1st day gua sampai smlm, gua subuh dekat Masjid India simpang Muzafa Center. Jalan2 cari makan, jumpa mamak. Belasah roti canai. Nasi lemak, yellek!
Lepas layan FunVee Sightseeing sama DUKw Tour, perut gua meraung nak nasi dah… Cari kat Orchard Rd, jumpa satu food court kt basement Concorde Hotel. Org kasitau gua, setiap food court di S’pore ni wajib ada at least satu kedai halal. Memang ada! Tutup!!! Belasah la makan Fish ‘n Chips.
Malam, layan Night Safari. Tanya halal restaurant, dia tunjuk satu kedai. Ushar2 takde logo halal pun cuma tulis ‘No Pork, No Lard”. Heh, mana aci… Jalan mudah, McD la jawabnya.
Pagi ni breakfast makan megi. Then shoot ke Terminal 3, Changi Airport semata2 nak beli short glass Hard Rock Café (HRC) Changi Airport. Sekali sampai, HRC kat Transit Lounge. Tokleh la gua access. Cilako! Jauh tu gua datang! Marah punya hal, terus makan McD!
Shoot ke city, lepak Esplanade dan sekitar. Dah lenguh kaki, balik hotel (di Orchard Rd).
Malam, saja gi Cathay Cineleisure ushar kedai Apple – Club 21 iShop. Hampeh! Best lagi Machines. Anak gua lapar, singgah KFC. Ondeway balik hotel gua jumpa satu food court. Saja lalu. Nampak ramai jugak Melayu. Ada yg bertudung pun. Sekali gua tgk menu situ, siap jual pork satay! Whadde..?! Takpelah…
Kesimpulannya… gua tak jumpa nasi lagi la setakat ni. Gua perut melayu sejati bro. Dalam 2 hari, at least kena hadam nasi jugak sekali. Tapi ini dah miss ni. Gua akan pastikan esok gua akan kena jugak nasi di bumi Singapore ni. Lu tengokla…
No comments:
Post a Comment