Wednesday, December 24, 2008

iPhone Nano, for real?

Baru minggu lepas gua gelakkan rumor yg mengatakan iPhone Nano akan diumumkan pada Macworld nanti. Tup-tup satu demi satu bukti kebenaran cerita tu kuar. Nasib baik gua dlm gelak, masih percaya 'possiblity' benda tu betul masih ada (cover line..!!!).


XSKN, pembuat casing iPhone telah melabelkan "iPhone Nano" pada satu segmen di website diorg. Dulu pun sama, masa sebelum kuar iPhone 3G, dan masa belum kuar iPod Nano (4th Gen), benda2 mcm gini jadi dan hasilnya, memang tepat lagi jitu kedua2nya keluar seperti diskripsi diorg. Mungkinkah...?


Macrumors pula telah siarkan sekeping gambar yg dihantar oleh ntah sapa2 claim kata inilah gambar konsep iPhone Nano. Hmm... ye lah, gambar konsep, sapa2 bleh bikin (termasukla adik ipar gua kan?). So bukti ni takde kredibiliti. Hehe.. tapi lawa jugak siut...


Dan terkini, XSKN dengan tenang memaparkan gambar casing utk iPhone Nano tersebut. Utk makluman semua, berita pertama tentang iPhone Nano ni walaupon datangnya dari XSKN tapi bukan diorg yg war2 kan pada masyarakat. iDealChina yg bikin kecoh. Berita yg kedua pon (pasal labelling pada site tu) bukan diorg kecoh, cuma org yg selongkar jumpa. So, inilah pertama kali XSKN mngeluarkan imej iPhone Nano tersebut.

Akantare, berita yg lebih baru (baru je kejap dpt nih!), ada beberapa plan asal Apple utk Macworld ditangguhkan. Oleh itu, sekiranya benar iPhone Nano ni dalam pembikinan sekali pun, besar kemungkinan kita tak dapat saksikan di Macworld nanti. Muahaha... Buang karan btol!

No comments:

Post a Comment