iTunes Store yang terhebat berbanding mana2 negara yg gua sebut kat atas, adalah iTunes Store US (mestilah kan...?!). Kenapa, sebagai contoh, iTunes Store Canada dan UK - tv shows dan movies diorg tak terkini, France - takde movie dan tv show pon, Australia - kebanyakkan lagu local (Aussie) je. Macam2mana pon, iTunes Store US jugakla yg 'abang'..!!!
Gua dah cakap, Malaysian kebanyakkannya tak ambik port pun pasal tv shows, movies dan lagu2 yang berbayar ni. Kita bleh dapat FREE je! Kita suka benda FREE! Haaa... Itu pasal la gua nak terus bercerita...
Di iTunes Store US, selain 'contents' yg berbayar, banyak jugak benda2 free. Free dan yg pastinya berkualiti (benda legit, mustila kan?!). Pilot TV shows terbaru selalunya diberi percuma. Silap2 in HD lagi! Lagu2 pun ada, begitu jugak dgn music video. Suka dak..??? Tapi seperti iTunes Store kita, iTunes Store US jugak memerlukan korg utk bukak account. Ya, walaupon tak berniat nak membeli (nak sakau yg free saja pn). Account yg khusus utk iTunes Store US, makna kata, korg takleh guna account iTunes Store Malaysia utk ber'window shopping' di iTunes Store US. Bolehke kita bukak account tu? Jawapannya TAK BOLEH secara 'legal'nya. Tapi MALAYSIA tetap BOLEH punya...
Untuk membuka account iTunes Store US, korang MESTI ada:
1) Alamat surat menyurat US.
2) Credit Card yg dikeluarkan di US, atau
3) Verified US PayPal account, atau
4) US iTunes Gift Card
Perkara "1)" tak ada masalah, boleh bikin. Perkara "2)" cukup bermasalah, so abaikan. Perkara "3)" sebenarnya sama kes dgn perkara "2)" sebab utk bukak PayPal US, takde masalah. Cuma utk diorg verify tu perlukan jugak Credit Card yg dikeluarkan di US. So, abaikan jugak. The only hope yg ada, perkara "4)" iaitu US iTunes Gift Card. Menatang ni adalah prepaid card utk korg bershopping di Store itu. Semestinya hanya dijual di US. Nak dapatkannya boleyla kirim kat sedara mara ke sapa2 di US, poskan kepada korg. Ebay dan Amazon pn ada jual. Ataupon, cara lagi senang, beli di GeraiEpal yg akan dibuka tidak lama lagi.
US iTunes Gift Card ni pulak ada beberapa harga - dari US$10 hingga US$200. Bolehla gunakan nilai yg ada dlm kad tu utk beli segala benda di US iTunes Store tu. Habis, boleh top-up. Ops.. bg yg nak kad tu hanya utk bukak account, belilah yg nilai terendah - US$10.
Menggunakan US iTunes Gift Card ni jugak ada kelebihannya. GeraiEpal yg akan beroperasi tak lama lagi sebagai contoh, dikatakan akan menjual kad US$50 pada harga RM150 sahaja. Menjadikan US$1 bersamaan hanya RM3. Ebay dan Amazon yg terkenal dgn barangan murah, juga menjual kad ini lebih rendah dari nilai kad. Maknanya korg bleh beli lagu2, tv shows, applications, dan segala bapak yg ada dengan kadar yg lebih rendah. Malah lebih rendah daripada korg beli applications utk iPod Touch di iTunes Store Malaysia!!! Menariks?
iTunes Store Malaysia guna US currency. Satu application yg berharga $0.99 bersamaan dengan RM3.53 (rate hari ni). Dengan US iTunes Gift Card (yg dibeli di GeraiEpal la contoh senang), harganya baru jadi RM2.97. Satu 'app' korg jimat RM0.56. Kalau 10 'apps', dah berapa?!
Yg lain, menariknya iTunes Store US adalah TV shows nya yg terkini! Dlm masa 3-4 jam selepas ditayangkan di TV US, muncullah ia dlm iTunes tu. 'Lost' season 5 akan tiba Januari nanti, TV8 baru start tayang season 4 minggu lepas. Heroes, Prison Break, House, The Office... lu name it, semua ada bro!!! Cuma, bare in mind, perbuatan ni salah di sisi Apple (sbb korang dok luar US!). Alah... iPhone korang pon illegal, pakai jugak. Nak best lagi, yg korang dok download guna 'torent' tu legal?! Heh!
Apapapun, gua cerita ni lebih kepada pengguna iPod Touch dan iPhone di Malaysia. Yang lain gua tau, pakai 'limewire' jugak heaven!
No comments:
Post a Comment