Chaser dan inilah hasilnya...



Menarikss? Walaupon utk TV output ni, 'framerates'nya hanyalah 20 frames per second (asalnya 26fps pada iPhone), tapi Freeverse yakin boleh 'up'kan lagi di masa akan datang memandangkan utk testing ni diorg hanya spent dlm beberapa jam je. Tak pasti bila Apple akan benarkan function ni diguna pada semua apps secara official, ataupon memang takkan kasi guna (bukan buleh kira Steve Jobs ni)!!
Teruskan...