Monday, December 29, 2008

Kisah iPhone di Singapore... untuk panduan dan teladan.

Macam gua ada mentioned sebelum ni, kakak gua nak beli iPhone. Jadi dlm family trip ke Singapore kali ni dia mengambil kesempatan meng'ushar' iPhone di kota singa ni. Utk panduan semua, gua ceritakanlah apa yg berlaku dlm kisah kakak gua membeli iPhone di Singapore, dan sekiranya ada pengajaran, ambillah sebagai teladan.

Kakak gua pasang niat nak beli iPhone 3G 8GB. Dia dah ushar di KL (gua tak tau di mana), harganya RM2,600. So kalau ada harga yg kurang dari tu (S$1075) di sini, wajarlah beliau grab.

Hari pertama kitorang sampai, dah jumpa kedai jual iPhone. Jual kat tepi2 jalan Orchard Rd je. 8GB hanya S$799 (RM1,933) manakala 16GB S$1,199 (RM2,900). Tapi memandangkan kitorang ada 3 hari di sini, rileksla dulu kan. Banyak lagi tempat boleh ushar.

Hari kedua, di Lucky Plaza, bersepah iPhone dijual. Utk iPhone 8GB harga serendah S$650 (RM1,573) pun ada. Yang menariknya PSP Slim dijual dengan harga S$250 (RM605). Di Malaysia PSP Slim dijual pada harga RM700-RM800. Jadi tergedik2lah anak sedara gua nak PSP. Tapi esok masih ada...

Hari ni, hari ketiga. Kakak gua bersama abang ipar gua dan anak-anak mereka (gua tak join) meronda2 utk beli iPhone dan PSP.

Gua story kisah PSP dulu sikit. Diorang grab PSP Slim dgn harga S$250. Transaksi berlaku dengan kad kredit. Selesai sain resit, palatnya bermula... Cinapek tu kata PSP tu ori Japan spec, kena modify dulu baru bleh main pirated games. Mau modify kalu, lagi S$150!!! Whadde..? Sudah jadi S$400 (RM968)!!! Kakak gua melenting tak hingat punya. Nego punya nego, total sekali modified, jadila S$350 (RM847).

Memandangkan dah lewat (bas ke KL pkol 8pm), kakak gua dan anak2 gerak dulu ke hotel utk packing barang mengkala abang ipar gua terus dengan perjuangan utk dapatkan iPhone 8GB.

Abang ipar gua ke kedai yg offer paling murah yakni S$650 (RM1,573). Belakang itu unit kena pakai TurboSim punya. Tak mo la kan?! So yg tak pakai TurboSim (lain kedai), harganya S$699 (RM1,691). Okey la tu. Bila mau bayar saja, cinapek tu mintak passport sebab nak kena register. Monthly bil nanti pos rumah dlm S$80 sebulan, kontrak 2 tahun! Cilako! Nasib baik belum bayar...

Cari lagi lain kedai. Last sekali sangkutla jugak pada satu kedai yg jual dgn harga agak reasonable, S$800 (RM1,936). Memang fully unlocked. Dengan pantas (memang dah lewat gila dah), tarus dia beli dan shoot terus ke 'Hentian Bas Lavender'. Mamat tu sampai dlm pkol 8:10pm. Nasib baik driver bas tu baik hati nak tunggu.

Atas bas, dia tanya gua okey ke harga dia beli. Yelah dah save dlm RM600 lebih. Okla tu. Gua pegang iPhone dia... Gua geleng kepala... iPhone 8GB 1st Gen!!! Takde 3G punya!!! Memang sial cinapek tu!!!

Moralnya:

1) Dapatkan info secukupnya sebelum beli. 
2) Bertanya org yg tahu kalau tak tahu. 
3) Jangan beli dlm keadaan kelam kelibut.

Info tambahan:

iWorld jual fully unlocked iPhone 3G 8GB pada harga RM2,899 manakala 16GB RM3,099. Ini memang cara paling mudah dan selamat utk korang nak beli iPhone 3G di Malaysia setakat ni. Nak murah lagi, berani la ambik risiko!

No comments:

Post a Comment