Sempena 2008 nak berlalu pergi... dengan suka dan cita nya gua nak senaraikan games iPhone dan iPod Touch yg terbaeekk utk tahun ini. Memandangkan gua hanyalah social-gamer, jadi takut korang mempertikaikan kredibiliti gua utk men'judge' game mana yg layak, gua telah mengambil 4 site ni sebagai rujukan (
).
Senarai berikut bukanlah mengikut kedudukan ranking carta...

Okey, dari carta di atas, gua dengan menggunakan teknologi 'cross-matching' tercanggih (gambar kanan)... dibantu pulak pengalaman dan pengamatan gua sendiri, maka dengan bangganya gua membawakan "10 Games Terbaekk 2008 utk iPhone/iPod Touch".
Sapa tak tau game ni, kan?! Adik laki gua yg tak main game pn beli game ni. Game ni kira level abang jugakla lepas Tetris (tak tersenarai pun!). Kalau lu suka game ni pada skrin besar (monitor), lu pasti suka jugak pada iPhone. (tapi gua tak beli pun!)
Real Soccer 2009 adalah antara game yg terawal memikat gua melekat pada iPhone. Kena pulak sekarang dah support multiplayer guna wi-fi. Gameplay yg agak 'smooth'. Pergerakkan player pun cun, cuma potong stim sebab takde auto-save. Tengah main, tengah leading, mak lu call... kang nanti lu kena start balik! Tapi still best woo...!
Game yg gua tak berapa minat tapi kebanyakkan org suka. Terbahagi kepada 3 bahagian, game yg mengaplikasikan kawalan menggunakan touchscreen dan accelerometer ini, dikatakan 'the best puzzle-platform game'.

Memandangkan 'Need For Speed' belum keluar lagi pada iPhone, game inilah yg paling seronok, paling cun grafiknya, paling gempak trailernya. Gameplay-nya, well.. kalau lu slalu prektis main gua rasa ok kot. Cuma gua selepas berbulan2 gua beli game ni, sampai ke hari ni tak power2 pon.
Dikatakan "the most impressive games for the iPhone". Gua tak beli pun lagi. Korang sebagai 'spartans', membunuh musuh2 dalam suasana 3D. Menggunakan 'tapping' utk pergerakan, dikatakan memberi kepuasan 'hampir' kepada permainan konsol (iye ke..?)
Satu lagi game yg gua tak beli tapi orang kata best. Katanya grafik yg menarik, gameplay yg stabil ditambah lagi dengan kepelbagaian musuh dan senjata menjadikan game ni pilihan ramai. Potongnya sebab xde multiplayer je...
Galcon, sebuah 'strategy game' yg pantas. Tak perlu spend berjam2 main game ni. 5 min habis. Korang kena takluki kesemua planet yg ada. Kalah? Main lagi... Cepat tapi tak bosan. Kena pulak ada multiplayer.. fuh!
Trism sebuah game ala-ala bejeweled la jugak. Susun2.. meletup, susun2.. meletup. Tak tau la apa yg org suka sgt game jenis ni. Gua ada beli jugak, tapi bini gua je dok main. Agak boleh ketagih la jugak.

Rolando adalah game yg dinantikan ramai (semenjak di'preview' oleh TouchArcade). Game ni adalah satu2nya game yg dicipta khusus utk iPhone. Makna kata, PSP ka, Nintendo DS ka, jgn mimpi nak ada game ni sebab memang tokleh! Selain grafik yg 'catchy', gameplay-nya dikatakan cukup gebu(?)... hmmm... laparla pulak!
Ini memang abang!!! Game yg nampak simple tapi gua cakap lu... sekali lu terjebak, sejam kemdian la lu brenti! Itu pun kalu lu brenti!! Dah brenti, silap2 main balik, sejam pulak!!! Serius bro, game paling ketagih pernah gua main dan gua cukup syorkan kepada penagih2 syabu utk bertukar kepada game ni! Memang layak dok di tangga #1. Beli, jangan tak beli!
So, itulah dia game yg terbaik utk tahun ni. Tahun depan kita akan menyaksikan pulak game2 yg hebat seperti Need For Speed, Metal Gear Solid, dan lain2... Selamat! Gua nak balik rumah, nak pack baju gi Singapore!
No comments:
Post a Comment